Friday, May 31, 2013

Fight For My Right Against SONY Malaysia (Part 2)

Assalamualaikum semua

Hari Jumaat. Hari Barakah dan aku memohon semua pembaca dan pengunjung Blog Coklateyes untuk mendoakan agar Allah memudahkan urusan aku dan memberi kemenangan di pihak aku untuk kes ini. Insya-Allah.

Untuk membaca PART 1 ---- SILA KLIK SINI

Dan hari ini, kisah sambungannya. Email yang aku balas pada mereka.



Salam sejahtera

 Terima kasih atas email yang TELAH LAMA saya tunggu ini. 

Ingin saya nyatakan bahawa status saya adalah seorang pelajar dan bukannya dari golongan yang senang. Saya membeli laptop tuan kerana SAYA YAKIN DENGAN PRODUK TUAN YANG DIWARKAN SEBAGAI ANTARA PRODUK TERBAIK. Atas keyakinan itu, saya sanggup mengeluarkan duit untuk SONY VAIO saya. Namun... Setelah hampir 2 bulan menunggu case saya untuk disiasat, adakah semudah ini laporan penyiasatan itu? Yang akhirnya menyebabkan saya kena bayar RM 400 untuk penggantian skrin. 

Saya ingin jelaskan, bahawa saya TIDAK MEMPUNYAI DUIT SEBANYAK ITU dan saya TIDAK AKAN MEMBAYAR APA-APA bayaran untuk penukaran skrin kerana beberapa sebab : 

Pertama sekali Berdasarkan daripada email tersebut, pihak Sony HANYA menyatakan bahawa terdapatnya 'Internal Crack' yang berlaku pada skrin laptop saya. Tetapi TIDAK DENGAN JELAS MENYATAKAN PUNCANYA, apakah sebabnya? Kenapakah tidak dinyatakan sebabnya? Sedangkan di pihak saya tidak terdapat sebarang jatuhan, impak benda berat mahupun benda tajam? Bagaimana internal crack ini boleh berlaku sedangkan saya menjaganya dengan baik. Dan disebabkan ketidak telusan sebab mengapa pula saya perlu membayar ganti rugi nya? 

Kedua PRODUK INI MASIH DI BAWAH WARRANTY yang mana ketika pembelian, wakil anda di SONY CENTRE KLUANG, JOHOR menyatakan apa sahaja kerosakan dalam tempoh warranty akan dibaiki secara percuma. Dan disebabkan terma tersebut saya yakin dan balik pada wakil anda. Malangnya, bila keadaan ini terjadi, dengan mudah anda meminta saya wang pembayaran. Jadi, warranty saya apa gunanya? Ditambah pula, kerosakan ini BUKAN BERPUNCA DARI SAYA. Mungkin nasib saya malang kerana mendapat produk ini dan adakah ini membuktikan produk anda tidak bagus

Ketiga, dua bulan saya MENANGGUNG KEPAYAHAN & KESUSAHAN untuk melakukan tugas sebagai pelajar akibat ketiadaan laptop dan segala dokumen saya di dalam itu. Saya terpaksa menggunakan komputer di Siber Cafe, meminjam laptop kawan dan sebagainya dan akhirnya saya masih kena bayar untuk penukaran skrin ini? Bagaimana dengan kesusahan yang saya alami sepanjang tempoh tersebut? Sedangkan, proses yang dijanjikan TELAH DILEWATKAN OLEH PIHAK TUAN akibat daripadapegawai bertugas yang bercuti, ketidak selarasan maklumat antara SONY SERVICE JB, SONY CENTRE KLUANG & SONY SERVICE KL. Di tambah pula, TUGASAN SAYA SEBAGAI SEORANG BLOGGER JUGA TERJEJAS akibat ketiadaan laptop ini. Adakah tuan sedar bagaimana kelewatan kerja di pihak tuanmenyebabkan saya menanggung kepayahan dan kesusahan luar biasa? Dan adakah saya masih perlu membayar ganti ruginya? 

Keempat, AKIBAT DARI KELALAIAN & KECUAIAN PIHAK TUAN, saya sendiri terpaksa follow up kes ini dan pada satu tahap, setelah 1 bulan setengah saya menanti (sedangkan pada email yang diberikan pegawai tuan berjanji hanya memerlukan masa 2-3 hari bekerja saja), jawapan yang dinyatakan oleh pegawai tuan adalah "Laptop saya 'HILANG' dalam simpanan pihak SONY". Dimanakah kebertanggungjawaban pihak tuan dalam kes ini? Dan sekali lagi, adakah berbaloi saya menunggu selama ini dan akhirnya saya masih lagi perlu membayar RM 400 untuk penukaran skrin laptop saya ini? 

Kelima, WAKIL SONY CENTRE di KLUANG, dengan senang hati meminta saya bayaran RM 650 untuk pembayaran penukaran skrin tanpa membantu saya untuk melanjutkan kes ini kepada pihak SONY SERVICE KL. Dengan mudah, tanpa nada mesra dan simpati  dan langsung tanpa memikirkan keadaan saya sebagai pelanggan nya, dia memberi kata dua pada saya. " Sama ada you bayar RM 650 dan kami betulkan atau you angkat balik ini laptop!". Adakah itu layanan sebenar kepada pelanggan setia yang telah membeli banyak produk tuan secara CASH? Dimana budi bicara pihak tuan? Malahan, lebih sedih... saya sendiri yang TERPAKSA CALL dan URUSKAN kes ini di antara SONY CENTRE KLUANG dan SONY SERVICE KL. Kalau saya tak buat begitu, kes ini terbiar macam tu saja. Malahan sewaktu saya call SONY CENTRE KLUANG, laptop saya yang didakwa "hilang" itu sebenarnya telah ada di kedainya beberapa hari. Namun, pihak SONY CENTRE KLUANG langsung tak telefon saya menyatakan perkara tersebut? Adakah tuan sedar, betapa pihak SONY telah menyusahkan pelanggan setianya yang membeli secara direct dengan wakil jualan tuan yang SAH dan secara CASH? Adakah saya masih perlu membayar RM 400 itu? 


Setelah 5 bukti saya nyatakan, saya memohon jasa baik, belas kasihan, budi bicara serta pertimbangan akal waras pihak SONY MALAYSIA untuk menukar skrin laptop saya TANPA SEBARANG BAYARAN dikenakan. Ini adalah jika dibandingkan kesusahan dan kepayahan yang saya lalui, RM 400 itu bukan sebenarnya meringankan bebanan saya, malahan membuatkan saya bersedih dan menambah masalah dan bebanan saya. Adakah tuan fikir dengan pengurangan sebanyak RM 100 itu berbaloi untuk perjuangan saya selama ini? Saya betul-betul kecewa dengan tindakan tuan melayan PELANGGAN SETIA TUAN YANG MASIH MEMPUNYAI WARRANTY ini. 

Saya benar-benar memohon tuan menimbang perkara ini dengan seadilnya. Meletakkan diri tuan di tempat saya, memikirkan keadaan saya sebagai pelajar yang mana ayahnya sedang sakit dan kini sebuah syarikat ternama yang menghasilkan produk berkualiti dan menjanjikan kehebatan pada pelanggannya tidak langsung meringankan bebanan saya malahan menambahkan ianya lagi. 

Saya berharap agar kes saya ini mendapat tindakan sewajarnya. Malahan ini juga adalah sebahagian reputasi syarikat tuan. Saya juga tidak teragak-agak untuk menggunakan kuasa saya sebagai pengguna dengan melanjutkan kes ini kepada pengetahuan Tribunal Tuntutan Pengguna dankepada masyarakat awam melalui blog saya dan hebahan akhbar dan media massa. 

Terima kasih. 



Innanie Ariffin




p/s: Moga lembut hati mereka untuk aku. Amin.




10 comments:

  1. moga berjaya kak,,, fight for your right,, bagi muja kerosakan tu memang sebab mereka dah klu memang laptop tu tak pernah jatuh ke hape,,

    ReplyDelete
  2. apa lagi. guna la ilmu lawyer kau! yes!

    ReplyDelete
  3. nanie....gi ngadu kat apa entah nama tempat ni...macam hal ehwal pengguna tu. diorang boleh tolong rasanya.sabar ok. tapi tak patut la diorang buat mcm tu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum awak. semoga dipermudahkan urusan awak ye. sedihnya saya tengok kes awak ni :(

    ReplyDelete
  5. Owh ini kes Nanie ke..Semoga berjaya nanie..lawan sbb nanie xbersalah..semoga berjaya..:)

    ReplyDelete
  6. kuat kak..teruskan perjuangan! gunakan kuasa kita sbg pengguna..

    ReplyDelete
  7. waa.. fatin bagus2.. fight for your right..gud luck

    ReplyDelete
  8. fight for your right..all the best nanie bakal peguam...aminn

    ReplyDelete
  9. insyaAllah..moga nani berjaya..aamiin

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork