Sunday, March 31, 2013

Blog Coklateyes Kini Lebih Vintage

As Salam semua

Beberapa hari lepas, BCE secara official dan tanpa dirancang telah berubah wajah. Ada nafas dan sentuhan baru yang diberikan. Yang paling aku suka, sebab dia memang kena tepat dengan apa yang aku idamkan. Tema vintage. 

Sebenarnya dah lama plan nak ubah atau buat make over pada blog. Bukan tak suka header lama tu, suka sangat! Tapi kadang-kadang kalau asyik tengok itu aje mulalah timbul boring. Ada jugak cari designer 2-3 orang sebelum ni. Tapi kena tunggu que. Tu yang malas. Bila jumpa designer ni, Alhamdulillah dalam masa kurang 12 jam dah siap! Hebat.

Lepas je aku renovate blog ni, berduyun-duyun orang tanya. Mana buat header vintage ni. Sapa designer nya? Nak link designer bagai. Berapa harga? Wah-wah-wah!!! Tak sabar semua kan. Hehehe.  Jadi mari aku perkenalkan siapa punya angkara.

Dia adalah pemilik kepada blog www.downgila.com. Pada asalnya aku memang tak tahu pun dia ni ada service untuk designing. Sehinggalah dia publish poster ini dalam entry Job: Poster Design Untuk BS Weekend 2013 :

Peh peh peh!!! Ini memang sudah awesome. Awesome gila aku cakap. Sentuhan retro yang dia bagi tu betul-betul buat aku terkesima. Memang betul-betul kena dengan vintage dan retro style yang aku minat. Terus cepat-cepat aku contact dia. Guna twitter aje. Aku bagitau semua detail yang aku nak. Tup-tup! EH!!! Dah siap. Cantik pulak tu!


Untuk harga pulak, rasanya boleh dirunding. Ikut pada budget korang pun boleh, dan sejauh mana sukarnya tempahan korang tu. Asalkan bagi details dan ciri-ciri yang kau idamkan. Nanti dia boleh uruskan macam mana header dan background yang sesuai. Macam aku punya ni, RM 10 je. Tu pun dia mintak topup. Senang kan.

Segala urusan, boleh terus ke twitternya @HeyAzwan. Bila berurusan tu, korang cakaplah datang dari BCE, nanti dia bagi layanan percuma. Heheheh! Takde service charge. :)





p/s: Nanti aku update pasal namecard pulak ye. Banyak entry hutang ni.



13 comments:

  1. boleh tahan... suka vintage2 ni :)

    ReplyDelete
  2. Headernya sangat lawa la akak.. akak nak bbpin.. we chat ada? hihihi..

    ReplyDelete
  3. cntik sgt..lama dh x kunjung sini..sorry inani..line lembap..sume dah nmpk lain..mmg cntik

    ReplyDelete
  4. woa..canteklah..ok jeles..hehe :)

    ReplyDelete
  5. akak bagi Am blog nie ok laa.. Oh yer cantik header bagus yg buat tu..
    Blog nie mesra SEO.. LOADING laju..
    kemas..cara penulisan yang bagus. Yang paling penting sesiapa masuk sini nak masuk lagi.. itu pandangan Am.. blog yang mesra SEO itu yan dicari.... :)

    ReplyDelete
  6. pehhh thank you weh. power kau ni, review2 pulak. thanks2!

    ReplyDelete
  7. Hda memang tgh carik designer blog nih. blog hda mcm dah lame tak berhias. ceceh .

    memang tepat masanya cik innanie. :)

    ReplyDelete
  8. wow, RM10 je boleh dapat hasil awesome macam ni.naaaaakkkk

    ReplyDelete
  9. perghh siries pnya tulis ni CANTIK !

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork