Monday, March 25, 2013

Marché The Curve : Sekadar Cuba Boleh Lah!

As Salam semua

Tak sah lah BCE kalau tak de cerita pasal makan. Gila kau, tengok badan ah! Hahaha :) Well, as a lot of people believed that food can bring happiness... aku pun percaya gitu jugak. Makanan memang satu nikmat dan rezeki yang tiada tolok bandingnya. By food, you can share your laughter, your memories, your tears and perhaps in stress pun mesti korang cari makanan kan!

Lepas jual tiket F1 (Akhirnya Dilepaskan...) Akim bawak aku jalan pi The Curves. Niat di hati pada asalnya nak beli buku yang ayah idamkan. Hari tu masa birthday ayah, (Bila Blog Membuahkan Hasil) buku tu takde kat Kluang. Dah habis stock. Jadi terpaksa beli di KL. Alhamdulillah, dapat jugak belikan sebuah buku lagi untuk ayah. Sejak dia sakit, memang itu hobi terbarunya. 


Selepas selesai urusan beli buku. Perut pun dah mula berkeroncong since keluar dari lepas Zohor uruskan beberapa urusan. Apa lagi. Its Dinner Time!! Yippie Akim belanja. :). Mula-mula plan nak makan dekat Chilli's. Tapi mana ada Chilli's dekat The Curve kan. Nak keluar ke tempat lain, macam malas jugak. Akhirnya melayan ke Marche'. Akim lah, suka betul tempat-tempat makan yang tak pernah cuba. Dia kata lain kali kalau orang bawak, dah tahu! 

Marche merupakan perkataan Perancis yang membawa Market. So, dalam restoren Marche ni dia bercirikan ala-carte dan seolah-olah dalam pasar. Ada station tersendiri untuk order makanan. Ada station untuk steak, seafood, pizza, drinks and beverages, dan dessert. 

Pandangan keseluruhan dalam Marche










Pada aku apa yang menarik di Marche ni adalah susun atur bahan mentah dia yang nampak fresh dan sangat colourful. Lepas tu, section meja makannya pun boleh dipilih sama ada nak ala-ala english family, outdoor, relax and cool atau pun vintage style. Oh lupa, sebelum masuk tu setiap oranga akan dapat order form sendiri. So nak makan apa, pergi ke section tersebut, order dan abang tu akan bagi code makanan. Leceh jugaklah sebab kena usha satu station ke satu station. 


Personally lah kan, Marche bukan kena dengan selera aku atas beberapa sebab. Kita mulakan dengan harga. Untuk aku yang student ni rasanya memang mahal sangat lah. Dan dari segi ke-berbaloi-an, hmmm maybe orang  kaya kata berbaloi, tapi untuk aku yang mementingkan setiap sen... tak berbaloi kot. Mahal tapi portion makanan sikit dan kesedapannya pulak... so-so je! Tak kena dengan tekak Melayu-Jawa-Banjar-Arab aku ni! Sorry. 

Akim's choice : Air Kelapa Fresh- RM 10.80 & 1/2 Roasted Kampung Chicken- RM 30.00++
Mahal woi!!! Ayam Kampung sekilo baru RM 12 je kat kampung aku. 
My Choice : Grilled Chicken Chop - RM 14.90 (Rasa plain habis) ;
Baked Potato- RM 7.90 (yang ni sedap boleh tahan)
dan Root Beer - RM 9.80 sebotol
ini aku suka! 3/5 bintang. Rasa keju dan baked potato tu boleh tekak Melayu aku telan!

Tapi pujian harus diberikan pada section dessert dia. Sedap gilos! Meleleh air liur sekejap. Pilihan pun banyak. Dan paling terbaik, rasanya tu sungguh sedap dan sedang-sedang elok je manisnya. Menggoda-goda di tekak dengan rasa lemak susu manis dan fresh buah strawberrynya! 

Hello. Menggoda cik strawberry duduk bertenggek tepi tu kan. 
Pannacota Glass- RM 5.90 (reasonable lah kan!)
rasa campuran susu+cream+strawberry yang sedap!

for us. for two :)

Walaupun tak berapa kena dengan selera dan tekak aku, tapi belanja punya pasal aku layankan jugak si Akim ni. Kang kalau tak dilayan, merajuk pulak kang! Susah aku nak balik Johor. Hahahah!

Sedap tak sedap, budak ni dapat makanan memang tak nampak aku langsung dah! Huh! 

Tapi kalau korang nak pergi and try, apa salah. Juice dia nampak menyelerakan. Sebab nampak fresh dan berkhasiat katanya gitu kan. So, sekali sekala boleh je cuba sesuatu yang baru. Tapi untuk aku, ini pertama dan terakhir kot! :) Pa'kal Akim yang bayar. Jadi tak lah rasa menyesal nak hantuk kepala ke dinding sebab bazir duit. Kehkehkeh. Kejam! 




p/s: masakan Melayu jugak cukup rasa dan rempahnya!









9 comments:

  1. Huhuhu, boleh mendatangkan lapar tatkala membaca :D

    Tapi yang saya suka sekali ialah quote " By food, you can share your laughter, your memories, your tears and perhaps in stress pun mesti korang cari makanan kan!"

    p/s: boleh jadi host jalan-jalan cari makan versi student :p

    ReplyDelete
  2. wah,, untung la ada akim yang belanja benda mahal cenggini,, huhu,, bila la nak ade best fren cenggini,, kih3

    ReplyDelete
  3. emma selalu makan kat marche nie time study dulu, mula2 tu macam terpinga2 jugak.. apa nak makan, once dah try boleh katakan every week lepak sana ;)

    ReplyDelete
  4. mhal xper asal berbaloi mkanannya..:)

    ReplyDelete
  5. Mah aih..cantiknya susunatur kat sini!! Kalo mak yg masuk sini,harus melopong2 kejakunan tgk bahan2 mentah dia tu. Ekeke..

    Tp ye la..harganya kebaboooom!! Meletop2 poket nk membayar makan anak beranak ni nnt

    ReplyDelete
  6. wahhhhh!!!nampak mcm sedap..tapi mcm mahalll...hihi

    ReplyDelete
  7. wahhh... bestnya!!!! walaupun mahal mest berbaloi kaan akak... :)

    ReplyDelete
  8. makann nmpk menarik..harga die mmg perghh..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork