Thursday, April 25, 2013

Banjir Kilat Sekitar Universiti Malaya Semalam

As Salam semua

Since ada masa terluang sikit ni, meh lah update mana yang ada dulu. Gambar dalam kamera abaikan sekejap. Teaser tu simpan dulu ek. 

Ok, semalam di UM berlaku banjir kilat. Seriously cuak gila. Hujan lebat lebih kurang pukul 4 macam tu. Masa tu aku dengan Akim di Ikea sebab beli barang rumah sikit. Even, dekat Ikea tu pun dua-tiga kali black out sekejap-sekejap. Cuak sangat. Than masa balik ke UM, kiteorang nak melalui KL Gate sebab nak ke Pantai Dalam. Tuuuu dia jammed teruk gila. Rupa-rupanya, kat bahagian depan dah banjir teruk. Dalam sampai paras lutut macam tu. Sungai Anak Batu yang berada di dalam UM dah melimpah keluar. 





Sangat-sangat takut bila tengok gambar tu kan. Sebab selama ni Sungai Anak Batu tu tak pernah pun melimpah keluar sedasyat ni. Sungai tu masih dalam lagi. Hujan pun tak sampai sejam tapi air naik mendadak. Paling kesian kereta yang tersangkut dalam banjir tu lah. One of my friends pun kena sebab masa tu dia parking berdekatan post guard tak jauh dari situ. Dengar ceritanya, kos nak baiki boleh sampai 7-8 ribu. Gulp!!! Menangis aku dengar! 



Semua tu ujian Alah. Ujian bencana alam ni mengingatkan kita manusia pada banyak perkara! Beringatlah. 




p/s: KL selalu banjir kilat kan. Pembangunan tak terancang mungkin? 



10 comments:

  1. tuuu diaaa.... tak pernah tengok banjir kat UM ni dulu.. sian aweks2 kat UM tu... huuuuu...

    ReplyDelete
  2. teruk nye... nasib baik tak ikut jalan tu semalam

    ReplyDelete
  3. awkk.. teman x boleh tengok gambar atas ni.. yg kancil tenggelam separuh tu.. teman pernah alami situasi camni.. ya Allah.. x tau nk citer cne perasaan cuak.. takut semua ada.. memang xkan lupa pengalaman tu.. malam,hujan lebat giler,gelap.. mujur Allah selamatkan kami.. lepas jugak kami dari banjir tu..

    ReplyDelete
  4. sejak akhir akhir ni banjir selalu belaku.
    mai kita betulkan amal kita.
    sebab amal manusia Allah datangkan keputusan NYA.

    ReplyDelete
  5. Nani balik smlm pun jalan dlm air. Xpernah tgk air naik macam ni

    ReplyDelete
  6. perghh..dahsyat..selama aku di UM ni tak pernah banjir macam ni..hihu..

    ReplyDelete
  7. hope something will be done to avoid this from recurring,, wah.. cantik je nombor follower blog ni,, 3333 :D

    ReplyDelete
  8. banjir memang dahsyat kalau berlarutan..boleh ancam nyawa.

    ReplyDelete
  9. paling takut kalau banjir kilat camni..lagi2 kalau stuck dalam banjir.nak redah jalan yang banyak laluan air pun dah cuak dah.

    ReplyDelete
  10. salah satu puncanya adalah sikap manusia tersendiri.. buang sampah merata-rata, pastu longkang tersumbat.. mula la banjir, air tak dapat lalu... pembangunan tak terancang juga satu faktor.. hehe.. dah mcm karangan pulak^^

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork