Tuesday, April 30, 2013

Review : Bag of Love [April's Edition] & The Unboxing Tea Party

As Salam semua

Peringatan buat semua. Entry kali ni bakal mencetuskan perasaan emosi.
 Emosi lapar & sweet akan muncul. Maka entry panjang pulak tu! 
Emosi yang tidak terkawal adalah atas risiko anda sendiri! :)


Hamboi!!! Kemain lagi tau, dah bagi peringatan awal-awal. Seriously beb, aku kena mention risiko yang bakal korang lalui bila baca entry ni. Aku sendiri emosi tak tentu hala bila melalui semua ni, so aku yakin ketidak tentu halaan emosi aku akan tersalur pada korang jugak bila go through entry ni nanti. 

Dua hari lepas, aku telah berjaya menempatkan diri dan bersaing dengan para blogger jelitawan yang lain untuk diundang ke Unboxing Tea Party Bag of Love kolaborasi antara The Butterfly Project -Beauty Blogger, Bag of Love dan Delectable Treat di Paradigm Mall. Ya Allah memang rasa awesome gila tahu tak dapat pergi event hebat macam ni. Sangat teruja sampai tak tidur malam. 

Sebelum aku reveal Bag of Love yang confirm-confirm menjadi dambaan aku dengan korang jugak, meh sini aku nak tunjuk sikit betapa indahnya hari aku dengan dessert yang sedap dia... Ya Rabbi memang menggiurkan menyentap jantung sangat-sangat. Comel sangat wei decoration yang Delectable buat untuk para blogger semua!!!

sila menangis tengok dessert corner yang cantik cute.
Mana lagi manis? Baik jawab!!! *sambil angkat pisau*
Kau ada rasa macam air liur meleleh tak tepi mulut? 
Tak sampai hati lah nak makan. Comel sangat! T____T
Superb wei. Superb!

Kau rasa tak meroyan sekejap ke kami ni para blogger bila nampak benda comel macam tu??? Kalau dah dekorasi cantik macam tu, kau rasa tak kan lah tak sedap. Sedapnyaaaaa memang membawak kau senyum satu hari. Punya sedap lah kan. 

But wait, bukan tu je kejutan The Butterfly Project untuk para blogger. Kejutan utama dia adalah ini.....

Taraaa!!! I am the first person yang dapat Bag of Love

Feeling sekejap lah kan! Cantik kan warna baju. Hahahah 

Mesti tak sabar kan nak tengok dalam dia. Even aku yang kat situ sendiri pun menggeletik ni nak tengok. Ye lah, dalam Bag of Love semuanya penuh kejutan. Semuanya boleh buat hati berbunga kembang setaman. Haisssh, berdebar rasanya ni!!! Berat semacam je nampaknya tu. Jom kita review satu-satu.

1...2...3..... oh banyak ni dalamnya! 
Untuk bulan ni, tema Bag of Love adalah Going Green bersempena dengan Earth Month. Bagnya sendiri diperbuat daripada recycled material yang mana lebih tahan lama dan kuat. Produk yang ada dalam BOL pulak semuanya adalah berasaskan bahan natural dan tidak memberi kesan kepada alam sekitar. Sebanyak 6 beauty produk diletakkan didalamnya. 

The treasure yang buat aku gila sekejap

1. Definite Contour Brush, Full Size - RM 88 

2. The Body Shop Quiet Night Dreamy Pillow & Body Mist, 100ml - RM 59

3. Nuxe Brightening BB Cream SPF30/PA+++, 30ml - RM 120

4. Decleor Hydra Floral Moisturizing Cream, 50ml - RM 271

5. Phytojoba Intense Hydrating Shampoo/Phytovolume Volumizing Shampoo/ Phytocitrus Restructing Shampoo, 200ml - RM 88

6. Burt's Bee Richy Replenishing Cocoa & Cupuacu Butters Body Lotion, 170ml - RM 62.80

7. Decleor Paris Signatutr Aromaplasty Facial Voucher, 1hr 45mins - RM 98 instead RM 230 


Fuhyoh, berpinar mata aku bila tengok harga sebenar produk-produk tu semua. And you know what, semua produk ni boleh didapati melalui Bag Of Love dengan harga RM 39.90 sahaja. Sangat berbaloi kan! Bukan calang-calang produk tu semuanya. Ada brand dan kelebihan tersendiri. Lagi tambah best, BOL bukan sekadar sponsor kami para blogger untuk April Edition je, bulan Mei nanti pun kami akan dapat satu beg jugak! Yahoooooooooooo!!!


Bila pergi event macam ni, selain daripada makanan yang lazat, surprise yang awesome ada satu lagi perkara yang jugak memang best. We meet other blogger beb!!! Walaupun untuk event ni, hanya aku dan kak Sabrina je Melayu, tapi takde hal pun. Blogger takde masalah untuk tu semua. Semuanya memang friendly!!! 

All the bloggers yang dijemput! 


With Tammy Miu. Owner www.plusizekitten.com


Dengan Kak Sabrina yang sangat gojes-comel.
 Owner kepada www.sabbyprue.blogspot.com
with the founder of BOL, Mimi :) such a pretty lady! 

with chency from www.thechency.com and her friend. Blogger jugak! 

Dengan Carolyn dari www.carolyntay.blogspot.com

Seriously, I felt very lucky! Bukan senang nak dapat peluang untuk ke majlis seperti ni. Thank you so much Tammy daripada www.PlusizeKitten.com sebab beri peluang dan memilih entry aku sebagai salah seorang pemenang. Terima kasih jugak buat Bag of Love atas segala kejutan dan kegembiraan yang diberikan. Bukan untuk sekali tapi dua kali sebab dua bulan dapat free BOL kan. Harus senyum lebar sampai telinga. Dan jugak untuk Delectable sebab sponsor Tea Party kami yang awesome tu.

Untuk dress yang stunning hari tu, ecewah... gembira bukan kepalang aku. Aku suka sangat dengan dress tu. Warna yang terang dan fesyen trick yang menarik buatkan dia bersesuaian dengan kriteria pemilihan aku dan dapat menyembunyikan lelemak kebahagiaan. Hahaha. Bukan senang kot aku nak cari saiz dress kan. Aku beli di Fuse Busana. Material berkualiti dan corak yang trendy menjadi taruhan untuk dress mereka. Sumpah beb, sangat-sangat cantik ye dress-dress dari Fuse Busana. Rambang mata sekejap masa nak pilih. Thank you Shaz, sebab layan kerenah kita! Heheheh. Jemput semua melawat butik mereka DISINI.

Sila senyum saje kalau tahu di mana shot ni diambil! 


Oh, sebelum terlupa... ada beberapa lagi pesanan penaja.

1. Untuk subscribe Bag of Love, jangan malu jangan segan...cepat serbu www.bag-of-love.com.

2. Korang mesti teringin kan nak rasa dessert dari Delectable Treats? Don't worry, ada promotion terbaru dari Delectable iaitu dengan harga RM28, Tea set dari Delectable boleh dinikmati. Haaa.... macaroon tu beb, sedap dia memang tak boleh cakap!! Serius ni!



Apa tunggu lagi. Pi cepat serbu semua website mereka. Harap-harap lepas ni berpeluang lagi untuk sama-sama join event blogger macam ni. Bukan sekadar untuk cantik ke apa, tapi untuk tingkatkan keyakinan diri dan berkenalan lagi sesama blogger kan!!





p/s: I love beauty and inner beauty is the utmost beauty for a woman. *kelas statement!





14 comments:

  1. owh meleleh dah ni nanie..semua dessert tu my feveret..haha

    ReplyDelete
  2. Best giler kot...sumer mknn kiut miut so mkn kne ttp mata sbb syg haha

    ReplyDelete
  3. oh my. habis meleleh air liur tengok macaroon tu. aigoo, lapar semua tu.

    btw, baju akak cantik! suka tengok corak dia. menarik :)

    ReplyDelete
  4. nanieeeeeeeeeeeeeeeeeeee,nak tumbuk-tumbuk je rasa blog nanieeeeee,sedapnya cupcake semua tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  5. adik!! nape gambar akak feeling sgt tuang teh?? hahaha :P talk to u soon, facial date tau! :)

    ReplyDelete
  6. Waa.. semua makanan tu buat saya teringin nak makan, lagi orang2 dalam pict tu pun cantek cantek ^^

    ReplyDelete
  7. Memang sangat jeles sebab tak dapat pegi party ni.. Kalau tak mesti leh jumpa awak.. =)

    Btw, already received my BOL.. Next task, review.. Wah best ar korang dapat sponsor untuk bulan 5 sekali.. Yang dapat secara courier ni tak dapat ke? Huhu~~

    ReplyDelete
  8. wahhh.. bestnya akak! jeles deno tau... T_T

    ReplyDelete
  9. p/s:jom join segmen deno, LUPUS awareness! http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

    ReplyDelete
  10. Assalam..

    Sis dress yg sis pakai tu beli dekat mane?

    Suka tgok sis punya dress up..

    Saya xpandai fesyen,saiz 48..
    susah cari baju sekarang coz 2 tahun lepas just saiz 42..

    Please nanty buat review kat mana sis shopping baju.

    TQ..

    ReplyDelete
  11. Assalam..

    Sis dress yg sis pakai tu beli dekat mane?

    Suka tgok sis punya dress up..

    Saya xpandai fesyen,saiz 48..
    susah cari baju sekarang coz 2 tahun lepas just saiz 42..

    Please nanty buat review kat mana sis shopping baju.

    TQ..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork