Monday, March 11, 2013

Nippon Mari!

As Salam semua

Last week, lepas mak aku bagitau ada hadiah dari Jepun (Hadiah Dari Negara Sakura)... terus aku balik rumah. Hahaha gigihkan! Ye lah excited punya pasal. Lagipun kebetulan tuan yang bagi hadiah balik Johor tak lama pun. Dua minggu je. Than dia fly back to Japan. Grad & sambung study master pulak. A big congratulation to you!!!

Bila balik rumah, terus cepat-cepat terpa hadiah yang dah ada atas meja. Alololo comel je bungkusan. Rasa macam tak nak bukak pulak. Sebab comel sangat kan.



Yang macam botol ni memang menjadi most favourite lah kan. Hehehe. Tak sangka pulak Ridhwan bagi beauty product. Maybe dia tahu kot, masa kecik aku selekeh selebet kan. Kahkahkah. So far baru pakai sekali. Malam tadi sebelum mandi. Nampak jugak kesannya. Sebab dia buang sel kulit mati kan. Mana tahu lepas ni muka boleh berseri-seri macam Hyoona! #Eh tau pulak aku retis Korea, kata tak layan. Tu je yang aku tau sebab orang asyik dok cakap kan. Dengan geng Running Man. Yang lain tak amek pusing! 



Satu bungkusan lagi tu adalah sejenis manisan daripada keledek. Manis sangat. Sangat-sangat manis sampai kadang-kadang rasa perit tekak. Namanya Hiyoko. Dia diperbuat daripada keledek dan direndam dalam air gula macam tu lah. Rasa lemak-lemak manis. Walaupun manis tapi sedap! 


Bila orang berbudi, kita kena lah berbahasa. Jadi aku pun ajak lah Ridhwan keluar. Since kebetulan dia pun nak beli suit for his grad-day kan. Takpe, aku belanja. Bukan belanja suit. Belanja makan roti bakar  dan kopi stesen je. Hehehehe! Dia pun katanya dah lama sangat tak minum kopi paling famous kat Kluang tu kan. ;)



Tengok muka ada sikit mat salleh. Kejap macam Pakistan ke apa budak Ridhwan ni kan? Kehkehkeh. Dia ni memang aku impress dari dulu. Mak ayah dia orang Hindustan. Tapi dah menetap di Malaysia lah. So he is really lucky sebab dia dapat kuasai banyak bahasa. Memang beruntung. Dia pandai cakap Jepun, English, BM, Hindustan. Haaa! Kau rasa tak bergeliga ke namanya tu?

Walau apa pun, tahniah dan terima kasih banyak-banyak pada Ridhwan sebab ingat aku dan belikan macam-macam. Insya-Allah ada rezeki mana tau lepas ni kau  boleh sponsor aku pi Jepun kan. Teringin betul nak melawat air terjun yang kau cakap tu.

Air Terjun Takachiho Gorge 




p/s: Nanti kita usha lagi lah air terjun ni. Nice gilos! 




2 comments:

  1. Bestnyaaa! ;)
    Gambar air terjun tu cantikkkkkk! ;D

    ReplyDelete
  2. bestnye kalau dpt ckp byk bahasa jgk..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork