Wednesday, March 27, 2013

Review Aplikasi MyTeksi

As Salam semua

Mana yang pernah duduk UM, mesti tahu kolej aku sekarang Kolej Ibnu Sina ni letaknya terceruk belakang PPUM. Mudah untuk abang-abang doktor dan kakak-kakak on call ke hospital. Short-cut!  Takpe, mereka menjaga nyawa segenap manusia. Cuma yang sedihnya, bila laluan masuk ke kolej aku bukan laluan utama public transport. Sebabnya dia akan jumpa jalan mati. Jadi mahu tak mahu, untuk aku yang tak mampu milik kereta sebiji hasil hadiah ibu bapa, terpaksa menapak menuruni bukit ke jalan utama untuk naik bas atau teksi. Penat. Sumpah penat. 15 minit masa diperlukan sekali jalan. Tapi kurusnya tidak. Bukan salah aku. T___T

Tapi, sekarang ni Alhamdulillah. Bangga aku dengan insan berfikiran jauh yang mencipta aplikasi MyTeksi ni. Dulu aku ada pernah review app ni (Aplikasi MyTeksi : Bantu Dapatkan Teksi Segera) tapi masa tu, aku kat Kluang. So tak guna lagi sepenuhnya app tersebut. Than semalam, baru teringat nak gunakan app tu untuk ke Mid Valley since hari hujan semalam.

Kau rasa apa reaksi aku first time guna aplikasi tersebut?



Haa.. macam tu lah reaksi pertama aku. Siriesly beb, teruja. Mudah dan memang berkesan. Nak tahu kenapa aku teruja sampai tahap gitu?

Lepas aku siap-siap tu, sementara nak ke main gate, aku on app tersebut dan locate kedudukan aku guna GPS. Isi bahagian yang dikehendaki. Kita di mana dan nak drop di mana.


Untuk keselamatan, dinasihatkan untuk hafal no plat teksi tersebut.



Than selepas 2-3 minit lepas klik Book Now, GPS akan detect beberapa buah teksi yang berhampiran dengan kita. Yang aku suka, bukan sekadar tunjukkan berapa teksi ada, malahan siap estimated charge dan jarak! So, boleh lah kita budget. :) 



Tak sampai 5 minit, Alhamdulillah dah ada teksi yang reply booking aku tu. Dan app akan menunjukkan nombor plat teksi, nama pemandu dan jarak serta masa pemandu akan sampai ke tempat kita! 



Sangat-sangat mudah!!! Untuk pengetahuan, harga yang ditulis dalam ruangan estimated tu memang tepat dan ia adalah termasuk RM 2 extra charge sebab dikira kita book dia kan. So, harga biasa ke Mid Valley RM 7 + RM 2(extra) = RM 9. Malahan lagi best, masa aku booked tu, pemandu teksi tersebut siap call back aku untuk dapatkan kepastian sama ada jadi book atau tidak. Memang mesra pengguna dan memang bagus aplikasi ni!!! 

Aku memang sarankan, mana-mana yang kawasannya susah nak dapatkan perkhidmatan teksi untuk guna aplikasi ni. Lagi-lagi kalau emergency. Contohnya aku masih ingat masa aku second year, pukul 7 pagi tunggu teksi dekat sejam sebab masa tu nak balik Johor, ayah aku sakit. Aduhai!!! Merana berjanggut nak tunggu. Jadi, aplikasi MyTeksi ni betul-betul membantu! 


Aplikasi ni ada di AppStore & Google Play Store! :)


p/s: aplikasi apa lagi yang best dan berguna macam ni? Share sikit!!!




10 comments:

  1. waaahhhh... sangat cool dan best!! makin canggih dah... memang sesuai laaa kan. RM2 tu pejam mata aje lah dari berjanggut menunggu kan.. :)

    ReplyDelete
  2. wah,, hebatnya!!! bagus untuk kak fatin and all :D dulu muja mnapak sampai stesen uni,, sebab nak jimat duit teksi,, hehe

    ReplyDelete
  3. makin canggih skrang...wah!! cantik header....

    ReplyDelete
  4. wahhh..bagusnya ada aplikasi begini kan utk pengguna2 teksi..

    Gud..gud..

    ReplyDelete
  5. zaman semakin canggih..zaman it..semua di hujung jari je..hebat sgt..takyahla tunggu teksi lama2

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork