Thursday, April 18, 2013

Birthday Peminat Cilik Blog Coklateyes

As Salam semua

Entry ni dah lama terperap dalam draft. Sepatutnya release bulan Mac hari tu. Hehehe. Tapi biasalah orang tua macam aku. Banyak lah songehnya kan. Tapi takpe lah, asalkan di publish, sudah senang hati aku. 

Ok, semua tau aku takde adik beradik lelaki. Mean takde abang. Tapi aku sangat-sangat bertuah sebab walaupun aku takde abang, tapi makcik yang sangat rapat dengan aku tu... dia ada anak tunggal dan seorang lelaki. Makanya, secara tak langsung... dia lah jadi abang kami tiga beradik perempuan ni. Dan secara tak langsung, isteri dia jadi akak ipar kiteorang yang dah macam kakak sendiri dah pun, manakala anak-anak dia jadilah anak sedara kami!!! Yehooooo... merasalah fefeling jadi mak ngah di usia muda! Muda ke persoalannnya! Hahahah. 

Anak abang sepupu aku ni dua orang. Sepasang. Sorang nama Nur Alya Sofea yang kiteorang panggil Yaya dan seorang lelaki nama Muhammad Arif Fahmi. So, last March adalah hari lahir Yaya yang ke 5.

Apa yang menarik, Yaya ni peminat blog aku. Serius wei, terharu aku dengar mummy dia cerita betapa taksubnya Yaya pada BCE aku ni. Setiap hari lepas balik sekolah, dia mesti mintak mummy dia bukan blog aku. Budak sekarang kan celik IT. Cepat je dia belajar guna tab tu. Ewah semua cerita aku dia tahu tau. Aku makan apa, aku buat apa semua dia stalk. Wah!!!! Mampus aku kalau gini. Heheheh. Sampaikan perubahan blog aku pun dia yang perasan daripada mummy dia. Aku tukar layout dan header semua dia tahu. Even jumpa aku pun, dia siap tanya... "Mak Ngah, bukak blog Mak Ngah. Mak Ngah cantik dalam blog!" Kahkahkah. Terharu aku menangis kat dapur dengar pujian ikhlas dia! :)

Sebagai menghargai peminat cilik BCE, Mak Ngah buat entry ni khas untuk Yaya! 


Mesti semua nak tengok kan, mana yang namanya budak Yaya tu? Budak bijak yang mengada-ngada manja tu. Haish!!! :)


Dua bintang hati.
Arep tu kalau orang suruh sikit dia akan jawab " Ok bosh!" Comey! 
Ayah aku sebagai guru besar kononnya! Hahaha 

Aku hadiahkan Yaya buku-buku semuanya. Sesuai dengan umur dia, ada buku mewarna, mengira dan membaca jugak. Buku bercakap je takde sebab mulut dia memang dah petah habis dah. Kalah ah Mak Ngah macam ni!!!


Malam tu buat simple je, sebab ad-hoc kan. So, mummy Yaya masak mee hoon goreng yang sangat-sangat sedap dan kiteorang buat barbeque sikit. Ada ayam panggang yang diperap dengan sos buatan sendiri yang sedap dia Masya-Allah... ada kambing sikit, ada hot dog jugak dan jagung butter panggang. Nyum-nyum-nyum!





Sebagai menghargai peminat cilik BCE, Mak Ngah buat entry ni khas untuk Yaya! Moga nanti Yaya dah pandai baca dengan lancar, Yaya bangga punya Mak Ngah yang sayang gila kat Yaya! sobsobsob. *Meleleh pulak air hidung ni tahan air mata kan...

Mak Ngah doakan Yaya dengan Arep jadi budak yang bijak. Sorang nak jadi doctor dan sorang jadi pilot kan. Dalam keluarga kita belum ada lagi. Jadi Yaya dengan Arep kena jadi tau. Mak Ngah sayang korang berdua. Eh.. meleleh lagi air mata ni! Hehehe :)




p/s; love you so much! 



7 comments:

  1. comelnya yaya dengan arif .

    happy birthday yaya!

    ReplyDelete
  2. seronok jugak, kalau takde abang tapi ada abang sepupu yang rapat kan. happy for you sis!

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir yaya. nanti dah besar jadi budak bijak macam mak ngah awak, sis innanie tu! :)

    ReplyDelete
  4. Comel yaya!
    Selamat hari lahir yaya! ^_^

    ReplyDelete
  5. kalau kak nanie keluar berdua dgn yaya nie,mesti org cakap yaya anak kak nanie..muka seiras..^_^

    ReplyDelete
  6. Selmat hari lahir yaya ..tetiba rindu dkt ank buah.huhuh

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork