Tuesday, March 5, 2013

Dating Bersama Tasha Shilla

As Salam semua

Secara jujur sekali lagi aku kena mental block. I have nothing to tell you! Dalam kepala adalah berlegar-legar beberapa tajuk dan topik yang aku macam ada mood nak cerita. Tapi, mood sumpah entah pi mana. Ke laut atau ke longkang tak dapat nak kenal pasti. Yang aku pasti, jari jemari rajin menari tapi idea tak mari-mari. Buat separuh draft, baca balik...terus klik delete. Haish. Entah kenapa! 

Tengok blog memang agak sepi. Moment paling gembira aku dalam berblog tatkala melihat jumlah visitor yang datang selepas aku update blog. Berbunga-bunga hati melihat jumlahnya bertambah dan meningkat. Dan ketika tu, aku terus berdoa moga-moga kekal begitu trafiknya. 

Minggu lepas, habis je MSMW2013 kalau korang nak tahu aku dating dengan Tasha Shilla. Tak sangka pulak Tasha memang baik hati dan peramah serta manja dengan aku. Kiteorang dating tu, alahai kemain lagi pot-pet-pot-pet Tasha berceloteh itu ini. Macam-macam. Kisah jadi model, kisah masa dia mula-mula pelakon tambahan, sampaikan ke boyfriend dia pun Tasha cerita kat aku. Siap kasi tips lagi cemana nak mengorat lelaki. Kelasss! Aku terkesima. 

Tasha suka pink, aku suka purple. Kesimpulannya amik dua-dua

Lepas habis makan dan lepak-lepak tu, aku ajak Tasha pergi cari casing blackberry aku. Lama sangat tak bertukar. Feeling nak ber-bbm macam pudar pulak. Oh, sebelum terlupa. Disebabkan aku masih memegang title student, makanya Tasha belanja aku hari tu. Terima kasih banyak-banyak Tasha. Budimu tak akan ku lupa. Nanti kita dapat duit Nuff, kita belanja awak pulak ye! 

Sambung balik, disebabkan semangat membuak-buak Tasha untuk aku kelihatan cantik macam dia, hari tu Tasha sempat jugak menjadi fashion advisor aku. Eh macam-macam tips berguna dia bagi. Tak sia-sia kita kawan dengan retis kan. Memang untuk cantik sebenarnya kena confiden. Dan kebetulan di Times Square tu memang banyak baju murah-murah. Size pun ada. Malangnya fulus enggak ada. Jadi terpaksa dikuburkan sementara hasrat itu. Tunggu payment job ye! 

Eh bising-bising cakap je dari tadi, meh lah aku kenalkan korang dengan Tasha Shilla aku. 






Mesti ada yang kata "Erk! Mana Tasha Shilla nya?" Kehkehkeh. Aku dah confirm lah bukan Tasha Shilla. Sebelah aku tu lah Tasha Shilla nya. Heheheh. Tasha Shilla bertahi lalat manis di tepi hidung. Alaaa.... ni lah blogger cantik yang selalu perasan sebut dia Tasha Shilla, Hanida Moss! :)

Kalau korang nak tahu, Moss ni memang cepat melangkah dalam dunia blog. Sekejap je dia punya ramai pengikut. Bukan memperjudi kecantikan atau apa, tapi sebab dia ni peramah dan mudah mesra. Kau tengok je mana-mana blog dia ikut, semua dia letak comment. Semua dia sapa selamba. Sifat macam ni yang bagus untuk seorang blogger melangkah jauh. Bukan sombong senyap, bajet diva kiah propa gitu. 

Secara personal, aku memang senang masuk dengan Moss ni. Simple dan manja. Kiteorang jalan tu dah macam lima belas tahun kenal, padahal baru lima belas minit jumpa. Dia memang baik lah. Sumpah aku tak rugi kenal dia sebagai kawan. Dan Insya-Allah ada kelapangan, kiteorang plan nak dating lagi. Ada yang nak ikut? Mana tahu, Tasha Shilla join sama! Kehkehkeh




p/s: Maafkan kami sebab bergurau sebentar tadi! Tasha Shilla's fan jangan maraaaa haaaaa! 

17 comments:

  1. tgh mrah nie! tgh mrah nie!! hahahah!! >.<

    ReplyDelete
  2. comel..hehhe..smngt baca..hehehe:)

    ReplyDelete
  3. adoi....punya fokus membaca hehehehe ingat tasya shila betui...tapi ok jugak hehehehe artis tu beb, hehehe dia tasya shila ini ...ELfirah LOng nak menyapa heheheheh...bukan elfirah loy.hihih

    ReplyDelete
  4. seronoknya berjimba dengan tasha shilla.. baru je kenal ngan hanida moss tp erius dia seorg yg peramaha amos

    ReplyDelete
  5. semangat tengok tasya shilla tadi hehe . lawalahh kak moss tu . btw entry superb ! :)

    ReplyDelete
  6. baru bukak blog dia,, marah bebenor dia sekarang ni,,, hehe,, sebab rambut dia,, boleh nasihat sabar jela,, :D

    ReplyDelete
  7. ehemmm heee.. bile lah lagi nak jalan2 dgn nanie ni? kita pi times square carik-carik baju! :D

    ReplyDelete
  8. Seronoknyaaaaaaaaaaaaaa ^_^ hehe

    ReplyDelete
  9. lerr hengat betul la kan..hikkksss rupanya cik hanida moss ye...wakaka

    ReplyDelete
  10. ada iras2 jugak tu :) Untung la lps ni boleh la dating dgn sy pulak ye? hehe

    ReplyDelete
  11. deno ingat tasya shila betul tadi.. hehe

    ReplyDelete
  12. saspen..ingtkn betul2..terbyg dh wahhh frenly gilerrr tasha shilla..dh lama kenal kot..rupanya hehe ada iras2 jgk la..hehe

    ReplyDelete
  13. ayoyo beria2 ingt tasha shila pelkon tu..siap bygkan lagi..hahhaha..nad nak terjahla

    ReplyDelete
  14. wahh untunglaa keluar jalan2 dgn tasha shilla moss kan..hee ^_________^

    ReplyDelete
  15. kak nida moss memg cam tu...saya suke cara dia..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork