As Salam semua
Esok, ada jemputan walimatul urus lagi. Insya-Allah kalau takde apa-apa aku akan hadir. Bila kita pergi majlis kahwin, salah satu perkara yang akan menarik minat aku adalah pelamin! Pelamin zaman sekarang ni, fuh kau tak payah cakap lah. Memang super duper class! Jeles woh kalau perhati setiap minggu. Rasa macam tak sabar nak naik pelamin jugak. Eh!
Lepas dah banyak kali pergi majlis kahwin, aku pun berangan-angan lah minat dekat beberapa jenis pelamin. Cewah. Fefeling gitu kalau jodoh sampai dah plan dah nak buat pelamin cemana. Tapi ni kalau bapak aku baca ni, mahu kena tempeleng sedas dua! Hahaha. Takpe pak, persediaan awal.
Dalam pemilihan pelamin, ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira oleh pasangan pengantin. Ini pun aku dapat tips dari salah seorang wedding planner yang terkemuka di KL. Masa tu aku dengan Akim saje usha-usha butik pengantin.

1. PRAKTIKAL
Bila pilih pelamin, selain memikirkan perihal tema yang diiginkan kita pun kena pikir sekali ke-praktikalannya untuk tempat majlis kita tu. Biasanya kalau di dewan atau hotel takde masalah sebab kawasan yang luas dan besar. Tapi kalau majlis di buat di rumah, kita kena pastikan betul-betul sudut mana yang kita nak letak pelamin tu. Sebab kalau rumah kecil dan pilih pelamin yang terlalu besar, nanti akan timbul masalah. Salah satu tips yang diberikan kalau kita tetap nak pelamin yang besar tetapi rumah kecil... caranya adalah... kita letakkan pelamin di salah satu kanopi. Kiranya satu kanopi tu memang khas untuk meja beradap dan pelamin. Aku pernah tengok orang buat. Memang cantik!
2. SARAT
Kalau pilih pelamin, adalah digalakkan untuk memilih yang tidak terlalu sarat dengan hiasan. Ini kerana pelamin yang terlalu sarat akan menyebabkan gambar agak serabut lagi-lagi bila bersama kaum keluarga dan kawan-kawan yang ramai. Ini jugak kadang-kadang menyukarkan photographer untuk setting kedudukan orang dalam gambar.
3. BERPATUTAN & BERTEPATAN
Yep, kalau nak tahu... di bahagian pelamin biasanya wedding boutique akan tekan harga. Lagi-lagi kalau gunakan fresh flower. Kalau jenis banyak duit takde masalah, tapi seeloknya jangan membazir. Sebab ye lah, pelamin tu kan cuma sehari je digunakan. Ada jugak kes yang aku pernah dengar mak andam sewakan pelamin sekadar pelamin saje. Kerusi, kipas dan deko-deko lain kena buat bayaran tambahan. Ada tau gitu!!! Memang bahaya! Apa kata korang cari yang berpatutan dan bertepatan dengan tema pelamin yang diinginkan. Lagi untung kalau pakej-pakej.
4. PEMILIHAN WARNA
Pemilihan warna sangat-sangat penting. Malahan warna jugak memberi impak bukan sekadar pada keseluruhan majlis malahan dalam gambar jugak. Warna-warna pastel biasanya menjadi kegemaran pasangan pengantin sebab memberi impak sweet dan comel. Tapi ada jugak pengantin yang berani dan menggunakan warna-warna terang. Tak salah, cuma untuk lebih menarik pastikan lighting dari photographer betul dan sesuai. Mesti nampak eksklusif dan vogue!
5. UNIK
Boleh jugak untuk pengantin memilih pelamin yang lain dari yang lain. Unik dan kreatif gitu. Yang paling penting ongkosnya berpatutan boleh saje. Kadang-kadang yang rare tu memang menarik. Di luar kebiasaan kan. Comel pun comel jugak. Atau mungkin ada pasangan pengantin yang kreatif, boleh jugak korang luahkan daya kreativiti dan keinginan korang terhadap pelamin impian. Insya-Allah kalau kena gaya, mak andam boleh laksanakan. Macam walimatul urus cousin aku baru ni, dia sendiri plan nak macam mana pelaminnya dan mak andam dapat realisasikan. Harga pulak sangat berpatutan!!! Aku pun terkejut dengar tau harganya murah!
Jadi sekarang ni dah dua series aku bagi untuk para pengantin. Yang pertama korang boleh baca (Pengantin Perlu Bujak Berbelanja). So, Insya-Allah lepas ni mana yang aku terfikir dan dapat idea aku kongsikan dengan korang. Takpe walau pun belum ada niat lagi nak berkahwin tapi sekurang-kurangnya kita dah ada ilmu kan.
p/s: lepas ni nak share tips untuk goodies pada tetamu. Sumber gambar daripada Google.

![]() |
ini pelamin masa sepupu aku kahwin |
Jadi sekarang ni dah dua series aku bagi untuk para pengantin. Yang pertama korang boleh baca (Pengantin Perlu Bujak Berbelanja). So, Insya-Allah lepas ni mana yang aku terfikir dan dapat idea aku kongsikan dengan korang. Takpe walau pun belum ada niat lagi nak berkahwin tapi sekurang-kurangnya kita dah ada ilmu kan.
p/s: lepas ni nak share tips untuk goodies pada tetamu. Sumber gambar daripada Google.
11 Inspirasi Dari Pembaca
hai sayangku nanie!
ReplyDeleteewahhhhhhhh!boleh dah tu slow slow suh akim datang merisik :p
winkwinkwink;)
kita pun suka g wedding orang,sebab nak tengok pelamin.alahai.nak amek gmbr atas pelamin,rasa maluuuuu :D
heeee
adore sangat plamin no.5 simple n sweet ^_^
ReplyDeletecantiknye pelamin tu.. suka suka suka.. :)
ReplyDeletecantiknya pelamin zmn sekarang kreatif sangat, nasib baik kak jehan dah kahwin
ReplyDeleteCantik2 pelamin tu ^_^ Kreatif sungguh :D
ReplyDeletesangat awesomeee!!!nak kawennn!!!waa..hahaha
ReplyDeletepelamin dulu2 pasu bunga wajib ada tepi pelamin..pasu bunga yang dok kat luar umah tu..ha..yang tu betul2 mwnjimatkan..tak de bajet boleh la ikut..heheh
ReplyDeletetengok dlm gmbr semua pelamin sme wrne je..hehe...yup kne pndai bugjet..klo x hbisla utang
ReplyDeletethanks for the tips nanie.og course akan diguna pakai nanti ni.Fiza suka sangat pelamin sepupu nanie tu..nice sgt!
ReplyDeletesweet la.. klu pakej pelamin sekali ke dgn fotograper?
ReplyDeletepinjam nak share kat page saya ek :)
ReplyDeletewww.facebook.com/tudmascreative
Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!