Thursday, May 16, 2013

Menangani Komen Haters & Unknown Di Media Sosial : Cara Anjuran Islam

As Salam semua

Dalam dunia media sosial hari ni terutamanya blog, dah banyak kes yang aku dengar melibatkan anon/haters dan segala macam manusia yang  malu mempamer nama sebenar kerana takut dikatakan berhati busuk. Alhamdulillah, selama aku berblog ni takde pulak aku berdepan dengan insan-insan macam ni. Kalau ada pun, setakat ni aku anggap mereka sebagai insan yang menegur untuk kebaikan. Insya-Allah bersangka baik lebih elok kan. 

Beberapa hari lepas, aku baca buku Ustaz Zaharuddin "Ledakan Facebook : Antara Pahala & Dosa". Memang banyak perkongsian dan pedoman yang beliau berikan dalam buku tu. Sungguh. Islam tu agama yang syumul. Agama yang memenuhi tuntutan kehidupan pada bila-bila masa sekalipun. Hinggakan ke zaman siber ni pun, cukup lengkap segala peraturan dan adab dalam bersosial di alam maya. Salah satu yang diselitkan adalah bagaimana untuk menangani komen dari haters/unknown semua ni. Atau mungkin komen-komen yang menimbulkan provokasi. 



Ini ada beberapa panduan daripada buku tersebut dan ada jugak yang aku tambah berdasarkan pembacaan dan pengalaman aku sendiri. Insya-Allah mana yang baik, korang gunalah ok. 


1. Sekiranya ingin dibalas, bertenang dan balas dengan kata-kata yang lunak. Namun, bagi melaksanakannya tidak mudah tanpa kesabaran yang tinggi. 

  • Ini cukup jelas dalam Surah Al-Furqan, ayat 63 : "Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik."
  • Aku pernah mengamalkan benda ni. Pembaca blog aku  menegur aku tentang cara berpakaian yang kelihatan agak ketat. Tapi aku tak melenting, cuma aku terangkan keadaan sebenar yang aku hadapi sebagai seorang plusize. Dan bermula situ, aku cuba perbaiki diri dan Alhamdulillah sekarang dia menjadi pembaca setia blog aku. Terima kasih! :) 

2. Abaikan saja atau delete!
  • Ini merupakan salah satu jalan yang paling selamat. Kata orang tak kan api perlu dibalas api. Api perlu dibalas air. Baru reda. Aku pun perasan, lagi-lagi kalau kat You Tube tu semua, satu komen yang beremosi mulalah timbul berpuluh-puluh komen yang emosi jugak. Tak berhenti. Siap berbalah dalam komen semua bagai. Apa guna? Takde dapat apa pun kan. 
  • Tapi jangan lupa, bila kita delete comment yang diberikan, ini menunjukkan seolah-olah kita penakut atau berlagak good-good je. Apa kata korang publish jugak komen macam ni, tapi jawab komen mereka dengan penuh berhemah. Cukuplah sekadar dibalas sekali. Tak perlu berbalas-balas sampai beratus comment. Tak perlu dilayan dan diberi muka sangat!

3. Komen sekadar untuk publisiti atau glamor. 
  • Ada sesetengah komentator/haters/unknown yang memang memberikan komen untuk tujuan mendapat populariti. Lebih-lebih lagi jika komen di blog, facebook atau you tube yang mana mendapat trending dan perhatian masyarakat. Jadi kita sebagai admin page/blog perlu bijak untuk menilai agenda setiap komen. Ada komen yang memang jujur memberi pendapat dan bertanya soalan. Tapi ada jugak yang bersifat provokasi dan ibarat cuba mencurah minyak ke dalam api. 

4. Ambil yang positif , bersangka baik dan lapangkan dada. 
  • Sebenarnya ada jugak anon/haters yang bercakap betul. Bukan untuk provokasi atau menjatuhkan reputasi dan maruah seseorang. Mereka menggunakan nama anon dan sebagainya adalah demi menjaga hati pemilik laman sosial tersebut. Kata orang menegur dengan beralas. Tapi perlu diingatkan, dengan menggunakan nama samaran anon bagai, pengomen jugak perlu lah menegur secara berhemah. Memberi komen dengan baik dan jangan beremosi sehingga keluar kata-kata kesat. *walaupun aku faham bila emosi tak terkawal, mula lah mulut mencarut bagai kan!* . Dan sebagai yang dikomen, lapangkan dada. Cermin dan perhati komen tersebut. Mungkin apa yang ditegur itu ada kebenarannya. Perbaiki dan cuba jadi yang disenangi. 

5. Kita semua bukan sempurna. 
  • Ini perlu jelas. Takde orang pun yang perfect10 sekarang ni. Apatah lagi dalam dunia media social hari ini. Memang banyak karekter manusia di belakang skrin komputer tu. Ada banyak interpretation yang bakal berlaku dengan hanya satu perkara saje. Kalau betul, kita salah... jangan malu mohon kemaafan. Buat pembetulan. And again, jangan diulang salah tu dan berhati-hatilah selepas itu. Berfikir secara waras dan jauh sebelum buat sesuatu di alam maya. Zaman sekarang, sekejap je boleh tersebar kan. 



Yang terakhir, aku suka pesan dari Nabi kita ni :

"Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada Mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya." 

(Direkod oleh Al-Bukhari, At-Timizi dan Ahmad : Hadis Sahih) 



p/s: Sama-sama kita bertenang bila berhadapan dengan orang sebegini. 



13 comments:

  1. thanks sharing :) penah jugak dpt komen drpd haters..mmg sakit aty..

    ReplyDelete
  2. kalau aku, aku buat xtaw je hahahah. publish2 jugak

    ReplyDelete
  3. anon ni isi masa lapang je. seronok nak kutuk n kenakan orang tapi tak berani tunjuk muka pun.hehe. ramai dah yg kena tp so far ramai yg buat tak tahu je sbb diorang tak luka pun kena dgn anon. hewhew

    ReplyDelete
  4. kalau sy, lebih suka buat tak layan je..sebab lagi dilayan makin menjadi2..kalau tak terkawal, dengan kita sekali terjebak..jadi lebih baik berdiam diri je dari berkata yang sia2..

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing. kalau sy, sy biarkan je. x payah layan nnt lagi galak mereka ni

    ReplyDelete
  6. dulu selalu jugak la anon datang blog akak..sekarang ni tak de dah..dulu apa yang akak buat cuma buat tak tahu je..del;ete pun tak sebab akak nak dia tau yang komen dia tu akak tak peduli pun.sampai cuit komen dia pun tak..hahah..lama2 dia senyap sendiri la..

    ReplyDelete
  7. pernah jugak masuk dalam situasi ni. masa tu tak tahu cara betul nak hadapi haters. so dengan tips ni, boleh la kita praktikkan.hehe.

    ReplyDelete
  8. muja pernah diserang hater sebab tinggalkan link blog kat blog femes and only then i know it is wrong to do that.. hehe,, sekarang dah ok dah :) thniah masuk paper!!! :D

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan dr Alin Marlini

    Slm dekat 4 thn berblogging ni tak penah ada anon yg komen menyakitkan hati tp hari ini pertama kali anon komen pedas. Dan spt awak abab pakaian.

    Sakit otak gak.. Pk apa yg dia tak puad hati ngan kak alin tp takde plak blog dia disertakan.

    Bl bc blog awak kak alin amik keputusan utkberdiamsb kalau dilyn skt otak nnt.

    Dlm ht dok terpikir gak..glamer jugak aku ni...hahahah

    ReplyDelete
  10. Haters di mana2. Good tips. Leh apply lepas ni :)

    ReplyDelete
  11. Salam.. Hehe pertama kali masuk blog terus saya komen hehehe.. Saya dulu pun ada komen anon yg mcm.sengaja buat provoke.. Tapi pada firasat saya.. Anon ni kdg2 org yang kenal kita jgak..dan yg sakit hati dgn kita tapi tak luahkan depan2. Sekian pendapat dari saya. Hehe

    ReplyDelete
  12. btol2. anon atau haters kalau kita layan, makin jadi2. so, perkara kita leh buat ialah, abaikan aje. atau ambil teguran si anon atau haters sbg satu ujian utk kita muhasabah diri kerana Allah tau apa yg terbaik utk kita, sb tu Dia bagi ujian mcm tu.kdg2 kita sebagai manusia nie, perlu ada org tegur, sebagai peringatan.tanpa teguran, hati boleh jadi keras dan tidak mahu menerima nasihat.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork