Friday, April 26, 2013

Video Bukti Lane Motosikal Di-Anak Tirikan

As Salam semua

Baru ni kita semua dikejutkan dengan kemalangan yang berlaku di Federal Highway (Kg.Jawa) yang mana seramai 5 orang pengguna jalan raya (motosikal dan kereta) maut dalam nahas tersebut. Orang selalu salahkan pengguna motosikal bila kemalangan berlaku. Macam-macam yang orang cakap. Kata mereka mat rempit lah, bawak tak ikut peraturan lah, dan ada juga yang cakap "Eh apasal mereka tak ikut lane motosikal? Orang dah siapkan lane, nak jugak ikut lane ada kereta, lori semua. Padan muka eksiden!"  Mudahnya masyarakat kita menghukum orang. Tahu tak apa sebab mereka guna main lane? Kalau fikir, mana ada orang yang nak berdepan dengan kenderaan besar sedangkan diri hanya naik motosikal je. 

Baiklah. One of my classmate masa di high school came up dengan video ni. Video yang memaparkan betapa lane motosikal sangat-sangat-sangat teruk keadaannya dan memang mengundang bahaya. 




Walaupun ada komen yang kata penggunaan handphone masa menunggang motorsikal itu salah dan berisiko, tapi aku nak pertahankan kawan aku ni. Kalau kita tak buat macam ni, mean rakam keadaan sebenar sebagai bukti, macam mana kita nak buktikan pada pihak berwajib keadaan tersebut. Kalau setakat cakap, mungkin mereka tak ambil peduli atau lambat untuk bertindak. Jadi kawan aku ambil risiko tersebut. 

Banyak sangat masalah yang wujud di lane motorsikal. Kehadiran mereka dalam trafik Malaysia seperti tak dipedulikan, padahal mereka pun bayar cukai jalan. Nasib mereka tak pernah dipeduli. Bila aku kat highway, selalu aku perasan dan kesian pada penunggang motosikal. Walaupun kadang-kadang ada segolongan yang buat aku geram, tapi kebanyakan mereka bertarung nyawa sebenarnya di atas jalan. Dan untuk makluman mereka sebenarnya sedang cuba membantu mengurangkan kesesakan lalulintas. Can you imagine kalau semua penunggang tu pun bawak kereta? Haaa kan tambah lagi kereta. Lagi jammed! 

Seperkara lagi yang aku banggakan, kehadiran video ni di kala hampir pada pilihanraya. Aku setuju dengan tindakan kawan aku ni sebab di video tersebut dia tagged kesemua pemimpin setiap parti. Sebab benda yang berkaitan public interest ni confirm akan menimbulkan isu sensitif dan perbalahan sesama parti politik. Jadi dengan bertindak macam tu... pada who ever pemerintah, fikirlah keadaan dan keselamatan rakyat. Jangan hanya fikir kerusi empuk anda seorang!!! 


Tahniah Azree. 



p/s: kita perlukan lebih ramai muda belia yang berani kerana benar macam ni :)




4 comments:

  1. Memang banyak cabaran bawak moto ni =)

    ReplyDelete
  2. wah,, hebat!!! lpas ni muja nk try bersabar la ngn dorang,, salu salahkan dorang,, muja kejam. uwaaa

    ReplyDelete
  3. betul tu nanie..dulu masa bawak moto memang berhati hati sangat bawak di lane motor.memang bahay..bile dah bawak kereta ni memang kesian tgk yg naik motor tu.sebenarnya sometimes orang yg bawak kete ni xpernah merasa bawak moto..tu yg main serkap jarang je cakap..padahal kalau di ikutkan kalau eksiden ke ape,memang kereta akan dipersalahkan walaupun salah moto..am i right?yg bawak kereta tu kena carefull kalau drive berdekatan dgn motor atau pejalan kaki.

    harap keadaan jalan akan berubah untuk keselamatan bersama dan harap mereka mengambil tindakan atas apa yang kawan nanie buat ni dalam membaiki pulih jalanraya.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork