Wednesday, April 17, 2013

Petaling Jaya : Kawasan Hitam Jenayah Pecah Kereta

As Salam semua

Aku baru lepas baca entry dari Nanieybarney {Dah Nak Jadi}. Allahuakbar. Sumpah, aku bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya. Dan yang lebih dasyat, peristiwa yang Naniey hadapi tu baru je berlaku depan mata aku semalam di kawasan PPUM yang mana berhampiran jugak dengan kawasan yang Naniey kena tu. 

Ini kisah depan mata aku. 



Semalam lebih kurang pukul 8.30 malam aku ke PPUM untuk jemput Akim balik kerja. Dia habis pukul 9 malam. Jadi ada lebih kurang setengah jam aku tunggu dia dalam kereta. As usual, aku parking kereta di bahagian bahu jalan depan wad pediatrik sederet dengan bahagian kecemasan yang mana ada laluan pejalan kaki disebelahnya. Kawasan agak terang dan ramai orang sebab berhampiran dengan traffic light. 

Dalam 5 minit aku kat situ sambil nyanyi-nyanyi lagu di radio, tiba-tiba muncul seorang lelaki bangsa India usia lebih kurang pertengahan 50-an dan dalam keadaan yang serabut dan mencurigakan. Aku tak tahu lelaki tu muncul dari mana. Sebelum tu biar aku terangkan kedudukan kereta aku dan kereta mangsa supaya senang untuk bercerita. Kereta aku belakang, depannya kereta Viva Putih (VP) dan depan Viva Putih adalah kereta Kia Piccanto. 

Aku pun as usual perhati macam biasa je lah lelaki tadi tu. Tiba-tiba dia menghampiri kereta VP tadi tu sambil mengendap-endap meninjau dalam kereta VP tadi. Lelaki tu tak perasan aku ada dalam kereta since kereta Akim ni bertinted sikit. Aku dah rasa sesuatu. Lelaki India tu, terus cuba tarik pintu di bahagian sebelah pemandu. Dengan cubaan 2-3 kali, tiba-tiba pintu terbukak. Aku perasan dia macam ada kunci dekat tangannya. Smart key ke apa aku tak tau. Aku rilek dulu, sebab mungkin tu kereta dia kan. Than time aku perhati tu.. tiba-tiba dia perasan aku ada dalam kereta dan sedang memerhati dia. 

Waktu tu, aku tambah cuak lagi lah! Tak tahu nak buat apa. Dia tenung ke kereta aku lain macam. Aku cepat-cepat call Akim bagitau hal ni. Akim suruh aku lari. Jangan duduk kawasan situ sebab dulu dia parking kat situ habis Honda Civic dia kena pecah dengan geng motor. Padahal waktu kejadian tu Akim ada dalam kereta tu.

Ok, bila Akim suruh lari aku tak nak. Aku degil. Aku tak dengar cakap Akim. Aku nekad perhati apa lelaki India ni buat pada kereta VP depan aku. Walaupun dalam hati aku doa macam-macam!!! Mana lah tahu tiba-tiba dia naik angin sebab nampak aku. Naya gua beb! Tapi tawakal... 

Bila dia perasan yang gerak geri dia dari tadi di perhati, lelaki India tadi terus pura-pura yang kereta VP tu dia punya. Selamba je dia bukak kereta tu dan duduk di bahagian sebelah pemandu. Aku pandang positif lagi. Oh mungkin ni memang betul kereta dia Tapi, tiba-tiba aku curiga!!! Ada sesuatu yang tak kena. Ok, kau imagine apa aku cakap. 


Bila lelaki India tu duduk di bahagian sebelah pemandu tu, tiba-tiba dia baring ke arah tempat pemandu dan nampak seolah-olah dia sedang selongkar dan cari something. Dua tiga kali jugak dia baring macam tu. Lagi nampak curiga, sebelum dia baring tu... dia siap intai aku dari cermin belakang aku tengah buat apa. Aku diam je batukan diri. Buat-buat tak nampak kononnya. Aku terfikir, kalau lah kau pemilik kereta tu.. kau nak amik barang di tempat pemandu perlu ke kau duduk di bahagian sebelah pemandu dan perlu ke kau mengintip apa aku buat dalam kereta aku? Nampak sangat kau cuak dan takut-takut. Lepas tu aku perhati dari susun atur kereta tu. Nampak gaya macam kereta perempuan. Sahih! Ada yang tak kena. 


Atas dasar prihatin, setelah lebih kurang 10 minit memerhati gerak geri dia... aku call bahagian keselamatan PPUM. Nak call polis tapi rasa macam lambat sangat. Aku bagitau kat bahagian keselamatan PPUM apa yang  aku nampak. Dan jawapan yang aku dapat memang sedih. " Maaf cik, kawasan parking di luar PPUM tepi jalan tu bukan bidang kuasa kami! Jadi kami tak boleh buat apa-apa!" Tut! Terus letak. What!!!! Terjojol mata aku dengar jawapan innocent kau. Padahal tak sampai 50 meter dari kawasan kejadian adalah wad kecemasan yang pengawal keselamatannya entah berapa ramai orang! Tapi satu pun tak boleh ditugaskan ke tempat kejadian. Malaysia! Tak kan macam ni sekali kau punya strict dalam bertugas. Takde budi bicara ke? Ini kes berat tau. Kes jenayah! 

Sedih aku dengan jawapan tu. Jawapan yang aku rasa tak profesional langsung. Kot iye pun bukan kawasan awak tapi apa salah membantu untuk keselamatan sejagat. Aku nekad, terus memerhati lelaki tu. Aku niat dalam hati kalau ada apa-apa jadi pada kereta ni aku sangggup untuk tampil ke depan. Bila lelaki tu tahu aku perhati dia dan setelah 10 minit proses 'menggeledah', lelaki India tu keluar dari kereta dan berlakon konon-konon macam kereta tu milik dia. Ewah bukan main kau melawa sebelah kereta mangsa kau! 

Lama jugak dia berlakon. Than lebih 30 minit tu, Akim pun keluar dan aku cerita semua benda pada Akim. Akim suruh cepat-cepat tinggalkan kawasan tu. Dia siap pesan jangan gatal nak lalu situ sorang-sorang malam-malam. Dan disebabkan itu, aku tinggalkan lelaki tu dengan kereta pura-pura-nya!!! Kami tak tahu apa cerita. Aku doakan VP depan tu elok sangat-sangat! Takde perkara buruk berlaku. Cuma sampai ersekarang aku terkilan dengan jawapan pihak keselamatan PPUM. Macam tu ke servicenya? 

Pada manusia kat luar sana, hati-hati lah bila parking kereta. Tak kira lah kereta buruk macam mana pun jangan sekali-kali tinggalkan barang berharga dalam kereta. Bukan kata barang berharga je, beg ciput pun jangan. Sebab benda macam tu akan attract penyangak macam ni. Kalau boleh, pastikan kunci pintu kereta anda semua dalam keadaan baik. Penyamun sekarang hebat-hebat. Macam-macam alat canggih digunakan! Kacang goreng je setakat nak pecah cermin, umpil kereta mahupun bawak lari kereta terus! Nauzubillah!!!

Dan untuk bahagian keselamatan PPUM, sumpah aku menyumpah seranah bila report aku dibuat begitu. Salahke aku jadi warga Malaysia yang prihatin. Salah ke kalau aku membantu menjaga keselamatan sesama rakyat Malaysia? Salah ke kalau aku melaporkan kes jenayah ni kepada pihak keselamatan? Kalau bukan pada korang, pada siapa aku nak mengadu? Tak kan pada Pak Mat meniaga sate tu? Tugas korang tu takde hadnya. Asalkan yang nama keselamatan itu patut korang bertindak. Aku yang perempuan ni, tawakal je berdepan dengan penjenayah. Bukan sebab berani, tapi sebab aku rasa aku bertanggungjawab. Aku kecewa sebenarnya sebab tak tahu kes tu berakhir macam mana. Akim yang nasihat aku, kita kena pergi sebab kalau apa-apa jadi pada kita, pihak keselamatan tak nak amik peduli! So sad T____T 


Fikirkan! 


KES INI  pula yang berlaku di KLUANG, JOHOR. Berlaku pada kereta aku sendiri! 

p/s: Manusia semakin kejam. semakin hilang waras akal! 

** update sekitar jam 12.30 tengahari tadi : Bila aku baca Mahamahu punya comment, aku just nak bagitau aku memang ada amik gambar penjenayah tu secara tersembunyi, so aku dah hantar gambar tu pada pihak polis di PPUM. Mereka kata nanti mereka akan pantau kawasan tersebut. 

Kalau tanya kenapa aku tak call polis, pertamanya aku takut kereta aku telah dicam oleh penjenayah sebab dia perasan aku ada dalam kereta dan memerhati dia. Mungkin sekarang dia tak bertindak, tapi who knows satu hari nanti. Yang kedua, kes Akim beberapa bulan lepas membuatkan aku trauma untuk call polis, yang mana waktu tu kereta Akim sendiri kena pecah dan berlaku pergelutan tetapi pihak polis kata di bahagian tepi PPUM tu bukan kawasan parking dan segala risiko ditanggung oleh pemilik kenderaan. Apa yang mereka boleh buat adalah sekadar mengambil laporan tetapi siasatan dan kawalan tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Kerana ia dikira bahagian tepi jalan. So cemana???? 



20 comments:

  1. Benda nk jadi. Tp kadang tmpt yg cerah pun bleh jadi.. Desperate sgt dah smpai snggup buat mcm tu..

    Bahaya betul la skg ni.. Sigh**

    P/s: thnks backlink.. Nani revert to draft dulu at the moment. :) nnti akn publish blik.. >.<

    ReplyDelete
  2. takotnye....sgt x patot pihak keselamatan tu...

    ReplyDelete
  3. takotnyee..x patot btol pihak keselamatan tu..

    ReplyDelete
  4. alahai... kte yang membaca pun sakit hati.. entah apa-apa guardnya.

    ReplyDelete
  5. alahai, kte yang membacapun sakit hati..

    ReplyDelete
  6. ngeri saya baca. berani jugak nanie duduk jugak dekat situ.kalau saya, dah lama cabut, park tempat lain.hehe.

    alhamdulillah takda apa2 buruk berlaku pada awak nanie. zaman sekarang ni makin teruk

    ReplyDelete
  7. sedih betul dgn orang yang berkira nak menolong ni. kalau saya jadi girl ni, saya dah cabut awal-awal report polis.

    ReplyDelete
  8. la..bsabar ya syg..itu dugaan dari Allah :)

    done hotlink

    ReplyDelete
  9. kna sllau berhati2 walau dmana berada...

    ReplyDelete
  10. waaa..seram gila..semoga kita semua dijauhkan pada org2 jahat macam tu..takut gila kes camni..sekarang ni mmg banyak kes camni..pencuri dah tak kisah ape2..asal dapat brg berharga dalam kereta tu haa..-__-

    ReplyDelete
  11. gila babi. apasal x record wehhhh??? bahan bukti. at least dkat owner kereta tu

    ReplyDelete
  12. diorg ni macm pemalas je..kat situ kalau malam malam memang nampak ramai india berkumpul.. selalu perasan.. bahaya

    ReplyDelete
  13. dear..kpe x call polis..ala geramm plak baca huhuuu..

    ReplyDelete
  14. Yup. Kat PJ nie memang dah popular sangat dengah pecah cermin nie. Semuanya pantang leka.

    ReplyDelete
  15. Tapi ada 2 menda yg u boleh buat kat situ masa tu.

    1) Terus call polis walaupun u kata jauh kerana bila u call polis, mereka akan call mana2 peronda berhampiran untuk terus ke sana tapi u tak buat and just tgk saja.
    2) kalau u tgk and u capture pic apa yg lelaki tu buat u ambil seberapa byk gambar yg boleh mungkin akan membantu sekiranya u pergi buat laporan tentang kes ini. Mungkin ia akan membantu siasatan polis dan memudahkan kerja kerana ada bukti dan gambar. (pastikan flash and volume camera di mute kan..)

    Itu tindakan kita sepatutnya daripada tgk dan lari sahaja. Mungkin kita kurang peka pada tindakan sepatutnya jadi masalah jenayah ni tak solve gak semua harapkan polis jer... entah lah..

    ReplyDelete
  16. Menakutkan! Kena selalu hati2 ni..

    ReplyDelete
  17. iskk terus takut dibuatnya plak la... jaHat betul diorg ni la

    ReplyDelete
  18. baru mgu lepas kereta kwn kpd sepupu keca pecah cermin depan..time tu dia g kelas..terkaku ktorg tgk..tp nsb xde brg berharga d simpan time tu

    http://www.wadahberbicara.my/

    ReplyDelete
  19. Takut jugak kalo kena kat aku.....berdeguup2x jantung wooo...lagi tension kalo orang tak prihatin lgsg...apa bangan punya jawapan...tak payah buat bahagian keselamatanla kalo macam tu...

    ReplyDelete
  20. Keadaan ekonomi semasa membuatkan ramai orang jadi 'terdesak' nak sara hidup. Berhati-hatilah.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork