Monday, April 8, 2013

What Makes Me Confident: Pt.10 [Bangkitnya Seorang Anak]

As Salam semua

Dah lama gila aku tak tulis entry untuk siri What Makes Me Confident kan. Bukannya dah confident habis sampai lupa, tapi untuk buat entry yang meninspirasi ni kadang-kadang kau perlukan motivasi yang tinggi. Pengalaman sendiri dan juga pemerhatian sekeliling banyak membantu dalam penjanaan inspirasi. 

Baiklah, tak berniat untuk buat mukadimah panjang. Kita straight to the point ok. Untuk kali ni, aku nak flash back sikit... since ada yang tanya aku macam mana aku bina kekuatan diri selepas ayah aku jatuh sakit sedangkan aku takde adik beradik lelaki yang boleh menjadi leader

Ok. Leader. Fisrt point yang aku nak sentuh dulu. 

Pada aku, setiap dari kita sememangnya seorang leader. Mesti tak banyak sikit ada jiwa pemimpin dalam diri. Cuma kita tonjolkan atau tidak. Kita gunakan atau tidak. Secara jujur, sebelum ayah aku sakit... aku dan adik beradik lain sangat-sangat manja. Bukan tak berdikari... tapi didikan mak dan ayah yang buat begitu. Ke mana saje kami nak pergi, mesti ayah akan hantar. Tak pernah kami naik bas sendiri melainkan keadaan darurat. Sehinggakan di ketika itu, aku dah ada lesen memandu... tapi ayah tak bagi aku bawa kereta. Jadi, aku yang selesa begitu terus takut-takut nak bawak kereta. 

Bulan pertama dan kedua ayah terlantar, pergerakan aku dan keluarga sangat terbatas. Kami mengharap bantuan saudara mara untuk ke bandar membeli barang-barang kelengkapan rumah. Sebab hanya ayah je yang pandai drive. Even, nak ke Batu Pahat untuk terapi ayah pun, kami upah seorang driver untuk bawa. Dan ketika itu, sungguh aku rasa looser! Aku looser sebab tak dapat membantu meringankan beban. 

Entah macam mana, Tuhan Maha Berkuasa... dalam hati aku berdetik dan datang kekuatan yang tak disangka. Akim banyak membantu aku. Sepeninggalan aku ke KL, Akim ajar dan teman aku untuk beranikan diri drive di KL. Dia kata, "Kalau aku boleh bawak kat KL ni, mana ceruk pun aku boleh bawak. Sampai bila nak mengharap orang!". Waktu tu, aku tekad, dan seorang lagi inspirasi aku adalah Raudhah. Kawan sekolah aku masa di STK. Badannya kecik je, macam budak tingkatan 3 gitu. Tapi atas dasar sayang dan kekuatan yang dia ada... masa dia jaga ayah dia sakit... dia sorang-sorang drive kereta, hantar ayahnya ke hospital semua. Jadi aku nekad dalam hati "Kalau Raudhah yang kecik tu boleh buat, tak kan aku tak boleh!"

Balik je ke Johor, aku terus ajak adik aku untuk teman aku drive kereta. Mak mula-mula tak bagi. Biasalah orang tua kan. Kau bayangkanlah, tak pernah drive tiba-tiba terus nak bawak Naza Ria yang gedabak tu. Waktu tu, banyak betul aku dan adik selawat. Mana lah tahu, malang tak berbau. Aku tarik nafas panjang-panjang. Terus bawak kereta ke kedai hadapan rumah. Dan Alhamdulillah, berjaya dan selamat!!! Terus aku berani nak bawak ayah dan mak ke terapi dan ke bandar semua sehingga ke hari ni, ke mana ceruk ayah nak berubat aku akan bawa.  Syukur!!!

Kedua. Tiada adik beradik lelaki

Heheh. Itu takdir dan rezeki yang tertulis untuk mak ayah aku, untuk aku juga. Tak punya abang dan tak punya adik lelaki. Tapi adakah itu satu masalah? Bila menghadapi ujian dan dugaan, kekuatan fizikal kita sebenarnya tidak dicabar. Tapi lebih kepada kekuatan emosi, mental, psikologi dan jiwa. Dan di ketika itu, kekuatan komponen tersebut antara lelaki dan perempuan adalah sekata. Takde lebih takde kurang. Cuma yang beza macam mana kita mengawal. Mungkin perempuan, bila diluahkan akan lebih selesa dan lelaki lebih memilih untuk pendam. 

Namun, dalam situasi macam tu... sumpah takde sapa yang menjadi kekuatan aku melainkan mak aku sendiri. Aku fikir kalau aku lemah, ayah aku mesti lagi lemah. Tak kan hanya mak aku je yang kena kuat untuk ayah. Anak-anak mesti sama kuat. Sokongan kawan-kawan dan saudara mara membantu aku. Mereka yakinkan aku bahawa ayah sakit bukan penamat kepada hidup aku. Tapi sebagai satu permulaan untuk aku hidup. Sebagai anak, aku diuji. Sejauh mana kasih sayang kita, sejauh mana keikhlasan kita dan sejauh mana ayah dan ibu itu permata hidup kita. 

Memang tak mudah. Tapi kalau tak berubah dan tak dimulakan satu apa pun kita tak akan dapat. Ujian yang Allah berikan pada aku dan adik beradik semua sebenarnya menyebabkan kami semua lebih bersatu hati. Segala kesukaran dari aspek pembahagian masa, wang ringgit, pelajaran dan kerjaya kami mampu aturkan. Dan yakinlah Allah sentiasa beri jalan. Setiap satu kesusahan, satu kesenangan yang diberi. Dan ketika itu, ada kekuatan yang datang pada keluarga kami. Semuanya berhikmah. Hikmah dari jatuh sakitnya seorang hero keluarga! 



Sebenarnya bila kita terlalu lama di zon selesa tanpa kita sedari sebenarnya kita jadi seorang yang tak independent. Sebabnya kita sentiasa berharap ada orang yang membantu. Sedangkan diri kita punya kemampuan yang luar biasa untuk menepis dan menjalani apa saja dugaan hidup. Carilah kekuatan tu,  ada dalam diri kita. Sebagai anak, bila ibu ayah dah di usia senja, mereka mengharap belas ihsan dan pengorbanan dari kita. Kebahagiaan mereka bukan lagi terletak pada wang ringgit, tapi terletak pada tangan kita anak-anak mereka ini. Mereka perlukan kita. Jangan persia sisa-sisa hidup mereka. Bila-bila masa sahaja jasad mereka boleh berpisah dengan nyawa. Yakinlah bahawa Allah memberi ujian bukan untuk saje-saje, apatah lagi untuk menyusahkan hamba-Nya, tapi Dia telah memilih bahawa kitalah yang selayaknya!



p/s: Semoga ayah dan kami semua terus cekal menghadapi dugaan Allah!



7 comments:

  1. Betul tu kak..
    Tak selamanya kita nak mengharapkan bantuan orang lain..
    Nak taknak kita kena berusaha jugak untuk mereka yang kita sayang terutama parents kita :)..

    ReplyDelete
  2. sebak baca..semoga ayah kembali sembuh ya sis. Ameen.

    ReplyDelete
  3. t ksh. perkongsian yg baik utk yg mencari2 kekuatan

    ReplyDelete
  4. hye kak nani,, muja pun start bawak kete balik lps lesen p tamat tau,, sebab susah sangat nk balik every week dari ipg ke rumah.. muja beranikan jgk bawak kete and i did it :D

    ReplyDelete
  5. salam =)

    ye..anak2 la kekuatan bg ibu bapa..dan ibu bapa adlh kekuatan bg ank2..saling memerlukan..hargai mereka saat hayat msh dkndung bdn..ibu bapa tiada ternilai dan tiada gntinya..

    hope my dad dan kami sekelurga jg kuat utk hdapi ujian dariNYA..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork