Thursday, March 21, 2013

Rimba Ilmu UM : Ada Kuda Laut!

As Salam semua

Sabtu lepas, aku dan lebih kurang 20 orang student UM telah berkesempatan melawat satu 'living museum' yang sangat-sangat-sangat awesome. Sampaikan aku rasa macam tak percaya yang dalam UM sendiri ada hutam botani yang begitu cantik! Hutan yang menyimpan khazanah alam berusia ratusan tahun.  Program simple ni diuruskan oleh Sukarelawan Kolej Kediaman Ketujuh yang jugak merupakan sub-sukarelawan pada UM Cares.



Nama tempat ni adalah Rimba Ilmu. Sebelum ni aku just fikir Rimba Ilmu tu sekadar pusat kajian untuk botani dan yang sewaktu degannya. Tapi aku silap. Menurut Dr. Sugu, Nature Guide Rimba Ilmu bagitau bahawa RI kalau dilihat pada Google Maps merupakan satu Green Patch terbesar di Lembah Klang dengan keluasan 80 hektar. Untuk maklumat lanjut, korang boleh KLIK SINI.

Aku sendiri susah nak describe macam mana cantiknya Rimba Ilmu tu. Korang tengok dan nilaikan sendiri. Ya Allah syukur sangat dan bangga dengan usaha UM untuk kekalkan hutan botani sebegini besar dan cantik!

Kita mulakan dengan gambar bangunan pentadbiran Rimba Ilmu. Sebijik macam resort yang mahal tau!








Ini buah pokok pandan. Sapa kata pokok pandan takde buah?

Ini Dr. Sugu. Our Natures Guide. Dia memang banyak pengetahuan pasal taxonomy.
Cabang sains dalam pengklasifikasian pokok


Semangat kan semua dengar penerangan. 

Pokok Cengal. Sangat tinggi. Dan sebatang pokok cengal kalau jual boleh cecah 50k USD



jalan masuk menuju Rimba Ilmu
Pokok ni sangat cantik. sebab batang dia warna coklat pekat dan gelap.
Sejenis pokok manggis yang mana kalau orang asli, dia akan gunakan kulit pokok ni untuk pewarna rambut.

Ini dalam bilik pameran yang sangat besar dan berinformasi.
Dekat Rimba Ilmu ni jugak, ada satu bahagian Conservatory. Yang mana dalam kawasan ni, semua tumbuhan spesies rare disimpan untuk kajian dan pemeliharaan supaya tak pupus.  



Daun besar tu buat kipas
Periuk Kera antara yang terancam







 Dan paling menarik adalah...jeng..jeng...jeng....

Kat UM ada Kuda Laut. Aloh  comel! Comel gila. Aku rasa nak picit-picit je perut buncit dia tu. Ada dua ekor. Dua-dua dalam eksperimen. Eksperimen nak mengenal bunyi yang dihasilkan kuda laut. Comel je!

tu yang dalam botol dekat mulut botol tu! 

Pada aku, usaha murni semacam ni perlu kita teruskan dan sokong dengan jayanya. Bila aku masuk Rimba Ilmu, sejuk dia lain macam. Walaupun berpeluh tapi nyaman sebab oksigen banyak. Memang terasa nyaman sejuk yang best. Kau bayangkan tak kalau kita takde hutan mahupun pokok-pokok. Masa tu manusia ke hulu ke hilir bawak mesin oksigen. Tak mustahil macam tu kan!





p/s: 23 Mac ni Earth Hour di DTC. Jom datang UM!




10 comments:

  1. cantik pemandangan. hijau merimbun. suka betul!

    ReplyDelete
  2. betul tu nani. hutan macam ni memang kena preserved kalau tak semua ditebang. digondolkan!

    ReplyDelete
  3. besaqnya pokok pandan..macam pokok nipah je..

    ReplyDelete
  4. baru tahu pokok pandan ada buah..hehe..cantik tmpt tu..best tgk pemandangan..:)

    ReplyDelete
  5. x percaya la.. benda ni semua memang ada kat atas bukit tu ke?? nampak macam semak samun je dari tepi jalan?? (dasar x pernah explore U sendiri.. huhu.)

    ReplyDelete
  6. cantek! boleh jogging situ..hehehe

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaaaaa;)
    Suka jugak tgk keindahan alam yang menghijau ni..

    ReplyDelete
  8. suka tengaok keindahan alam hutan rimba ni..sejuk mata memandangkan.

    ReplyDelete
  9. Xpnh smpai sbb selalu ble plan ada je halangan. Smpai skg!! Nk pergi!!!!!!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork