Monday, April 22, 2013

Politik Kedai Kopi. Pum-Pang Lebih Tapi Tak Mengundi!

As Salam semua

Bahang pilihanraya makin terasa. Sana sini bendera parti dipasang. Ini lagi aku sekarang di kawasan panas, Lembah Pantai. Sungguh, hari-hari kau boleh dengar ceramah parti percuma. Kau siap dah boleh hafal lagu parti sebab 24 jam tanpa henti dimainkan. *alangkah bagus kalau ayat Qurat yang diputarkan, pahala diperoleh!* dan suasana semakin gamat. Time macam ni, pantang ada tercuit sikit, piunnng!!! Melenting masing-masing menegakkan benang yang basah. Menyokong parti itu dan ini. Yang sana salah yang sini betul. Berlarut sampai bercakar bergaduh. Malu!

Ini kali pertama aku bakal mengundi. Secara tersiratnya menjalankan tanggungjawab dan hak sebagai rakyat Malaysia. Aku nak undi apa, itu pilihan aku. Aku tengok dan bandingkan pencapaian dan janji yang dibuat. Ingat, berjanji memang senang. Nak buat tu belum tentu lagi senang tau. Dituntut semua janji-janji tu. 

Yang fanatik memang fanatik lah kan. Pantang tersentuh. Tapi ada sekelumit lagi golongan manusia ni. Manusia yang tak amek peduli. Tak amek peduli sampai langsung tak daftar mengundi. Nak kata umur muda, rasa kalau tengok 5 tahun sekali umur dia tu dah boleh 2-3 kali mengundi, tapi tidak... sampai sekarang masih tak mendaftar dan berpegang pada "Lantaklah dorang....sapa menang sapa kalah bukan aku peduli.  Makan minum aku, aku yang cari. Bukan dorang bayar pun!

Haduhai lah!!! Haaa ini kalau mana-mana pihak yang memerintah pun dapat rakyat macam ni boleh terlungkup tau. Pemikiran tu. Pemikiran kolot mundur sangat. Mengundi tu bukan sekadar sapa jadi pemerintah semata-mata, tapi ia adalah hak kita! Hak sebagai rakyat Malaysia. Hak untuk menentukan jatuh bangunnya negara, hak untuk bersuara, hak untuk menjadi sebahagian dari MALAYSIA. Apa yang bezakan kau dengan mat bangla dan mat indon kerja kontrak tu? Haaa inilah, ini dia ; Hak Mengundi. Kalau kau tak daftar dan tak nak pergi mengundi... so sama je lah kau dengan mereka.  Kau lagi teruk kot sebab kau ibarat melukut di negara sendiri. 



Ada jugak alasan "Aku tak mengundi sebab aku tak tahulah nak pilih mana!". Eh kawan, apa susah sangat. Kalau ye pun kau tak boleh buat keputusan, kau baling je dadu. Bukan orang tahu! Sama macam kau hentam jawapan masa exam. Sama prinsipnya, yang penting kau mengundi. Satu undi tu kan bermakna. Satu undi tu boleh ubah segalanya. Yang kau takut sangat kenapa? Bukan kalau salah kena pancung kepala ke apa. Pangkah je mana yang kau suka. Nak bulat ke, silinder ke ataupun segitiga. Itu pun susah ke? 

Dan paling aku bengang "Parti A ni bagus! Pemimpin berwawasan, turunkan harga itu, turunkan harga ini. Bodoh hampa semua tak undi Parti A ni. Masa depan negara kita cerah kalau mereka memerintah!" 

Cop.Cop. Cop. Dah daftar undi? 

"Eh, belum lagi. Tunggulah next pilihanraya. Dah ready, baru pi mengundi!" 

Puuuuuuuui!!! Politik kedai kopi. Bila kalah salahkan orang lain sebab tak undi parti yang diminati, tapi dah kau sendiri tak mengundi untuk parti kegemaran kau tu, macam mana orang nak percaya cakap kau. Kau buktikanlah yang suara kau boleh mengubah Parlimen. Baru kencang. Ini sekadar goncang meja kopi je! Balik rumah lah pi bunuh diri! *geram betul aku!*

So, simple je mesej aku. Yang belum daftar mengundi padahal umur dah cukup tu sangat-sangat rugi. Sebab apa? Sebab itu hak korang. Bukan susah pun, pergi aje laman web SPR. Daftar sendiri. Yang pum-pang-pum-pang tapi belum daftar mengundi jugak itu lagi looser besar!!! Cakap je pandai, yang basic tak tentu hala lagi dah kecoh nak itu ini. Hak diri sendiri tak dipeduli, sebok nak peduli hak orang lain. Fikir semula ye abang-abang, kakak-kakak. Jangan pum-pang lebih sangat. Tunaikan tanggungjawab kita pada negara dulu. 



P/s: Selamat Mengundi 







3 comments:

  1. ada yg betul, dan ada yang tak betul juga.. ada sesetengah pihak especially yg muda mudi ni masih lagi mentah dlm bab politik.. tak tahu nak pilih yg mana. sebab politik yg dimainkan di malaysia teramatlah kotor. bukan satu pihak parti shj. malah boleh dikatakan dua-dua pihak yg saling menjatuhkan sesama sendiri untuk naik. mmg kita sgb pengundi cuma perlu datang dan membuang undi.. tapi undi yg kita pangkah tu juga akan di tanya di akhirat. "Kenapa kau pilih/sokong pemimpin yang tak amanah?".. kita juga dpt bonus dosa.. apa yg aku cuba sampaikan, ada sesetengah pengundi baru ni, masih mentah, tak tahu pape tapi dipaksa mengundi. jadi ada yg pilih utk tak mengundi. err.. kalau cik penulis boleh faham apa yg ingin aku sampaikan..

    ReplyDelete
  2. Allah itu tidak tidur. Kalau Cik / Encik Anonymous faham apa yang saya ingin sampaikan sebab biasanya orang bijak pandai tak perlukan explanation panjang lebarb erepisod segala.

    Peace.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork