Saturday, March 23, 2013

Panas Hati

As Salam semua

Bersambung daripada entry sebelum ni (Akhirnya Dilepaskan...) Part ni cerita panasnya....

Gambar takde kaitan. Itu sekitar persiapan UM Earth Hour Programme malam ni di Dataran DTC! :)

Lepas dapat tiket tu, jadi aku pun buatlah promotion. Alhamdulillah sekali lagi, ada orang yang nak beli. Katanya reasonable price yang aku jual tu since the seat memang best. Main Grandstand dan siap dapat admission untuk concert Backstreet Boys, Gun N Roses, 2NE1 dan U-Kiss. Kalau tengok retis yang buat concert, geram jugak aku bila dengar BSB buat show. Tapi apakan daya, BSB punya show tak silap masa first day which is hari Sabtu, sama dengan sambutan Earth Hour tu!

Well, sebenarnya bukan mudah jugak nak buat urusan jual beli online ni. Aku plan untuk jual tiket ni secara COD. Jadi buyer tu boleh jadi sapa-sapa je orangnya. Manusia... kan rencam niat dan kepala hotaknya. 

Sebelum aku jual tiket ni pada orang yang betul-betul nak beli, ada sorang mamat ni... usha baik punya. Sampai aku turun harga terbaik boleh bagi, since dia kata dia serius buyer kan. Jadi, pada malam Khamis yang lepas... aku memang dah bagitau Akim untuk teman aku jumpa buyer ni, since hati aku rasa lain macam je dan bagi unsur keselamatan, maklumlah bila ada lelaki rasa lain sikit selamatnya... So aku tunggu lebih awal dari masa yang dijanjikan. Tiba-tiba dah lebih kurang 2jam setengah aku tunggu, dia boleh kata tak jadi nak beli. Aku call dia, terus tutup telefon semua. Geram gila aku!!! Sebabnya, pasal dia aku tolak 2-3 buyer lain pasal aku dah janji nak jual dengan dia. Memang tahan sabar aku. Menangis sebutir dua aku depan Akim. Geram sangat kan!!! 

Aku tak marah pun kalau kau tak nak beli, tapi jangan lah buat orang tertunggu-tunggu and bagi harapan. Bagitau je awak tak nak, tak marah tak! Kau punya duit suka hatilah nak beli ke tak nak. SMS pun jadilah. Ini off henpon terus! Orang call-call tak jawab. Haish tension aku ada orang macam ni. Dia mesej kata ticket aku tak including parking. Sedangkan hakikatnya, masa aku call ticket servis, dia cakap semua pemilik Main Granstand akan dapat parking, but it is limited. First come first served! Bukan tak de langsung!!!

Terus aku amik insiatif untuk jual pada buyer yang aku tolak tadi. Segan jugak, sebab mula-mula tak jual dengan dia than last-last cari dia semula.  Nasib baik dia cool je. Buyer tu kata dia dari tahun 97 pergi memang semua pemilik Main Grandstand ada kawasan parking sendiri. So, nampak sangat orang penipu tu memang saje nak usha je. Kalau nak usha pun, tak yah berjanji sakan. Bagitau aku tak nak beli. Tak de nya aku meroyan!!! Senang aku jual pada orang lain. 

Syukur, lepas dari penipu tu... ada lagi orang nak beli tiket tu dengan harga yang terbaik. Jadi, dari rugi gitu je tiket tu, ada baiknya aku let go kan. Alhamdulillah. Tak banyak songeh pun orang tu, terus keluar duit dan beli! Takde banyak bunyi. Sedangkan dia dah pergi tengok F1 since 97, orang tu baru 4 tahun pi! Haish!! 

See. Bukan senang kan nak jual online ni. Baru sikit je tu aku letak, dah macam-macam hal. Ada jugak yang kata aku punya duit jualan tiket tak halal. Allahuakbar. Sabo jelah. Tak halal? Aku mencuri ke tiket tu? Aku rasuah ke nak menang tiket tu? Tak kan? Bila aku menang, itu hak aku... jadi aku boleh tukar miliknya. Boleh dapatkan keuntungan sebab itu hak aku. Aku pun dah tanya organizer dan pihak mereka takde masalah! Jadi sapa yang ada masalah sebenarnya sekarang ni? 

Biasalah kan, mulut dan pemikiran orang beza-beza. Yang penting, kita kena terima je mereka! Sabo jelah! :)



p/s: Earth Hour malam ni kat Dataran DTC! Ayuh!!!! Boleh kurangkan panas bumi, selain panas hati! 



11 comments:

  1. Sabar jealah Nanie..semua tu jealous sbb awak dpt tiket tu..

    ReplyDelete
  2. jangan panas hati ye sayang.susah kalau orang tak pernah serius.cubalah kalau dia terkena camtu.Tak ke panas hati kan.Alhamdulillah masih ada yang serius kan.ya ya,kurangkan panas sekali malam ni (:

    ReplyDelete
  3. kalau akak memang panas hati je..tapi dah meletup2 macam gunung berapi//.hahah

    ReplyDelete
  4. Geram kalau ada orang macam ni. Macam mainkan perasaan.

    ReplyDelete
  5. Pengalaman kak. Saya jual di mudah.my selalu sahaja jadi macam ni. Ramai SMS tanya selepas itu diam sahaja. Lama-lama saya buat tak layan je kalau orang SMS lebih-lebih.

    Ada hikmahnya juga kak. Dapatlah jual pada orang lain pula.

    ReplyDelete
  6. jual beli online memang susah,, kalau barang ratusan,, lebih baik cod la kot,, bagus2

    ReplyDelete
  7. faham perasaan ko..
    Sabar je lah kan....
    nak marah pun bukan boleh buat apa2x pun..

    ReplyDelete
  8. Memang panas entri ni.. Grrr.. Mmg wujud mnsia mcm.. :)
    :) xpergi sbb xde geng. Igt nk join earth hour um.. :(

    ReplyDelete
  9. kalau deno geram kalau kena mcm tu.. apa punya org da...

    ReplyDelete
  10. mmg menyusahkn org tul manusia tu..kalo tau mesti nani hemps2 kepl die kan..hehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork