Thursday, April 18, 2013

Victoria's Secret Outlet Kini @ The Curve

As Salam semua

Bagi peminat Victoria Secret area KL, kalau sebelum ni agak sukar mendapatkan barang-barang VS lepas ni dah tak payah risau lagi dah!!! Setahu aku VS ada sebuah cawangan di Pavilion kan selain di airport tu, dan kini ada sebuah lagi dibuka di The Curve. Yeay!!!! 

Exited aku bila nampak butik VS kat The Curve sebab sebelum ni aku beli VS produk melalui kawan-kawan yang ada di US tak pun kena pergi Johor Premium Outlet. Tapi jarang sangat aku ke JPO tu since produk kat outlet situ tak berapa nak update. So, sekarang ni dah mudah lah aku nak beli produk VS. :)







Dari segi harga, semuanya lebih kurang sama je dengan outlet di Pavilion. Kalau nak murah korang boleh beli di airport. Tapi bila fikir balik, tak kan setiap kali nak beli kena pi airport kan? Lagi mahal costing nak ke sana. So kalau bezanya setakat 3 ringgit je, aku rasa takpe kot kalau beli di outlet The Curve ni.

Bila dah masuk VS ni, aku terus geram lah kan dengan produk dia. Alahai comel-comel semuanya. Dibungkus elok, kemas dan sweet. Geram rasa nak borong satu-satu. Body Mist dia as usual, RM53 sebotol untuk semua jenis. Body mist macam Fabulous, Bombshell, Gorgeous tu harganya RM 110 sebotol dan kalau perfume dia pulak RM202 sebotol. Beg, make up semua aku tak ingat sangat harga. 


Dan akhirnya aku kecundang....




Package ni sangat-sangat jimat! Harga perfume EDT ni sepatutnya RM53/sebotol yang mana kalau nak beli 4 botol semuanya RM212, dan dengan package ni hanya  RM 110 saja. Nasib baik bukan aku yang bayar.  Hehehe. So jimat RM 102 duit dia kat situ. 

Paling best sebab favourite fragrance aku ada kat situ iaitu Love Spell dan Amber Romance. Untuk Aqua Kiss tu fragrance yang terbaru sekali. So fresh bau dia. Sweet, fruity and floral in one package. Awesome kan? Boleh tiap-tiap hari tukar! Yippie! :)

Lokasi untuk outlet VS di The Curve ni adalah berhampiran getaway ke tempat makan-makan tu. Bahagian Ground Floor tak silap aku. Sederet dengan Dorothy Perkins dan Clark. Berdepan betul kat tempat orang selalu buat promo tu! :) 



p.s: Thanks A! :) 




9 comments:

  1. wow berwangi-wangian lah nanie lps ni..:)

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaaaa ada orang yang belikan ;) hehe. Wangiiiiii ^_^

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ... boleh lah survey tgk apa boleh cuba ... the curve damansara ya ...

    ReplyDelete
  4. bila la muja nak start ber perfume lak ni,, haha,, jenis berserah pada shower gel je muja ni :D

    ReplyDelete
  5. wahhhh.. banyak pilihan. kalau kak mia, mahu berjam2 dok sini nak memilih...

    *memang cerewet kalau bab minyak wangi ni..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ats info yg kamu berikn. mmg susah nk cri peminat tegar vs. klu ade info psl vs lgi,rajin la post. hehe

    ReplyDelete
  7. hurmmm , bau aqua wish tu sama x dgn romantic wish... kite suke gilew ngan romantic wish

    ReplyDelete
  8. nak beli... rasa nak pergi je sana.. nak cri bau floral... suggest??

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork