Friday, May 24, 2013

Nasib Si Betina Manis

As Salam semua

Dekat rumah aku dah ada dua ekor kucing sebelum ni. Sekor nama Kimi dan sekor lagi nama Glory. Dua-dua aku sayang. Comel sangat!!! So far takde masalah lah sebab dua-dua dah jadi bestfriend nampak gayanya. 

Than baru ni lebih kurang seminggu lebih ada sekor kucing baru datang kat rumah aku ni. Alololo comelnya. Manja pulak tu. Aku syak kucing ni kena buang sebab manja dia tu nampak macam orang pernah bela sebelum ni. Dari pemerhatian aku lah kan, maybe kucing tu dibuang since dia nampak macam tengah bunting. Kesiannya!!! Sampai hati orang tu kan. Kejam gila! 

Kucing ni dari segi bulunya aku tengok dia macam mix bengal dan parsi. Lembut sangat bulunya. Warna pun cantik. Coklat dan kehitaman. Kucing ni tak tahulah dia sesat ke apa, tapi kiteorang biarkan je dia jalan-jalan and kiteorang tunggu jugak kalau-kalau ada orang yang cari-cari kucing. Tapi takde..bila adik aku bagi makan kat Kimi dan Glory, dia pun datang sama mintak makan. Tak sampai hati kiteorang ni.

Manis yang bengis

So finally kiteorang decide nak simpan dia. Letak nama dia, Manis. Walaupun hakikatnya muka bengis. Kehkehkeh. Kepala adik aku lah bubuh nama Manis ni.  Since dia pun manja dan selesa dengan kiteorang. Kebetulan cage Glory yang lama ada lagi. Jadi bubuh dia dalam tu. Bila pagi, lepaskan macam biasa than tengahari dia pandai balik sendiri masuk cage.

Cuma masalah sekarang ni, Glory dengan Kimi macam tak suka dia. Bila nampak je terus bunyik macam nak gaduh. Tapi si Manis ni buat lek je... cool melintas depan dorang sambil main-main ekor gebu lebat dia tu. Lagi meroyan lah Glory dengan Kimi kan.

Jadi, korang ada tips tak macam mana nak baik -kan kucing-kucing aku ni. 
Bagi macam bersaudara? Share please...






11 comments:

  1. Ada, tp xtaw jd ke tak.

    Bila tengah gosok kimi, ambil manis guna tgn lg 1, bila dy ngamuk, gosok2 la, bila da redha sikit, dekatkn lg kucing tu.

    Slamat mncuba!

    Dh lama dh follow, follow back maybe ?

    ReplyDelete
  2. Ummi tasya kurungkan kucing-kucing dalam toilet untuk beberapa malam, tak sampai seminggu dah boleh boleh main sama-sama :D

    ReplyDelete
  3. lama-lama nanti ok la tu kak fatin,, insya ALLAH,, bagi dorang socialise lama sikit,, :)

    ReplyDelete
  4. sye pon ade anak kucing baru..dtg sndiri ntah dr mane..2 ekor kucing kt umah tu mule2 mmg x ske lngsung,tp lame2 skang dh mule layan kpale dh..tiap kali belai sekor,amek yg lg sekor belai skali..bru dye kurg jelez :)

    ReplyDelete
  5. Kalo kuicng ganas, aku slalu peluk kuicing cara paksa walaupun kucing tu taknak..lama2x nak peluk then jinak...kena selalu main ngan kucing tu..

    ReplyDelete
  6. lyeen mmg alergic dgn kucing..T_T
    tpi bila balik umah abg tetiba ada kucing...nk friend dgn kucing tu..tp nk dekat dia pun tkut..hahhaa

    ReplyDelete
  7. baru baru jumpa dgn kucing lain memang camtu kot nanie.nanti dah 3-4 hari dah ok dah.

    ReplyDelete
  8. Xde tips. Opoq pun xsuke kucing lain. Nampk je terus kejar x kasik dekat.

    ReplyDelete
  9. kucing ni seiras ngn kucing sy yg hilang
    anyway jmpa kat mne huhuhu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork