Sunday, March 31, 2013

Name Card Blog Coklateyes Dah Siap!

As Salam semua

Dari hari tu duk pum pang pum pang pasal namecard. Reviewnya tidak! Hahahaha. Tu lah kan aku. Dah cakap dah, dalam draft folder tu melambak entry separuh jalan aku buat. Satu-satu lah aku publish ye.

Baiklah, cerita pasal namecard... sebenarnya namecard dah siap dalam minggu lepas lagi. Sangat-sangat efisen printing service yang aku buat tu. Memang tak salah pilihan aku. Dan kadang-kadang itu gunanya survey sebelum buat pilihan. Memang itu perangai aku. Bab-bab yang melibatkan online transaction, aku akan pastikan kepuasan terjamin dan meyakinkan dulu baru aku pilih. Tak terus main terjah. 

Vintage & Coklat. Pilihan yang buat aku gembira lompat bintang!
Tag: Blogger & Event Host/Emcee. Eh, promote sekejap
Alhamdulillah, semuanya membuatkan aku berpuas hati dan tersenyum gembira sebab dah ada name card tersendiri. Dan memang menjadi target aku sebelum bulan April aku dah punya name card tersendiri. Syukur sangat, rezeki datang lebih awal dan dapat realisasikan impian aku. Lepas ni kalau aku jadi pengacara ke apa, senang lah nak belagak sikit cakap "This is my card!" :) kahkahkah. 

Haa, mesti nak tahu kan kat mana aku dapatkan servis print and design name card ni? Berkenan dah kan?

segala details ada. tapi untuk tujuan rasmi je lah ye! QR Code pun disediakan. Scan aje!

Baiklah, design untuk kad ni aku dapat inspirasi daripada internet jugak. Aku research dua tiga design name card yang comel dan vintage di google. Lepas tu, aku tempah pada salah sorang BFF aku, Nadhira yang jugak merupakan seorang graphic designer dari UiTM Shah Alam. Lebih mudah berurusan dengan dia, sebab nak communicate tu mudah. Nak tukar berapa kali sampai betul-betul puas hati pun dia tak kesah. Sebab kawan-kawan kan!

Lepas dah siap design semua, ini masanya nak cari printing service yang boleh menjanjikan ; harga berpatutan, servis terbaik dan printing cantik. Itu kriterianya. Survey punya survey, tanya sana sini... Alhamdulillah aku jumpa satu printing service yang boleh memuaskan hati aku. Servis dari seorang blogger jugak iaitu FizzGraphic.com. Memang dah lama usha hasil kerja Fizz. Memang terbaik. Dari segi kualiti printing, harga, postage, dan jugak servis pelanggan. Memang tip top! Paling aku suka, printing boleh disiapkan dalam masa 3-4 hari bekerja. Dan terus sampai ke rumah. Harga pakej yang aku ambil RM 75 untuk 300 pcs siap dengan postage fee. Murah kan! Kualiti kad jugak bagus. Matte-Laminate yang mana kad nampak lebih kemas dan berkualiti tinggi. Suka sangat lah senang cerita. Nak communicate dengan Apit pun senang. Selalu online budak tu. So, kalau kau ragu-ragu atau nak tanya apa-apa soalan pasal printing kau terus tanya dia. Mesti dia jawab. Aku pun untuk tempahan ni, tak payah nak empat puluh kali tanya dia. Tanya mana yang penting, hantar design, bayar online, printing terus sampai rumah dah. Less than a week tahu!!!

Jadi mana-mana blogger yang sedang cari printing servis boleh gunakan perkhidmatan Apit. Apit pun boleh buat design jugak. Cubalah! Insya-Allah korang berpuas hati!



p/s: Vintage masih lagi aku pilih!







23 comments:

  1. lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D

    ReplyDelete
  2. Cantiknya..Saya pun nak buat juga nanti..hehe..Nanti tu tak tahu lah bila.

    ReplyDelete
  3. wow skrg dh jd blogger profesional..hehe..

    ReplyDelete
  4. Lawa lawa lawa ! nak buat jugak ! we hee :)

    -arya addin-

    ReplyDelete
  5. lawa giler,, tu je,, hehe.. rasa macam nak jadi host je,, lalala

    ReplyDelete
  6. Nice! Design sleek and smart. Congrats! :-)

    ReplyDelete
  7. lawaaa bisnes kad awk!ada amik order x?hehhe

    ReplyDelete
  8. Apit memang profesional..:)

    ReplyDelete
  9. cantiknya name card!!!! :D jemput singgah blog kite. hee.

    ReplyDelete
  10. cantiknyaaaaaaaa :D

    yg penting , vintage style tu ! bella mmg vintage lover ! hihik

    ReplyDelete
  11. fuyoooo!!!..sangat cantik..jeles sekejap..haha

    ReplyDelete
  12. nice la...bleh la usha website apit tu nnt..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork