As Salam semua
[ADVERTORIAL]
Malam tadi berlangsungnya episod MS2 yang penuh debaran. Cabaran luar untuk dua kumpulan Biru yang diketuai oleh Cellina dan Merah oleh Norish Karman telah berentap dalam menyediakan juadah bertepatan tema Kenduri Kendara.
Dan hari ni.... jeng jeng jeng....
Keputusannya berpihak pada Kumpulan .....
Biru (NK) untuk menjuarai dan memikat hati para juri. Tahniah! Tahniah!!!
Dan ini bermakna Kumpulan Merah (Cellina) akan meghadap para juri dan melalui proses penyingkiran. Aiyoooo... dah lah ada Pak Nil dalam tu. Cuak aku wei! Cuak gila. Tambah cuak dan seram lagi adalah... juri meminta Cellina yang bertindak sebagai ketua kumpulan untuk menghantar 5 orang ahli pasukannya yang dirasakan lemah untuk melalui proses penyingkiran. Seriusly beb, it is tough decision. Bukan senang kita nak singkirkan ahli sendiri kan. Tapi, apakan daya Cellina terpaksa memilih iaitu :
- Pak Nil
- Che Ta
- Keroz
- Syanie
- Afiq Muiz
Kelima-lima selebriti ni akan melalui penyingkiran yang mana cabarannya adalah melalui pantri terbuka dan kena hasilkan juadah pengat. Haaaa juadah Melayu lagi ni! Pengat sapa pulak yang menyengat dan kurang menyengat?
![]() |
Pengat Kepompong Sutera by Syanie |
![]() |
Pengat Cha Cha oleh Pak Nil |
Keputusannya sebentar tadi adalah Keroz terpaksa melangkah keluar mengikut jejak langkah Yassin.
Pengat Masih Ada Yang Sayang tadi kelihatan sedikit gelap warnanya akibat daripada gulanya yang hangus.
Walau apa pun sebanyak RM 1000 telah disumbangkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia oleh Keroz melalui Masterchef Selebriti Musim 2. Jadi, kita tunggulah apa cabaran yang bakal dihadapi peserta lain! Seronok kan masak-masak ni.
p/s: Mak saya adalah masterchef saya! :)
posted by www.coklateyes.my
8 Inspirasi Dari Pembaca
asyik2x luka jari je cik ta tu...(tgk sgt jrg masak)..haha
ReplyDeletehttp://www.wadahberbicara.my/2013/02/hanya-rm-150-anda-mampu-kelihatan.html
tahniah..sekurang2nya dia telah mncuba..:)
ReplyDeletePengat syanie tu nampak cam sedap.. =)
ReplyDeletewow..advertorial tuh.. untung nyaa~
ReplyDeletedah agak dh mesti kmpln biru menang..
ReplyDeletexkan diaorg nk singkirkan paknil n che ta awal2..hehe
bab penyikiran tu kita yg berdebar2
ReplyDeletesedapnya.. tengok masakan mereka ni... ;)
ReplyDeletedorang memang hebat memasak.masing masing ada cara tersendiri kan.kalau dapat meresa dorang masak lagi best..heehe :)
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!