Wednesday, March 6, 2013

Makan Dalam

As Salam semua

Ini aku share status Fynn Jamal. Sumpah aku admire dah kat dia dan Juna comel dia. Komen aku pada status dia yang satu ni :

sopannya sinis. manisnya tajam. bahasanya mudah 
tapi yang pasti makan dalam! 

Ah, cubalah kau hayati. Mana yang kena tu, merah muka sorang-sorang sudah lah ye! Bagus kalau faham. 




By Fynn Jamal
aku rasa ini cuma aku.

tapi aku rasa sangat tidak seronok bila aku tertarik pada produk yang dijual secara online tapi tiada harga ditulis di situ. kecuali "PM untuk harga".

apakah ada niat harga berbeza2 pada pelanggan yang berlainan?
serius tak seronok.
macam SEDIKIT ada rasa 'aku bakal kena tipu ni'.

tapi mungkin sebab aku ini manusia penakut beli barang online.
jenis skeptikal.

mungkin ada kaitan dengan peristiwa dah-bayar-sampai-sekarang-tak-dapat-produk-pastu-terus-hilang-dari-pandangan-mata-majazi.

apa sekali pun.
aku tak marah pun.
cuma aku rasa--
kalau bubuh harga di gambar produk--
lebih senang untuk pelanggan.

sebab ada jenis bini macam aku yang sikit2 "yang.. nak ni boleh?" "berapa harga?" "tak tau". akhirnya kena bebel laki. hahaha.

bubuh harga.
senang sikit kami buat perbandingan.
dan lebih laju kami buat kerja.

percayalah.
setakat murah sepuluh ringgit dua,
insyaAllah ada yang macam aku yang tidak berkira.
bagi aku--
kalau servis manis, tukang jual mudah mahu komunikasi--
tak ada hal lah harga lebih sikit.
anggap duit parking yang tak perlu dibayar berbanding pergi ke pasaraya.

dan KALAU pun harga kita berbeza2--
anggaplah ia healthy competition.
dan bijak2kanlah diri dalam marketing perniagaan.
asal namanya berniaga--
MESTI ada turun naiknya.

kalau nak untung sahaja,
jual aiskrim malaysia.
insyaAllah--
modal ciput,
dok depan sekolah,
berlipat ganda.

okay?
*senyum*

untuk yang membeli pulak.
reti2 la baca.

kalau kat caption:
"available in blue, red and purple for rm 45"--
TAK USAH LA tanya:
"kaler pink ada?"

dan kalau barang bawah rm 50 tu,
tak payahlah tanya:
"boleh diskaun?"

dah la kita ni pemalas nak keluar rumah berbelanja.
takkan nak tambah 'kedekut' pulak.
:)

ok.
tak puas hati apa2--
"PM me, dear~~"

hahahah.
okbaiiiii.




10 comments:

  1. hahaha. betul sangat-sangat. banyak yang saya tengok, tanya benda yang dah terang2 diberitahu

    ReplyDelete
  2. Haha.. Betul apa yang Kak Fynn Jamal tulis ^_^ Lama tak ke fanpage dia :D hee

    ReplyDelete
  3. betul! kita pon sokong. Kami pengguna. ^_^

    ReplyDelete
  4. suka follow apa yang fyn jamal share...
    super great things to ponder...
    huhuhuhu
    nak try menulis macam dia jugak lah...

    ReplyDelete
  5. tu sgt betul.tapi ade jugak bile dah tulis semua details kat brg tu still ade suruh pm jugak tu..haa camne lak tu kan..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork