Tuesday, April 23, 2013

Gambar Masterchef Selebriti Ep.1 & 2 [Enot Menang, Yassin Tersingkir!]

As Salam semua

[ADVERTORIAL]

Mungkin agak terlambat untuk aku mengikuti Siri Masterchef Selebriti 2 (MS2) yang telah pun menginjak ke episod 2 hari ni. Penuh twitter, blog dan facebook dengan 1001 cerita, keletah para selebriti di dapur. Biasalah bila mana masa menjadi taruhan, masing-masing mulalah tunjuk skill untuk menang. Mempamer kehebatan di depan chef terkemuka Malaysia Chef Jo, Chef Adu dan Chef Zubir. Seramai 19 orang selebriti telah terpilih untuk mempamer bakat masing-masing. 



Bila tengok background masing-masing, takde sapa tahu apa kelebihan sorang-sorang selebriti ni. Tapi yang penting kemampuan mereka mesti ada kelebihannya sebab tu terpilih untuk masuk MS 2 ni kan. Setiap selebriti yang terpilih ni mewakili badan kebajikan masing-masing yang mana wang terkumpul sepanjang mereka berada di MS2 ni akan disumbangkan kepada badan kebajikan tersebut. 

[EPISOD 1] 

Untuk episod pertama, cabaran yang diberikan kepada para peserta adalah cabaran cipta rasa. Di episod pertama ni, semua peserta diberikan gambar rakan seleberiti yang lain sebagai contoh Pak Nil dapat gambar Enot dan mereka dikehendaki untuk mencipta sajian berdasarkan gambar selebriti yang diberikan. Hehehe. Kelakar pun ada jugak. Ye lah, macam-macam kan interpretasi orang pada seseorang yang lain. 

Hidangan Enot yang memikat hati juri [Suaka Cinta vs Puaka Cinta]

Hidangan Cellina [CreamyTomato Angel Hair Pasta with Butter Garlic Prawn and Grilled Capsicum] 

Walaupun skill masa episod pertama dah mencabar, tapi para selebriti tak cuak lah. Untuk episod pertama pusingan pertama, Enot telah dinobatkan sebagai pemenang. Manakala pusingan kedua pengacara Cellina telah memenagi hati juri dengan juadahnya. Hmmm boleh tahan kan! Dan ada selebriti yang bakal melalui proses penyingkiran. Siapa dia? UNTUK VIDEO FULL EPISOD 1 ----- klik sini-----


[EPISOD 2] 


Episod 2 memeranjatkan sebab ingatkan tiada penyinkiran berlaku. Seramai 5 orang selebriti melalui pusingan penyingkiran. Selebriti tersebut adalah Zain Saidin, Yassin, Sabhi Sadhi, Radhi OAG dan Kenchana Dewi. Untuk penyingkiran mereka kena masak hidangan berasaskan ikan, dan akhirnya hidangan Yassin iaitu "Ikan Goreng Berat Sebelah" tidak memikat hati juri. Jadinya, Yassin merupakan selebriti pertama yang tersingkir.

Hidangan Yassin [Ikan Goreng Berat Sebelah]

Dengar khabarnya ada sikit drama dan telenovela di dapur MS2 ni. Eh, sapa lagi kalau bukan dari pasangan yang panas bercinta tu si Che Ta dan Zain Saidin. Rata-rata komen katanya meluat dengan perangai Zain. Kenapa pulak gitu? Kita tunggu next episod ok! 



p/s : Lapar wei tengok makanan sedap-sedap! 



Posted by www.coklateyes.my 


3 comments:

  1. Yassin dah kuarr ekkk. Xtgk episod tuuuu. Heee

    ReplyDelete
  2. muja tak minat sangat ngan masterchef,, tapi adik2 muja minat sangat,, hehe

    ReplyDelete
  3. kesian yasin, tapi bagus juga dia kuar awal..wuwuwuw. Kenchana best!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork