Monday, March 18, 2013

Piccadilly : Punya Lebih 400 Menu Makanan

As Salam semua

Tiga hari lepas, aku teman akak aku ke JPJ Taman Jaya. Renew lesen kereta. Lepas habis tu, terus lunch. Walaupun dah dekat pukul 3 lebih masa tu baru nak lunch. Akak aku bawak ke sebuah restoran yang memang best. Best sebab apa? Sebab kalau kau tengok dari luarnya, kau mesti rasa makanan dia mahal-mahal. Tapi bila kau masuk.... jeng jeng jeng!!!

Welcome to Picadilly!!!



Mungkin ramai yang tahu, dan aku pun dah lama tahu restoran ni tapi tak pernah pulak terpergi. Sebab selalu aku dengan Akim prefer Murni SS2. Than akak aku yang bawak ke sini. Aku dengan Akim malas pulak nak google maps bagai kan. 

Pada aku apa yang menariknya dekat sini adalah dari segi harga yang murah. Sebab kalau di pandang kepada ciri luarannya sah-sah rasa kedai ni mahal. Nonono. Dengan tema "Affordable Local to Global Cuisine" memang semua nyum-nyum-nyum!


Tak ingat nama menu ni. Harga : RM 7.90. sedap kuah dia pekat dan lazat!
Ini aku punya kegemaran. Kerabu mangga + Ayam goreng crispy : RM 7.90
Nachos Chicken Cheese. So yummy!!! RM 5.90


Grilled Chicken Chop : RM  9.80 


Tak silap aku, ada lebih 400 jenis menu kat sini. Memang macam-macam. Korang pilih je. Western ada, east, local semua ada tau. Harga pun murah-murah. Tak caya? Cuba tengok ni...



So, kalau korang nak rasa makanan di Piccadilly silakan ke alamat :


LG006 & LG007, 

Millennium Square, Dataran Millennium PJ, 
98, Jalan 14/1, 46100 Petaling Jaya.LG006 & LG007, Millennium Square Jalan 14/1 
46200 Petaling Jaya, Malaysia








p/s: ada jugak kedai yang mahal je lebih, tapi tak sedap kan!





8 comments:

  1. Wah nampak macam best la. boleh try la lepas ni. btw nice review ateen :)

    ReplyDelete
  2. Mesti best ni ;) Nampak sedappppp pulak tu ^_^

    ReplyDelete
  3. Nachos chicken cheese tuh nmpk yummy giler.

    ReplyDelete
  4. sedapnya . teringin pula, tengok gambar makanan. bhaha ^^

    ReplyDelete
  5. wahhh sedappnyaaaa tgok semua makanan tu :D mengiurkan betoi..hehe..btw harga dia sgt berpatutan kan..kenapalah jauh sgt, kalo x boleh dh pegi cuba makan kat sana..heee

    ReplyDelete
  6. wow!!!! memukau betul deno tengok makanan2 yg lazat tu kak... emmm.... :)

    ReplyDelete
  7. kak.just nak confirm, kedai ni halal tak?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork