Sunday, April 21, 2013

Kenapa Cantik Perlu Didefinisikan Pada Kurus?

As Salam semua

Secara jujur, aku bukan perempuan kurus. Itu maknanya aku tak cantik. Sebab dunia hari ni mendefiniskan cantik sebagai kurus. Mana-mana perempuan yang kurus walaupun kadang-kadang perangai macam jilake, mulut macam longkang secara automatik dikategorikan cantik. 

Aku pelik dunia ni. Bila bercakap soal gaji, soal rumah, soal kereta semua nak besar-besar. Eh, bila cakap pasal jodoh, tak nak yang besar. Nak yang kecik dan kurus. Sebab kurus itu cantik. Padahal, rekodnya dah empat puluh kali perempuan kurus kecewakan kau sampai frust menonggeng. Tetap tak mengaku kalah. Ye lah, perempuan plussize ni buat malu wei kalau bawak jalan. Tak tererr lah kalau tak dapat awek hot badan kurus keding. Tak kesah lah walaupun kena kikis, janji dapat yang cantik dan kurus. 

Aku tahu memang gemuk tu boleh mendatangkan seribu satu penyakit dan masalah kesihatan, tapi perlu ke dari soal hati dikecewakan? Kalau kau tak terima mereka yang bersaiz besar ni, dari awal lagi kau jangan dekat. Dari awal lagi kau jangan main ayat, dari awal lagi kau jangan pikat. Dari awal lagi kau jangan hulur sayang lebih sangat. Kau ingat, hati manusia berbeza  ikut saiz badan ke? Sama je. Kurus dan gemuk tetap ada perasaan. Dan senang-senang je kau hampakan. 

Apa kau ingat bercinta dengan perempuan kurus tu tak banyak cabaran? 

No way man. Kau boleh kena tendang bila-bila masa je yang dia suka. Dia banyak pilihan. Sama macam kau lukakan hati manusia yang tak berapa kurus ni. Yang disaat tu kau fikir kau punya banyak pilihan!



Please lah bro, jangan nilaikan kecantikan orang dengan size. Dengan paras rupa. Semua tu sementara. Belum tentu orang yang kau sayang-sayang-agungkan hari ni sayang kau sepenuh jiwa raga. Mungkin yang kau sakitkan ni yang sayang kau sepenuh jiwa. Sebab aku yakin, biasanya 'mereka' ini lah orang setia. Sebab prinsip mereka, bukan senang nak dapat orang yang terima 'kita' seadanya. Sebab tu bila sekali ada, dia akan syukur sepenuhnya. Jaga sebaiknya!


Kalau kau tanya kenapa aku buat entry macam ni?

Sebab aku rasa dunia hari ni terlalu banyak bias-nya. Terlalu banyak memilih luaran dari dalaman. Terlalu banyak hati yang telah dikecewakan.


Terima kasih.


update: lepas dalam 5 minit aku publish entry ni, tiba-tiba pop-up dalam kepala aku, sebenarnya kita menjadi bias dengan saiz sebab hari-hari kita dimomok-kan dengan media massa yang mempertaruhkan perempuan kurus itu cantik. sebab itu the world seems so cruel for us, plussize women. Agree? 


p/s: :( feeeling tiba-tiba





28 comments:

  1. tau takpe. hda salah seorang yg agak berbdn besar. and mane2 hda pergi, org lelaki takkan pndg hda.

    yang dyorang pndg, kwn hda yg cekeding yang tiap2 minggu keluar dgn lelaki yg berbeza!
    smpi ade org ckp dgn hda, gemok= pemalaz. ade jek kwn hda yg cekeding tp pemalaz + PENGOTOR.

    hda tahu, semua nih msti ada hikmahnye.

    but it seems evrything is not fair for me :'(

    ReplyDelete
  2. Saya sokong entry akak 150%..Rata-ratanya memang macam itu..Cantik itu sementara, kalau kurus, cantik..kekal lama ke? Dunia sementara je. Cantik dalaman lebih baik.

    ReplyDelete
  3. | nice entry.. setuju jer, org laki memang tgk saiz pon.. kajian sy kepada 10 orang lelaki mengenai "apabila melihat perempuan, lelaki melihat muka atau badan dulu?" 7 dari mereka menngatakan mereka akan melihat badan perempuan dulu.. apa pon sebenarnya semua orang ada kelemahan & kekurangan masing2.. melihat pada seseorang bagaimana dier melihat benda itu... #Peace.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. biar badan besar tapi sihat, jangan badan kurus tapi berpenyakit....tak gitu...

    ReplyDelete
  6. agak la. dunia ni bias mostly sbb pengaruh media. kadang2 agak kejam jugak penilaian yg dorang buat utk yg berbadan besar pdahal mereka pun ada perasaan.

    ReplyDelete
  7. Betul tu kak ;) Cantik dalaman itu lebih penting..

    ReplyDelete
  8. btul2...mmg skg ni rmai yg akn memilih kurus dan cntik...wlupun dh frust menonggeng..diorg akan malu klu dpt yg besar..malu weyh tang mne nk letak muka kn...thats why y girl skg berlumba2 utk menjga kecntikan mereka..

    ReplyDelete
  9. hehe.... cantik ke kurus?....
    kurus sgt pun tak cantik..

    ReplyDelete
  10. cantik itu subjektif...citarasa manusia berbeza....cuma kecenderungan kecantikan itu selalunya lebih kepada wanita kurus.

    ReplyDelete
  11. ala x kisah laa plus size sekali pun janji imej dan gaya tu mau ada..gemuk tu bukn penghalang untuk kita bergaya kan..pada saya gemuk pun gemuk laa janji muka bersih, cantik n pandai bergaya dari badan kurus tapi x cun dan selekeh buat pe kan huhuhu

    ReplyDelete
  12. sekarang ni orang jenis judge camtu kan. bila kurus keding je semuanyaaaa cantik.gemuk kurus semuanya sama je kan. ada kelebihan masing2kan

    wanie pun gemok gak. kih3~

    ReplyDelete
  13. fina kurus, tapi tak cun pun. tskk :(

    well, sis...ciptaan Allah. pasti ada hikmah di sebaliknya. :')

    akak jangan pernah down k. kalau sis kurus..maybe sis akan cederung ke arah yang tak baik. sama mcm Fina. kalau Fina cun, maybe Fina tak jaga diri Fina macam sekarang, jaga tingkah laku semua2. :)

    so, sis....kita harus kuat. yakin kita cantik ! cantik di hati .. cantik di mata Allah :'))

    p/s: maaf komen terpanjang. hehehe

    ReplyDelete
  14. Gemuk itu comel + kiut miuttt...hehehe..dunia skrang mmg tu kejam skit..haha. so kita kena ikhtiarkan dan buktikan yang kita lebih cantik dari yang kurus...keep it up..jangan mudah mengalah..

    ReplyDelete
  15. ala. kalau kurus pun tak semestinya cantik. kan omputih kata beauty lies in the eyes of the beholder? atas org tengok kita ni cantik ke tak. huhu

    ReplyDelete
  16. saya nak bagi pendapat saya je

    1.perempuan plussize ni bagi saya seorang yang penyayang. kalau dia sudah berpunya, dia sayang gila-gila punya.

    2. perempuan plussize ni seorang yang penyabar. walaupun orang kutuk dia, dia tetap sabar. kalau dia hilang sabar, dia cuma menangis dalam diam. dan kalau sifat sabar tu takde, dah lama orang yang mengutuk tu takde dalam dunia rasanya. hehehe, gurau je.

    3. perempuan plussize ni biasanya pandai masak. kalau nak tackle lelaki, perempuan kena tackle makanan kesukaan dia. kira ni advantage yang ramai tak perasan.

    jangan sedih2 kak Innanie, jodoh hanya melalaui hati, bukan size. nanti kalau dah nak kawen, jangan lupa ajak. hehehe :P

    ReplyDelete
  17. prempuan bersaiz besar sape kate xcntik..cuma cantik itu kurus bnda biasa org selalu lihat diskliling kita, bg akak kalo org duk kate gtu akak bt xtau je sbbnya kita tau sape dri kita sudah, org gemuk xmstinya ksihatan tu xelok..xjuga, ade gemok yg sihat..ni smua pndgan org je innanie..yg pntg janji happy dgn life kita..

    ReplyDelete
  18. semua perempuan cantik cuma berbeza..kakak saya walaupun dia 'cubby' tapi dia cantik.Dia cantik dengan caranya yang tersediri..

    kalau kurus tapi pakaian tak berapa senonoh,tak cantik jugak kan? ^_^

    ReplyDelete
  19. Cantik tu subjektif. Lagi satu. Ramai dikalangan kawan2 nina. Asal org tu berkulit putih jeaa. Terus cantik gilwr. Adehhh.

    ReplyDelete
  20. As salam,

    Ini semua ikut selera masing. Saya lelaki, dan saya ada seorang kawan yang minat dengan wanita bersaiz besar. Bukan semua lelaki minat wanita bersaiz kecil

    ReplyDelete
  21. semua wanita tak kira kurus ke berisi ke cantik.supaya pandai pandai jaga penampilan supaya nampak cantik :)

    ReplyDelete
  22. Laki yg mmlih nk gf krus skeping tu,cermin gak dri awk tu.lyak ke???ntah..ntah awk pn mcm ikn buntal.gemuk ke krus sama je.yg pnting,hti msti baik beb

    ReplyDelete
  23. rasanya x semua minat perempuan kurus kering kot. mcm sy ni kurus sgt mmg x da sape la nak..huhu entah la x paham ngn sesetengah org ni. sebenarnya x penting pun semua tu asalkn sihat :)

    ReplyDelete
  24. Ingat kurus cantek ke?? Kite yg bambam ni tetap comel ok.. kemon gurlz, yakin diri.. guna kelebihan kte bkn fizikal kita.. kita mampu merubah pandangan org...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork