Friday, May 3, 2013

Dekorasi Rumah : The Cranberries Crib

As Salam semua

Mana yang follow instagram aku @innanieariff mesti perasan minggu lepas aku banyak update progress decoration rumah. Mungkin ada yang tanya, rumah tu milik siapa? Aku ke? No-no-no beb. Belum mampu lagi punya harta benda kat KL tu. Masih lagi duduk hostel UM yang dah 100 tahun tu. Kehkehkeh. Ini rumah Akim. My bff.  To be honest, I'm really proud of him. Dalam usia muda, dah punya sesuatu yang dibanggakan. Padahal sama umur je dengan aku kan. Aku? Kereta cabuk pun takde! Sebagai seorang kawan, keterujaan untuk membantu menghias rumah tu ada dalam diri aku. Ecewah. Perempuan katanya kan. Hebat-hebat lelaki, tang deco mesti perempuan kena bagi nasihat. Tapi aku jadi big boss je lah. Dia punya rumah, dia lah keluar duit. Aku membantu mana yang perlu.

ini yang buat aku selalu menggeletik. swimming pool woi. serius. aku nak terjun.

Bukan senang sebenarnya nak deco rumah ni. Patut interior designer tu mahal chargenya. Untungnya Akim, rumah ni complete dengan peti sejuk baru, dining table, kabinet dapur dan setiap bilik ada wardrobe semua. But, again... cat dinding agak kusam dan ada kesan-kesan tampalan. So, first step, kiteorang decide untuk tampal lubang-lubang tu dan cat rumah. Let me share some tips here : 

#1 : Bila korang nak pilih tukang cat / tukang baiki rumah, pastikan runding harga dulu. Maaf cakap ye, pekerja asing sekarang demand harga. Lebih-lebih dia tahu kawasan rumah elit, memang dia hentam habis-habis. Nasib baik kiteorang tak terus amik sorang pakcik ni. Dia hentam harga hampir RM 2.5k tau! Sedangkan seorang lagi pakcik boleh buat tugas dia tu dengan harga RM 300 saje! Banyak beza tu. 


Untuk warna tema rumah, since Akim suka something elegant dan aku as usual lah suka vintage, so kiteorang decide untuk letak colour featured wall yang elegant-vintage. Kiteorang pilih colour Cranberries from ICI Colour. Uniknya cat ni sebab bila siang, warnanya adalah merah dan bila malam dia akan kelihatan a-lil-bit brown-maroon gitu. Kebetulan, sofa dan rak tv yang Akim beli pun colour dark-chocolate. Agak sesuai dipadankan. 

Kebanyakan perabot Akim beli kat IKEA je. Semua kiteorang angkut sendiri. Hahaha. Memang gigih jugak lah mengangkut. Tapi masa barang yang berat-berat Akim pergi dengan ayah dia. Aku just tolong masa nak pasang je. Tapi tak banyak pun yang aku tolong. Tolong teman je. Heheheh. 





Aku baru perasan, actually tak semua barang di IKEA tu murah. Kalau ikut Akim memang semua dia nak borong kat IKEA. Aku yang tak bagi. Sebab aku rasa ada je kedai-kedai perabot kat luar yang harganya jauh lebih murah. Nasib baik Akim ni jenis dengar cakap. Kiteorang just beli dekat IKEA, rak kaca, lampu, rak tv dan cermin untuk dining hall. Sofa, side and coffee table, tea chair, tilam and katil semua beli di pusat perabot Kinrara, Puchong dan Kota Kemuning. Lebih murah dan banyak design. Walaupun mungkin jauh dan gunakan minyak yang banyak, tapi lebih berbaloi rasanya. 

#2 : Aku sarankan, sebelum beli perabot tu make sure segala terms and condition serta dealing process dilakukan dengan jelas. Aku dengan Akim mengamuk jugaklah sebab company untuk cofee table tu delay penghantaran dari waktu yang dijanjikan. Geram kot. Kite dah mengidam-idam tiba-tiba barang tak sampai! 



Untuk dining hall & bedroom, vintage style jadi pilihan kiteorang. Walaupun makannya tak selalu pun kan kat situ. But since masuk-masuk je pintu terus nampak dining hall dulu so, nak tak nak kena hias jugak. Ok, pasal cermin vintage yang digantung, itu Akim beli kat IKEA. Mahal wei! Tak sure harga berapa. Tapi kalau korang nak yang murah, kiteorang ada jumpa di KAISON, Paradigm Mall. Harganya jauh lebih murah. Kiteorang menyesal jugak lah sebenarnya. Tapi nak buat macam mana dah terbeli. And di KAISON tu pun, Akim beli dua lagi anak cermin macam tu untuk jadi kan dia tiga set. Rak besi hujung tu beli kat IKEA. Harga RM 69. Akim decide nak letak buku-buku and satu mangkuk untuk letak segala mak nenek kunci kat situ. Senang kan, sebab dia berdekatan pintu keluar.





Tilam pulak, Akim beli di Kinrara Puchong. Ada deretan pusat perabot tu. Suka dekat situ sebab lebih murah lah of course kan. Jenama Goodnite. Complete dengan plush top atas tu dapat around RM 900++ je daripada NP RM 1300++. Itu semua kuasa membanding harga. Puas pusing The Curve, Mid Valley semua. Tak dapat jugak harga terbaik. Nama kedai tu KIKARO FURNITURE CENTRE.

#3: Pembelian mattress perlu diteliti sebaiknya. Inovasi yang terkini adalah tilam yang menggunakan sabut apa entah dan dikatakan lebih tahan lama dan lebih anjal. Juga korang kena beli yang mana guaranteenya lama sehingga 10-15 tahun. Jadi within that period, kalau ada apa-apa senang.



Sofa pulak kiteorang beli kat KIKARO jugak. Fabriknya kiteorang ubah. Sebab Akim tak suka PVC. Ye lah lama-lama dia akan jadi kotor dan pecah kan. So, kiteorang tukar pada fabrik kain yang high quality. Tak perlu tambah duit. Itu aku suka! Lepas tu kita request letak diamond semua pun ok. Servis pun bagus. Penghantaran semua on time. Belakang sofa tu nanti, Insya-Allah akan gantung satu lukisan yang Akim beli masa dia pergi Vietnam dulu. Cantik. Motif alam sekitar in black and white.


#4 : Perbandingan harga! Yes, bila nak beli barang for rumah, bandingkan harga sangat penting. Bila Akim berkenan kat satu-satu barang, dia mesti akan tanya aku sama ada harga tu sesuai atau tak dengan kualitinya Haaa, time tu mulalah ni pegawai kualiti control datang. Mula aku tanya kat penjual tu itu dan ini. Bodek sikit, kenyit mata sikit kasi turun harga. Hahahah! 




Rak tv kat bawah tu, rak kaca, lampu dan shelf tu semua pasang sendiri. Beli di IKEA dan semua cari based color yang sama. Nampak macam satu set kan. Beli asing-asing padahal. And atas shelf tu, plan untuk letak Eiffel Tower. My favourite statue of course! Tapi hari tu pi KAISON, out of stock. Menangis sekejap. T___T. Dalam pasu kecik tu pulak, nak letak pokok tiruan yang bentuk bulat tu. So cute kot. Warna hijau kan. Saujana sikit mata aku memandang. 


Bahagian rumah apartment ni, dia takde partition. Kiranya kalau kau masuk, straight terus boleh nampak toilet and bilik semua. Jadi untuk buatkan dia lebih elegant dan berpartition, kiteorang beli string curtain kat Kamdar je. Satu string curtain harga RM 25.90. Yang cantiknya, dia ada ombre tone, putih-kelabu-hitam. Kiteorang pasang dua tempat. Satu untuk separate kan ruang tamu and laluan ke bilik, dan jugak satu lagi dari dining hall ke dapur.


Last but not least, taman. Ni memang trade-mark Akim lah. Mana-mana je rumah dia, mesti dia deko satu mini taman. Part ni aku tak dapat membantu, since aku dah balik Kluang awal. But mostly, keperluan untuk taman tu beli di Sungai Buloh. Memang banyak kedai kat sana yang jual barang-barang untuk taman kat situ. Harga pun murah-murah. Pilihan pun banyak. Seriusly beb!



Sekarang ni, Alhamdulillah dalam masa seminggu je segala dekorasi dan transformasi tu siap. Akim memang all out jugak untuk rumah ni. Banyak jugak dia berhabis kan. Tapi, dah dia kata untuk keselesaan, aku ikutkan je lah. Seriusly beb, aku bangga dengan dia. Dalam usia muda ada harta dan pandai menghias dan jaga. Ehhhh geram aih tengok rumah comel gitu. So setakat ni dulu aku update. Kalau aku ada mood lagi, aku update tips lagi ye.  Buat masa ni, progress dah 98 peratus. Tinggal tunggu langsir je belum siap. Kiteorang tempah kat Kamdar je. Terus ada servis jahit langsir kat sana kan. 

#5: Bagi langsir, kain blackout Akim pilih untuk bilik. Memang tebal, berat dan shinning. Korang kena riki harga jugak. And for sliding door, Akim just beli day curtain warna putih. Cantik untuk pencahayaan. Tak perlu lah nak bukak lampu di siang hari. Bagi efek rumah yang tinggi, Akim naikkan rail curtain tu sehingga ke ceiling rumah. Jadinya, effek langsir yang tinggi akan menampakkan rumah kelihatan tinggi jugak. *nanti aku update lagi bab ni. 


Untuk semua yang bercadang nak decorate rumah tu, jangan risau pasal budget. Buat sikit-sikit pun boleh. Banyak perkara yang boleh kita save dan menepati citarasa kita as long as kita pandai membanding harga. Pada aku, tak salah kalau kita nak hias rumah sebab rumah kan tempat kita berehat. Jadi tempat rehat mestilah sesuatu yang selesa.




p/s: Eric Leong pun duduk tempat Akim ni. Block mana tak sure pulak. Nanti kalau takde idea boleh lah pi rumah dia. Hahahah. Oh lupa, Eric Leong pun orang Kluang jugak! :) Sama kampung lah kita!




21 comments:

  1. hei cantiknya rumah akimmm~~~

    ReplyDelete
  2. wow...suka!! terutama kat balkoni bertaman taman tu

    ReplyDelete
  3. masyaAllah.. ! sooooo cantikk!!!

    ReplyDelete
  4. MEja makan beli kat cavenzi ke? macam meja kat umah akak aku

    ReplyDelete
  5. aikk,, muja yang tk de rumah sendiri pun terkhusyuk baca entry ni,, hehe,,, well done!!! :D

    ReplyDelete
  6. cantik rumah dia.gigih kene deco cantik cantik gak ni.

    ReplyDelete
  7. Bagus panduan ni.. semoga sentiasa cantik selalu rumahnya..

    ReplyDelete
  8. Sgt rajin..memberi inspirasi kpd sy yg x brape nk rajin ni..huhu

    ReplyDelete
  9. Cantiknya! Tak sangka jumpa rakan lelaki yang sekreatif ni,. Cayalah Hakim!

    ReplyDelete
  10. Untung ada bff yg baik cam awak...

    Tumpang ty, harga sofa tu brp?

    ReplyDelete
  11. mak ai!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    cantik nye uols deco....dah mcm pro punye hasil...
    hebat lah..boleh la lawan eric lepas ni...

    ReplyDelete
  12. Nice..semua part nice je..Simple tp nampak selesa dan cantik..:)

    ReplyDelete
  13. nice..boleh x minta code cat tu?

    ReplyDelete
  14. gila cantikkkk... balkoni tu paling menarik hatiiiiiii~

    ReplyDelete
  15. cantik sesangat. superb. simple.

    ReplyDelete
  16. Pandainya deco..sukala tmn mini tu..rumput tu tiruan ke yg betul..brp ye harga rumput tu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork