Thursday, March 7, 2013

Pengantin Perlu Bijak Berbelanja

As Salam semua

Kan aku attend banyak majlis walimatul urus sejak menginjak 2013 ni kan... banyak dah benda-benda comel yang aku jumpa. Pengantin memang saje buat kita-kita yang single ni jeles bagai tau. Ye lah, jiwa perempuan mesti tersuka dan tergembira bila jumpa benda comel gitu. Lagi-lagi lah aku ni memang peminat benda comel. Terus rasa nak lompat-lompat kat situ sambil jerit alolololololololo!!!! Omey angat!!! :)

Trend pengantin sebenarnya memang berubah-rubah. Ikut trend semasa dan semakin kreatif nampaknya. Gabungan warna, keselesaan, ke-praktikal-an dan kepatutan harga memang menjadi titik-titik penting buat pasangan pengantin untuk memilih sesuatu perkara supaya majlis sempurna. Aku tak pandang sangat kalau barang harga ribu-ribu... sebab kalau dah harga gitu mestilah cantik  kan. Tapi aku akan salute pada pasangan pengantin yang bijak berbelanja dan dapat menonjolkan ke-eksklusif-an majlisnya. Kira kalau barang tu harga 50 sen pun, tapi dia pandai pilih dan naikkan serinya... memang cantik hasilnya! Lagi pulak kalau pengantin yang memang kreatif dan serba-serbi dia DIY. Lagilah aku tabik spring!


BUTTON 

Biasanya dalam sesuatu majlis, memang payah sikit kita nak kenal pasti ahli keluarga pengantin. Trend sekarang, pengantin kena sponsor baju untuk ahli keluarga tak pun kena match kan theme colour. Tapi masalahnya, kalau nak sponsor baju mesti tak ramai yang boleh dapat. Mana yang penting je kan. Haaa apa kata, kita kurangkan bajet. Dari sponsor baju kita tukar kepada button badge. Comel sangat. Semua boleh dapat. Kau kira je lah sepupu sepapat, mak saudara, pakcik, ipar duai semua. Anak buah comel pun boleh pasang jugak. Nak lagi syok, button ni boleh diselitkan sekali dengan duit untuk bunga dada dan beri pada penaggah. Tak ke comel gitu? 



GOODIES BAG 

Ini memang dah lama aku adored sangat. Dah lah nampak vintage. Eco-green dan paling penting sangat budget. Dengan menggunakan paper bag yang selalu orang buat bungkus goreng pisang tu, di tambah sedikit lace paper sudah menyerlah kan kecomelannya. Kalau paper bag biasa di pasaran, tak mati harga mesti seringgit lebih kan. So, apa kata kita guna recycle paper bag ni. 



PROPS

Bila majlis kahwin ni, yang paling seronok bila kawan-kawan hadir sama. Dan bila time nak ambil gambar mesti semua kepochi nak bagi pose menarik dengan pengantin kan. Aku salute sangat pada pengantin yang super kreatif dengan mengindahkan gambar-gambar kenangan bersama kawan-kawan dengan kehadiran props yang comel. Alahaaaai, bukan senang tau nak sediakan props ni semua. Kena teliti dan kreatif. Bukan main bantai je buat! Tapi yang pasti, hasilnya memang comel!




BUNGA TELUR

Ni pun favourite aku. Bunga telur dari kertas crepe. Alahai gebu comel kembang setaman dia tu bikin hati comel aku ni melonjak-lonjak gembira. Eh, comel dia bikin gila tau. Sepupu aku baru ni kawen pun buat sendiri je bunga telur dia. Dengan gabungan colour pastel lagi menyerlah kan ke-sweet-an majlis perkahwinannnya. Murah dan memang puas hati. Tu yang rata-rata pengantin DIY cakap kan. Mana tak puas hatinya, kita boleh design dan ikut macam mana pun yang kita nak. Asalkan satu je, rajin! 






HAND BOUQUET

Hand bouquet ni aku pernah tengok ada designer bagi tips untuk mudah kita buatnya. Hanya perlukan beberapa batang bunga fresh, ribbon dan kerongsang yang bling-bling. Gabungan bunga dan colour yang menarik akan membuatkan pengantin perempuan melangkah yakin di sisi sang putera




Jadi, tak perlu membazir sangat-sangat sebab semuanya hanya diguna satu hari. Yang paling penting, semua yang wajib dijalankan dengan sempurna. Bukan nak berlawan-lawan, tapi cukuplah dengan apa yang kita mampu dan cuba tonjolkan kecantikan dalam kesederhanaan itu! :)





p/s: Lepas ni kita share lagi trend pelamin 2013. Tunggguuuuuuu!!!!



14 comments:

  1. A'ah kan akak? Sume DIY lagi syok. Kreatif! Hehe sekarang tak ramai dah yg bagi gula-gula. Kan? Ramai yg bagi door gift yg comel-comel dah. Suka!3

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang sumer hebat2 dan kreatif...Makin lama makin meriah kalau setting bab kawin...huhu

    ReplyDelete
  3. setuju, tapikan.. apa yg kita fikir, tak semestinya di terima oleh keluarga, kte fikir simple2, tapi nanti dorang mesti macam tak puas hati, kadang-kadang mak ayah okey, sampai kat makcik pakcik semua kene reject, padahal.. bkn dorg pun yg keluar belanja. opsssss.. hover plak komen :)

    ReplyDelete
  4. mase kenduri memang kene berjimat, sebab lepas kahwin, perbelanjaan rumah utk kali pertama, memang anda tak akan sangke jumlah die ...macam akak dulu, pengsan tgk ...

    ReplyDelete
  5. AWAK TELAH MEMBERIKAN INSPIRASIIIIIIIIIIII KEPADA SAYA !

    hihi tak sabar nak kawin and tak sabar nak makan nasi minyak awak :*

    ReplyDelete
  6. hai sis BCE nk tanye,button tu unik la.mane ley dapat eh?

    ReplyDelete
  7. senang nanie nak kawen nanti, awal2 dah prepare bajet , survey semua.. hihi :)

    psstt tetiba rindu kt nanie :p

    ReplyDelete
  8. Kreatifnya!
    Comel-comel belaka ^_^

    ReplyDelete
  9. Di majlis perkahwinanlah paling senang berlaku pembaziran...

    ReplyDelete
  10. tengok semua ni rasa cam nak kawen sekarang je. hehe..

    ReplyDelete
  11. kalau kita rajin dan krestif, banyak benda boleh jimat kan? :)

    ReplyDelete
  12. Good sharing =) Sila kunjungi facebook Nur's Gubahan Kreatif

    ReplyDelete
  13. Wah!! Semua D.I.Y.... yang paper bag tu menarik!! Nant nak buat la untk adk kawin... thanx

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork