Wednesday, May 1, 2013

Kawan Buat Jahat Jangan Sekali Dibalas

As Salam semua


Dalam Islam, haram hukumnya mempercai Hukum Karma sebab Hukum Karma adalah berasaskan kepercayaan masyarakat Hindu mengenai kelahiran semula (Reborn). Dalam Islam, kita tak boleh percaya Hukum Karma sebab roh yang telah meninggalkan jasad akan kekal di alam barzakh. Ada jugak pendapat yang mengatakan Hukum Karma yang dimaksudkan adalah based pada "What goes around, comes around!" Kiranya macam kau buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Tapi sebagai Islam, masih jugak kita tak boleh percaya perihal tu. Kita perlu percaya pada Qada' dan Qadar Allah. Itu yang betul. 

Baiklah. Aku memang tak percaya pada hukum karma. Tapi kisah yang bakal aku ceritakan mungkin secara kebetulannya sama... Wallahualam.




Semua orang tahu, dari dulu sampai sekarang aku punya ramai kawan. Tak kira lelaki perempuan. Tapi mana yang kenal aku rapat, memang lebih ramai kawan lelaki dalam hidup aku. No gender bias actually. Cuma keselesaan aku bila berkawan dengan lelaki tu lain macam sikit. Rasa lebih secure, rasa lebih matang dan rasa lebih disayangi. Wait. Bukan bermakna perempuan tak matang dan tak menyayangi each other ye. Tapi kadang-kadang rasa 'annoying' dengan perangai 'show off' sesetengah mereka. *sorry*

Salah satu punca kenapa aku kurang berkawan dengan perempuan adalah aku dah banyak kali disakitkan hati oleh kawan perempuan. Well. Puas aku cari mana salah silapnya aku dalam persahabatan. Ye lah, kata orang mungkin kita ni ada buat salah kan... sebab tu kawan kita buat gitu balik kat kita... tapi takde pulak rasanya. Sumpah takde! Aku ni pulak jenis pendam. Kalau aku sakit hati pada kawan aku tu, memang mati hidup balik aku tak akan luahkan. Sama ada aku pendam sorang atau aku step back. Kebanyakkannya aku pendam. Sebab tak nak orang tu rasa sakit hati macam yang aku rasa. Biar aku sorang je rasa dan berkawan seperti biasa. Yes, sakit hati memang sakit sangat! 

Dan sesuatu yang aku perasan... 

Dah 2-3 orang kawan yang pernah sakitkan hati aku akan kembali pada aku dan bercerita pada aku bahawa kawannya yang lain sakitkan hati dia sama macam dia sakitkan hati aku. 

Kau faham tak? Contoh; A sakitkan hati aku sebab burukkan aku depan kawan-kawan lain, than few months later A balik kat aku cakap B sakitkan hati dia sebab B burukkan A depan kawan lain. 

Get it? 

Seriously beb. Aku bukanlah kata gembira dengan apa yang dia rasa. Tapi automatik hati aku akan cakap "Dulu kau buat aku macam tu jugak, sebab tu orang buat gitu kat kau sekarang!". Memang kalau nak fikir macam tak logik, tapi bukan ke doa orang teraniya makbul? Sebagai kawan, aku tak lah cakap direct bahawa aku gembira bila tengok kawan disakitkan hati. Cuma biasanya aku akan cakap "Takpelah, sabar. Itu mungkin kifarah dosa kau yang lama-lama. Mana tahu, tanpa sedar kita sakitkan hati orang lain. Sebab tu, orang lain sakitkan hati kita!" 

Yesss! Macam tu lah aku selalu nasihat. Walaupun dalam hati macam bunga-bunga sikit. Memang nampak kejam wei, sebab bahagia dengan keadaan kawan macam tu, but again... aku manusia biasa. Sedikit sebanyak bila nampak sesuatu yang so-called "balasan", mesti aku rasa puas hati sikit kan. Well, aku tak balas perbuatan dia, tapi Tuhan yang balas!

So, simple rule here. Kau tak payah nak balas dendam ke apa kalau ada orang buat jahat dengan kau. Kau biarkan aje. Satu hari nanti, mesti dia akan dapat balasan jugak. Kalau kau beruntung, kau boleh tengok sendiri pembalasan tu. Percayalah. Allah itu Maha Adil. Dia Maha Mengetahui bagaimana cara untuk menghukum hamba-Nya yang berbuat keburukan di muka bumi ni. 



p/s: Sorry kawan. Aku mungkin bukan kawan yang baik. Tapi aku percaya, aku dah berbuat sehabis baik sebagai kawan.



14 comments:

  1. biasalah tu adat berkawan...so.. jom jadikan diri kita kawan.terbaik buat kawan kawan kita..

    ReplyDelete
  2. Akak, pernah jumpa situation ni. Betul-2. Takyah balas. Just go with the flow. *peace*

    ReplyDelete
  3. what you give, that's what you receive.

    dan orang yang suka bergosip pasal orang lain dengan kita, akan bergosip pasal kita dengan orang lain.

    that's how the nature.

    ReplyDelete
  4. kita percaya kpd hukum KARMA. itu yang pasti.

    ReplyDelete
  5. betul tu.. kdang2 susah nk puaskan hati semua kwn.
    bahaya kalau pendam perasaan..

    ReplyDelete
  6. Dan saya berpegang kepada kata-kata Suci ini;

    Sesiapa yang berbuat kebaikan mendapat 10 kali ganda amalannya. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit tidak dirugikan (dizalimi) (6:160)

    ReplyDelete
  7. Betul2.. Tak perlu balas dendam, biar Tuhan yang balas :)

    ReplyDelete
  8. Memang adat kan klu berkawan ni, ada je mslh kan, ye la, memasing ada peel berbeza....sy pun mcm awk juga, pendamkan dan bia kan aje sbb klu luahkan pun xguna jugak, mungkin makin truk rasanya...

    ReplyDelete
  9. dats normal dear .. adt berkawan .. i like ur way .. akk pn slalu gitu gak .. biar org buat jht dgn kita, then kita doakan je y tbaik bt dorang k .. y pnting innanie happy sokmo dgn kwn2 y thu hrgai innanie tu (^_^)

    ReplyDelete
  10. betul la..bila tengok dia yang terkena pulak bukan la kita seronok sampai nak bertepuk tangan cuma rasa lapang dada..hahahah

    ReplyDelete
  11. betul tu kak.. deno selalu kena buli dek kwn.. mungkin sbb deno tak pandai nak mrh org..pernah kwn buat deno sampai nangis.. tp deno sbr ....

    ReplyDelete
  12. dekat2 sama dengan my story,,, :'(

    ReplyDelete
  13. I had nightmares about girl friends. Kadang kadang susah bila kita ni jenis pendam. They would never faham sakit hati kita ni. Sedih lah kak macam ni :(

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork