Sunday, March 31, 2013

Review Cantik : Cure Natural Aqua Gel

As Salam semua

Banyak betul entry yang aku pending. Banyak sangat list dalam draft. Idea menulis dah ada, tapi bila setengah jalan mood tu melayang hilang entah pergi mana. Hish! Leceh gitu. Korang masih ingat lagi tak produk Cure Natural Aqua Gel, hadiah dari Jepun aku dapat dulu? Jadi kali ni aku nak review produk yang diberikan.




 Natural Aqua Gel is a gentle, water-based exfoliant made from natural plant extracts of aloe vera, gingko and rosemary. It effectively sloughs off dead skin cells without irritating or harming skin, making it suitable even for the most sensitive skin types. After cleansing face, apply gel on face and neck. Gently massage gel into skin and see the dead skin cells immediately peel off into tiny white balls. Rinse well with water and then pat skin dry.


Since aku dapat hingga sekarang dah dekat tiga minggu. So dalam masa tu adalah dalam 4-5 kali aku gunakan. First of all, buat mereka yang tak tahu produk ni dikatakan sebagai produk nombor 1 di Jepun. Dan ia adalah ejen exfoliation yang mana berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati. Tidak boleh digunakan secara kerap sebab dikhuatiri akan menipiskan kulit. Hanya seminggu sekali-dua kali sahaja.

Yang putih-putih tu katanya adalah sel kulit mati. Kalau dimuka, lagi banyak! 


Secara keseluruhan, aku berikan 4 bintang daripada 5 atas produk ni atas beberapa sebab : 

  1. Extract tumbuhan yang digunakan dalam Cure, sangat-sangat bagus untuk kulit. Ia adalah water-based dan tidak mempunyai sebarang bauan wangi. Ia hanya cecair pekat dan jernih yang tidak menyebabkan apa-apa side effect pada kulit wajah. 
  2. Menanggalkan sel kulit mati dengan pantas dan banyak. Ada sesetengah exfoliator, hanya tanggalkan sikit je. Tapi dengan Cure, hasilnya lebih banyak.
  3. Sel kulit mati tersebut, akan bertukar warna kelabu bila digosok lebih lama menandakan kotoran di muka telah tertanggal. Malahan, sel kulit mati tu jugak mudah dicuci.
  4. Biji-biji biru mikro yang ada dalam gel adalah sangat halus dan lembut. Tak kasar bila digosok pada muka dan menyebabkan merah selepas dibasuh. 
  5. Setelah dicuci, kulit muka akan rasa segar, lembut dan lebih lembap. Malahan hasil tindak balas aloe vera akan menyebabkan kulit muka rasa sangat sejuk. 
  6. Cuma satu, harga agak mahal dan susah didapati di pasaran Malaysia. Menurut salah satu blogshop barangan Jepun di Malaysia, harga Cure lebih kurang  RM 140-150 sebotol. *kopak!

Overall, aku suka product ni. Bukan hanya sebab dia hadiah dari seorang kawan, tapi sebab keberkesanannya yang mengagumkan. Produk ni jugak sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif & kering atau combination sebab dia melembapkan kulit di samping membuang segala sel-sel mati pada kulit wajah. Kalau korang tanya aku mana nak dapat, seriusly aku tak tahu. Cubalah tanya kawan-kawan korang yang study atau melancong ke Jepun. Sana memang mudah dapat produk ni dan lebih murah. 

So, lepas ni boleh aku feeling dapat kulit cantik macam Ji Hyo! Ah! Verangan!!!
*hahaha dia sorang je artis perempuan Korea yang aku kenal. Yang lain, sumpah tak tahu! Tapi dia memang cantik kan?! 

Ji Hyo ni comel dan bijak selalu kan. 



p/s: Suka tengok orang kulit wajah dia flawless :)






5 comments:

  1. onie pun suka tgk muka org yg flawless,jeles rasa,hik

    ReplyDelete
  2. bila la nak flawless ni,, wrna kulit dh syukur dh tapi,, bab jerawat ni susah nak syukur sikit,, masya ALLAH

    ReplyDelete
  3. cam bestnye produk tu. ermm tapi tu lah mahal kan..

    ReplyDelete
  4. eh berkesannye produk ni ! titibe rase nak try jugak ! mihmih

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork