As Salam semua
Ini aku dapat info dari instagram kawan. Bila baca tu, rasa macam-macam! Aduhai. Dah lah favourite tu. Cuba korang baca dulu.
"Mendengar hasil penelitian University Hospital Aachen Jerman, mungkin membuat kita tidak lagi tergoda dengan segarnya bubble tea atau bubble drink. Bebola lembut yang menjadi daya pemikat minuman ini dilaporkan mengandungi bahan kimia yang boleh mengakibatkan barah.
Bukan sekadar wujudnya karsinogen biphenyls aspolychlorinated, ada juga bahan lain seperti styrene, acetophenone dan brominated yang mana seharusnya bahan itu tidak ada dalam bahan makanan. Menurut pengkajinya, Manfred Moller bahan tersebut secara perlahan akan mengganggu kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf dan kekacauan sistem endorkin.
Menghisapnya melalui sedutan yang besar, bebola kenyal itu akan masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru. Atas faktor kesihatan, Jerman sudah mula memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk itu."
Jadi sekarang ni macam mana? Sejauh mana kebenarannya, masih tak dapat dikenal pasti. Tapi bila aku google satu-satu nama bahan kimia tu, memang agak ngeri jugaklah efeknya. Cuma, ada sesetengah pendapat mengatakan, di Malaysia bubble-nya diperbuat daripada sagu. Sebab tu perlu direbus dahulu. Tapi, entah. Kita pun tak pasti. Kalau bubble yang di Jerman sama macam di Malaysia, pihak berwajib perlu jalankan kajian dan segera ambil tindakan.
Harapnya, di Malaysia hanya pakai sagu je lah kan. Sebab baru tadi, aku telan large-size Chatime Strawberry Chocolate with pearl! T____T Gulp!
p/s: sekarang ni makanan pun berbahaya dah!
33 Inspirasi Dari Pembaca
saya xsuka sgt bubble tu rasa mca pelik sikit
ReplyDeleteeiii Takutnya . baru rasa nak makan ShareTea letak bubble :( haha
ReplyDeleteyang dalam cool blog pun sama gak la kan,, eee,, seram,,
ReplyDeleteErmmm...patut la sedap sbb de bhn kimia waaa mcmn ni dahla feveret
ReplyDeleteDah lama dah benda ni Fateen,
ReplyDeletehttp://www.huffingtonpost.com/2012/09/05/bubble-tea-tapioca-pearls-may-cause-cancer-study-claims_n_1856152.html
Dua tahun sebelum ni pun dah ada dah research macam ni. Bubble Tea tu dibuat samada dari sagu atau tapioca. Bagi am masalah besar benda ni bukan sebab kanser ke apa tapi kandungan gula bubble tea ni sangat-sangatla tinggi. Kalau nak kira cahaya matahari, makanan dipanaskan microwave, artificial flavour semua boleh buat cancer.
Benda macam ni macam case series je. Tak ada bukti kukuh lebih pada prediction. Dalam research case series ni orang tak pandang sangat sebab dia punye level of evidence paling rendah.
gua suka chatime hazel, dan dan dan gua tak penah mintak bubble sbb xsuka, hiks
ReplyDeletebubble tu azwa tak berapa suka, Azwa suka air coklatnya sahaja.. hehe.. >_,
ReplyDeletenasib baik saya tak brapa nak suka bendalah tu.... ape pun... kena wasatiah ... bersederhana... in sha allah ... selamat
ReplyDeleteaduh, dah la miza suka sangat dengan balck pearl ru -.-"
ReplyDeletetipikal la ni. asal tgh naik je semua pun x elok hahahha,
ReplyDeleteAlamak, yeke? Dahla sedap. Kekadang sampai teringin nak makan tau. Ishhh
ReplyDeletejgn kerap sgt la minum..tp nape la sedap tu selalu bahaya...huhuh
ReplyDeletecool blog tuh!
ReplyDeleteouh sye sukakannye...
ReplyDeletetp bila tau pasal nie, kena hindarinya...huhuu
thanks 4 the info dear :)
kena kenalpasti dulu dari mana sumber berita tersebut...kan??
ReplyDeleteUwaaaaa..Serius takut.Dah la memang pencinta air sedap ni haaaa.Kena stop la minum yang ada pearl.Beli yang takde pearl dah -____-
ReplyDeleteNomnomnom.
memang perlu dibuat kajian untuk memastikan ianya selamat atau tidak kan
ReplyDeletewaa..feveret tuu....=.=....mohon share entry ni di fb ye...
ReplyDeleteRamai dak2 pompuan suka beli ni.
ReplyDelete:O Lepas nie kalau beli Chatime atau CoolBlog, tak boleh letak pearl lah. :( Lebih baik mencegah daripada merawat kan? Kena berhati-hati kalau nak makan apa-apa sekarang nie.
ReplyDeletealaa suka mintak pearl bila minum coolblog la.
ReplyDeleteberhati2 di jln raya ye, amalkan pemakanan gaya hidup yg sihat.. hehehe :P
ReplyDeleteade org kate pulak bubble tu buat guna glutanous ape tah yg buat kenyal ala2 pulut takpun bebola rice cakes..tapi, berjaga jugak..alahai..sedap pulak kot..kak nanie, cube minum Gong Cha pulak..walaupun kedudukan kedua selepas ChaTime (isk3), tapi teh dia sangat wangi..yummm~~~
ReplyDeletebru je minum cool blog
ReplyDeleteJarang amik bubble tue,.. tapi kalau betul ada side effect better elak kan,.. kan,.. lagi pun mahal. Nak sedap kan hati, berfikir positif kata mahal kan. hahahhaa.
ReplyDeleteklu g kat rak2 bahan2 makanan,ada sagu djual mcm pearl tu.memang kena rebus dulu.xbahaya kot.klu nak minum juga,..xyah letak pearl,tapi xsedap la pulak kan.hehehhe
ReplyDeleteKARSINOGEN tu lahh benda paling bahaya dalam makanan. Memang punca utama penyebab barah T_T Sekarang mmg tak minum bubble tea dah. Lantokkan hihi..
ReplyDeleteassalamualaikum innanie....wah yg mcm dlm minuman cool blog tu ke...?
ReplyDeletetakut jugak kan..d eno pun harap ianya daripada sagu je... ^^
ReplyDeleteByk mknn yg bbhya skg ni tnpa org sedar n buat2 xsdr :)
ReplyDeletenad x suka sgt dgn bubble ni
ReplyDeleteeach a cup punya tempat kecik nk buat study group pun tk blh
ReplyDeleteAda yang ckap muka berjerawat teruk lpas slalu minum bubble tea
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!