Monday, April 29, 2013

Penghargaan Dari Adibah Noor

As Salam semua

Berapa hari lepas ada satu forum anjuran PELAKON UM yang merupakan satu badan pelajar yang mengumpulkan para pelajar yang bergiat dalam bidang seni. Forum yang bertajuk Seni : Hiburan vs Kerjaya tu membariskan ahli panel yang memang mantap. Antara ahli panel yang dijemput adalah Prof. Dato Rohana, TNC HEP UM, Pn. Lenny, seorang pensyarah UM, Dato Pengarah JKKN dan Adibah Noor. 

Banyak betul isu yang dibincangkan dalam forum ni yang mana berkaitan dengan hala tuju mahasiswa yang bergiat dalam bidang seni, pengalaman dan kerjasama yang boleh dibuat untuk mengetengahkan lagi bakat para pelajar dalam bidang kesenian. 








Dalam ramai-ramai tu, of course lah Adibah Noor yang menjadi perhatian sebab dia bermula sebagai seorang pelajar TESL dari UKM dan kini merupakan seorang anak seni. Lari bidang kan? So, memang banyak lah pengalaman dia untuk bergiat aktif dalam bidang ni. Dan kebetulan sebelum Adibah Noor datang ke UM, aku pernah tweet dia pasal ramai kawan-kawan aku cakap aku macam Adibah Noor. Kadang kecik hati jugak lah. So, Adibah Noor recognize aku masa sesi Q&A.






Than, aku pun beranikan diri untuk tanya pada ahli panel termasuk Adibah Noor. Soalan aku pada Adibah Noor adalah nak tanya macam mana dia bersaing dengan orang lain yang mana dalam keadaan hari ni anak seni mesti memandang paras rupa dulu berbanding bakat. Dan... jawapan yang aku dapat dari Adibah Noor sangat-sangat menyenangkan hati.


Katanya, ikut apa sahaja bakat dan kelebihan yang kita ada. Jujur lah pada diri sendiri. Tak perlu mengharapkan bantuan dan rupa semata-mata untuk berjaya sebab walau apa pun, maruah diri dan bakat yang sejati menjadi ukuran sebenar.

Jadi sekarang ni, kalau korang nak kata aku sama dengan Adibah Noor, aku tak kesah pun. Bangga lagi adalah sebab dia seorang yang sangat berbakat besar dan very humble-educated and inspiring celebrity. So, tak kan nak marahkan kalau orang letakkan kita setaraf Adibah Noor. Walaupun memang jauh panggang dari api lah sebenarnya kalau nak di comparekan aku dengan dia kan. Tapi Alhamdulillah kalau orang nampak bakat aku seperti itu.  Itu satu penghargaan tu!!! :)

Lepas habis majlis, tak sangka Adibah Noor sendiri nak bergambar berdua sahaja dengan aku. Dia siap suruh semua orang ketepi lagi. Hahahaah. Nak kite berdua je katanya. And aku sempat bagi namecard Blog Coklateyes pada dia. Such an honored moment for me! Thanks Kak Diba! 



p/s: Jadilah anak seni yang bermaruah, ketengahkan bakat bukan body mahupun rupa semata! **emo kes Zain Saidin yang biadap dalam Masterchef semalam!!!



12 comments:

  1. wah amik gambar dengan Adibah Noor...
    yakin dengan bakat sendiri

    ReplyDelete
  2. Nanie..awak berbakat dlm penulisan and others ok.. sama mcm adibah noor dia sgt intelligent dan berbakat..sgt admire dia tau..so jgn rasa rendah diri..:)

    ReplyDelete
  3. Utgla dpt jmp adibah noor.

    Akak pn emo smlm tgk zain kurg ajr dgn chef azu, chef zubir n chef jo.

    ReplyDelete
  4. wahhh..syoknye dear dpt jmpa adibah noor :)

    ReplyDelete
  5. oshem la kak....jumpe dengan adibah noor...lagi satu header mmg cun >_<

    ReplyDelete
  6. Suka juga dengan adibah noor ni..sangat humble dan seorang yang slef-motivated.tak kesah apa org kata yang penting dia berjaya :)

    ReplyDelete
  7. wah!!, bestnya dapat bergambar dengan orang seni macam adibah noor.yap pedulikan orang nak kata apa..janji bahagia..

    ReplyDelete
  8. A'ahla.. Ada iras.. Mieza pun minat kak Adibah Noor ni.. =)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum coklateyes....seronoknya dpt jumpa adibah noor...:)

    ReplyDelete
  10. betul tu! memang orang akan tengok rupa dulu,tapi tu semua pandangan manusia sahaja. dalam diri kita tu kena ditonjolkan barulah personaliti kita hebat. bukan bergantung rupa semata-mata. saya cukup kagum dengan kak Adibah Noor ni

    ReplyDelete
  11. yeay. ketengahkan bakat yang penting bukan body!!. hehe nak jadi macam adibah noor ka?

    ReplyDelete
  12. bestnyer dpt jumpa adibah noor.. ^_^

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork