Saturday, April 6, 2013

Mana Lebih Jimat?

As Salam semua

Hari ni, bertugas sebagai emcee untuk wedding abang kepada Akim. Semuanya harap berjalan lancar. Majlis perkahwinan ni akan berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, Kluang. Malam tadi, aku pergi rehearsal semua, tiba-tiba aku terfikir...

Kos perkahwinan di dewan dengan di rumah mana lebih mahal agaknya???

Hmmmm... fikir sejenak lah kan. 

photo : whitesignature 
Bila dicongak-congak, agaknyalah kan kos di rumah lebih tinggi kot pada aku. Entah, aku pun tak pasti since dalam family aku belum lagi ada yang melangsungkan perkahwinan. Cuma ayah aku biasa uruskan anak-anak sedara kahwin. Tapi secara kasarlah, aku dapat agak budgetnya lebih tinggi jika dibuat di rumah berbanding dewan. Dewan tau bukan hotel. 

Kenapa? Pertama sebabnya adalah dari segi nak menghias rumah. For sure ibu-ibu nak tukar langsir baru, nak cat rumah, nak hias bilik pengantin semua kan. Kedua, orang rewang,  tetamu dan sedara mara yang datang tak kan dibiarkan lapar. Makan sarapan, tengahari, petang dan malam perlu dibuat dan difikirkan jugak. Kesian mereka kalau biar je... Ketiga, nak sewa balai dan kelengkapan memasak semua perlu disediakan. Tempat tidur saudara mara semua. Hish banyak guna duit semua tu kan!Manakala kalau kat dewan, bayaran sewa dewan dan kelengkapan majlis saje yang perlu difikirkan. Yang lain-lain, fikir sikit-sikit je. 

Walau apa pun, bersederhanalah. Tapi kalau mampu dan tidak membebankan boleh nak buat dengan meriah tapi ingat jangan membazir saje. Terpulang pada kita nak buat dewan ke, rumah ke, hotel ke. Semua boleh asalkan yang wajib dibuat dengan sempurna dan diberkati! 




p/s: Doakan majlis semua lancar!







8 comments:

  1. Betul2 ;) Kalau buat kat rumah, lebih mahal.. Banyak kerja jugak nak dibuat kalau majlis dibuat kat rumah.. ^_^

    ReplyDelete
  2. join contest http://macammacamcite.blogspot.com/2013/04/1st-giveaway-by-emas-putih.html

    ReplyDelete
  3. oh, baru perasan. tapi saya rasa kalau nak jimat, apa kata buat 2 in 1. maksudnya macam sekali gus kenduri untuk pihak lelaki dan perempuan. dan secara tak sengaja dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak. tapi tu cadangan saya je. kot-kotlah, akak nak kawin ke lepas ni. hehehe :P

    ReplyDelete
  4. Setuju! Saya pun ada terfikirkan mende yg sama tapi kena pandai cari dewan yg murah dan berbaloi lah kan :)

    ReplyDelete
  5. Maybe la.. Mieza pun buat kat rumah jer.. Rewang semua sedara mara.. Nasib baik lah sedara2 semua tinggal dekat2 umah jer.. So, kos utk penginapan tu dah lepas.. Hehe.. Tak pernah ada pengalaman adik beradik buat majlis kat dewan, so tak berapa nak tau lah pulak beza kos tu.. Huhu~~ So far, ok jer majlis kat rumah since ramai sedara mara yang datang menolong dgn ikhlas, ada yang siap sponsor lagi.. Alhamdulillah.. =)

    ReplyDelete
  6. jimat ea buat kt dewan..ingatkan buat kat umah lagi jimat...hehehe

    ReplyDelete
  7. buat kt dewan lg senang.. nanti tak penat sgt bab nk kemas mengemas

    ReplyDelete
  8. err,,, muja pun tak tahu,, buat kat rumah more memorable kot,, hee

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork