Tuesday, April 23, 2013

Gambar Masterchef Selebriti Musim 2- Ep.3 [Cabaran Luar Dengan Tema Kenduri Kendara]

As Salam semua

[ADVERTORIAL]


Disebabkan sekarang dah sampai episod ketiga, terus cepat-cepat update MS2 episod 3. Untuk cabaran kali ni, para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan biru dan merah. Kumpulan Biru diketuai oleh aktres Norish Karman dan kumpulan Merah pula diketuai oleh Cellina sebagai pemenang Ujian Cipta Rasa.



Tema cabaran kali ni adalah kenduri kendara yang mana mereka dicabar untuk memasak beberapa jenis masakan mengikut diet yang seimbang iaitu 1 kanji atau nasi, 2 protein, 1 sayuran, 1 pemanis mulut dan 1 minuman. Lagi tambah sengit, mereka perlu menyediakan hidangan untuk 150 orang dalam masa 3 jam.





Huiih dalam masa 3 jam tu, macam-macam gelagat ada. Ramai yang memuji kerajinan Radhi OAG yang mana dia dilihat sangat pantas bertindak sebagai runner dan bekerja dalam Kumpulan Biru. Untuk Kumpulan Merah, Che Ta mendapat perhatian sebab keasyikannya memotong bahan masakan sampaikan terluka tangan. Masa paramedik datang merawat luka, kelihatan Zain Saidin menjeling pada Che Ta. Risau lettew kan!!! 


Dan inilah adalah hasil masakan mereka selama 3 jam. Memang mengancam. Kecur air liur tengok masing-masing punya presentation. Sebab ye lah, lauk kenduri kan. Tapi, undian bukan berdasarkan pihak juri. Undian kali ni dilakukan oleh para kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia yang turut menjadi penaja lokasi episod kali ni.


Hidangan dari Kumpulan Biru
Hidangan Kumpulan Merah
Jadi pasukan mana yang akan ke pusingan penyingkiran? Dan pasukan mana yang menambat hati para juri? Kena tunggu episod 4!!! Nantikan....ehem...korang rasa sapa menang? 




p/s: Bekerja berkumpulan kena banyak toleransi


Posted by www.coklateyes.my


10 comments:

  1. Suspen ni! Sape menang ekk? Argh! Suspen2..!

    ReplyDelete
  2. akak memg minat giler rancangan nih

    ReplyDelete
  3. nyummy.. eh,camna innanie bulih dpt gmbar awal ni eh?

    ReplyDelete
  4. akak suka la masterchef musim ni...ramai yang best2..kan??

    ReplyDelete
  5. biru yg menang..hehe..
    xtgk lg musim yg baru ni..xsempat..huhu

    ReplyDelete
  6. biru yg menang..hehe..
    xtgk lg musim yg baru ni..xsempat..huhu

    ReplyDelete
  7. merah ler menang...membara gitu...sume geng tu byk yg reti masak..tmbh2 enot tu..

    http://www.wadahberbicara.my/2013/02/hanya-rm-150-anda-mampu-kelihatan.html

    ReplyDelete
  8. bukan senang nak masak kenduri kendara ni..masak banyak sure tak tahu nak budget kan..so far mereka berjaya masak dalam mase 3jam tu kan

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork