Friday, April 12, 2013

Online Business & Kawan-Kawan

As Salam semua

Blog. Bukan sekadar tempat meluah rasa dan pendapat, tapi apa yang lebih kau dapat adalah seorang insan bernama sahabat. Hamboi. Kelas mukadimah kali ni. Mentang-mentag nak pilihan raya kan, haruslah mukadimah macam YB sikit. Kahkahkah!

Well, Alhamdulillah cuti mid-sem kali ni aku berkesempatan jumpa dengan para mommies-blogger yang jugak pemilik blogshop sekitar Kluang. Ecewah padahal 3 orang je! Macam jumpa satu kampung. Sebenarnya, kami ni semua dah kenal lama. Since zaman sekolah lagi, cuma maklumlah bila dah meningkat usia masing-masing busy dengan kehidupan peribadi. Uruskan anak-anak, uruskan laki, uruskan bisnes sendiri. I'm really proud of them. Di usia muda, masing-masing dah ada platform sendiri untuk pelaburan masa depan. Pandai menjana ekonomi keluarga. Walaupun usia masih awal 20-an! Compare to me?? Takde apa! Baru nak mula hidup ni ha... entah hidup entah tidak! :)

from left: Yati , Biha, Me & Kak Fariha
So, meh aku kenalkan sorang-sorang. Dah alang-alang kenal, apa kata korang jemput singgah sekali blog dan blogshop mereka. Mana tahu ada yang berkenan dengan produk jualan mereka kan!!!

NIFSHA FASHION HOUSE
Dari kiri tu namanya Yati. Aku dengan dia kenal sebab masa sekolah dulu pernah satu van sama-sama. Dan kebetulan, abang dia pun satu kolej dengan aku kat UM. Pemilik Nifsha Fashion House, menjual pakaian, dan aksesori perempuan. Dari dress, kasut, sampaikan ke tudung dan shawl. Semua ada. Yang mana bila aku tengok, aku sendiri meroyan. Pa'kal je aku ni perempuan type tong drum. Kalau saiz chopstick, dah lama aku borong kat dia woi!!! 








NFZ BEAUTY & WELLNESS

Kalau tadi untuk luaran, yang Kak Fariha ni pulak adalah pemilik NFZ Beauty & Wellness. One stop centre untuk kecantikan dalaman. Maklumlah, sekarang ni tak guna kalau pakai cantik-cantik tapi dalaman tak semenggah mana. Kesihatan dalaman kena diutamakan jugak. Dan memang terbukti, Kak Fariha ni walaupun dah beranak dua, tapi peh....maintain cun. Sama je macam masa sekolah dulu. Kulit cantik halus mulus tahu!!! Kalah aku yang anak dara ni!!!








Last but not least, ini memang favourite blogshop aku. Sebabnya, mana-mana plussize tak perlu risau. Kat sini semua ada tersedia untuk anda berlawa-lawa. Ecececeh!!! Jangan ingat aku gurau, siries tau! Aku sendiri pernah menggayakan design KZ Nabihah masa photoshoot blogger tempoh hari. Sampai sekarang, dress tu jadi dress kesayangan. Dengan material terbaik, design yang superb-gojes... peh boleh bikin kau awesome satu hari. Dengan Like lebih 100k di Facebook, serata Malaysia kenal... perlu ke aku celoteh lebih lanjut tentang butik milik kawan aku ni??? 





Bila dah semuanya jenis mulut tak berenti cakap, ada je idea nak diborak, ada je bahan nak dibahankan, kau rasa senyap sunyi tak meja kita tadi?? Oh no! Lepas dari Railway Station melepas rindu aku pada Kopi Stesen dan Roti Bakar, kita sambung pulak ke Baskin Robbin. Aku rasa tadi kalau suami Biha tak datang, belum tentu masing-masing ingat nak balik rumah kan. 

Macam-macam yang diborak. Maklumlah, sebagai seorang businesswoman online ni, memang macam-macam onak ranjau yang dilalui. Kami share tips, rahsia, selok belok berblog & online, marketing, anak-anak,  pengalaman jadi ibu & isteri, hanya 20 peratus je, lagi 80 peratus bergembira dan bergosip secara berhemah. Kahkahkah! 

anak-anak penguat mereka kan! 

moga mereka sukses! 
Sebagai perempuan, aku bangga dengan kegigihan mereka-mereka ini. Dengan anak-anak, urus rumah tangga, suami dan kerjaya... masing-masing bijak mengatur hidup. Independent. Tak perlu berharap seratus peratus pada suami. Malahan ringankan beban suami adalah. Kalau aku ada peluang dan rezeki, satu hari nak jugak macam mereka. Punya bisnes sendiri. Insya-Allah!!! 

Aku harap dengan bantuan yang kecil dari aku ni sedikit sebanyak membantu mereka dalam mempromosi online business masing-masing. Semoga usaha dan kegigihan mereka membuahkan hasil dan memberi rezeki gembira seisi keluarga. 




p/s: Ada banyak lagi blogshop @ online bisnes kan? Jom jumpa! Email saje innanie.ariffin@yahoo.com



7 comments:

  1. kwn2 nanie semuanya berjaya dan sgt bergaya..:)

    ReplyDelete
  2. kwn2 nanie semuanya berjaya dan sgt bergaya..:)

    ReplyDelete
  3. kwn2 nanie semuanya berjaya dan sgt bergaya..:)

    ReplyDelete
  4. nak jadi cam diaorang jugak...insya allah

    ReplyDelete
  5. kte ni dh la suka shopping on9..
    awk buat kte rambang mata btul! hee

    ReplyDelete
  6. comel nyaaa budak perempuan kecik tu ...

    comel jugak kakak kakak tuhh

    seronoknya dapat hangout ..

    Oren pun nak jugakk

    tapi takda duit *wehee*

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaaa.. Harap2 suatu hari nanti boleh jadi macam mereka, ada business sendiri dan tak berharap 100% pada suami ^_^

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork