Tuesday, May 14, 2013

Peniaga Makanan, Tolonglah Jangan Kejam Sangat Pada Pelanggan!

As Salam semua

Entahlah apa sebab hari ni. Kena mandi bunga ke apa gamaknya. Dua kali aku rasa diperbodohkan sebagai customer. Sakit hatinya bila orang senang-senang je nak makan duit kita. Geram tahu. Geram rasa nak tumbuk dinding. 

Tadi tengahari dah lah aku bertegang urat dengan Sony Malaysia. Sampai aku nangis-nangis bagai. Aku memang jenis macam tu. Kalau aku dah tak tahan,  terlampau geram, laju je air mata aku ni tumpah. Bukan nak nangis sangat pun sebenarnya and kalau boleh aku tak nak lah nampak looser depan orang kan, tapi dah itu reaction body aku. Nangis sebab geram. Yes, sapa kenal memang dah tahu dah. Aku nangis sebab geram. Bukan sebab nak nangis. 

Ok, back to my main topic. Lepas aku dah pum-pang-pum-pang kesat hingus dengan air mata... aku terus call Akim. Aku cakap aku stress and please take me. Aku tak tahu lah nak pi mana, tapi aku tak nak duduk bilik. Geram rasa macam nak kena luahkan jugak geram aku ni. Tak lama lepas tu, Akim amik terus bawak pi makan. Dia tahu aku tak makan satu hari. Habis je kelas semua, terus uruskan kes laptop aku. 

Kiteorang just makan kat stall biasa je tepi jalan area Pantai Hillpark tu. Malas jauh-jauh. Hujan some more. So, aku order nasi goreng seafood dengan air sirap bandung and Akim order nasi goreng pataya dengan air asam boi. After a few minutes sampai makanan. 

Ya Rabbi!!! Ya Allah mengucap panjang aku beb. Sungguh. Aku rasa stress aku yang dah nak hilang tadi tu datang balik. Aku dah lah lapar, ada jugak aku makan sorang-sorang orang kedai ni. 

For RM 5.50 sepinggan nasi goreng seafood, aku boleh habiskan dengan 6-7 suapan je!!! SIKIT GILA  KAU TAHU!!! Its like separuh senduk nasi yang kemudian dileperkan atas pinggan! Aku terbeliak mata tengok. Wei, harga kau RM 5.50 kau tau. Bukan RM 3.00. Aku kaut nasi tu ketepi... and seriusly tak sampai 1/3 pun dari pinggan makan tu. Again. Aku geram. Aku nangis lagi. 



WAHAI PENIAGA MAKANAN SEKALIAN ALAM!!!

KAU DENGAR LAH SINI ELOK-ELOK. INI PESANAN DARI AKU, 
SEORANG PELANGGAN. 

KAU DIBERIKAN SATU KELEBIHAN IAITU AIR TANGAN KAU YANG SEDAP. ORANG DATANG KEDAI KAU UNTUK MAKAN. DAN MAKAN ITU ADALAH SUMBER KEKUATAN, SUMBER KEBAHAGIAAN DAN SUMBER TENAGA JUGA. ORANG MAKAN SEBAB LAPAR DAN ORANG BILA MAKAN MESTI NAK KENYANG. JADI, APASAL KAU KEJAM SANGAT CATU MAKANAN TU SEDANGKAN HARGA YANG KAU LETAK TAK SETANDING DENGAN PORTION YANG DIMASAK.

 KENAPA PERLU MENIPU PELANGGAN? KENAPA SEWENANG-WENANGNYA KAU BUAT BEGITU. APA KAU TAK FIKIR KE, KALAU KAU DITEMPAT PELANGGAN, DATANG DENGAN KELAPARAN DAN BERHARAP MAKANAN YANG DIPESAN AKAN MENGENYANGKAN, TAPI BILA SAMPAI.... SUBHANALLAH... SEDIH!!! APA KAU RASA BAROKAH KE REZEKI DUIT YANG KAMI BAYAR PADA KAU TU SEDANGKAN MATLAMAT UTAMA DAN KEPUASAN PELANGGAN KAU TAK CAPAI? 

KAU FIKIR LAH SENDIRI. 
CUBA LETAK TEMPAT KAU SEBAGAI CUSTOMER YANG LAPAR. 


SEKIAN TERIMA KASIH!



Dan disebabkan rasa dikhianati dengan bayaran yang aku tak redho RM 5.50 tu, aku terpaksa beli Uncel Bob sebab aku masih lapar. So kau nampak tak its like total lost korang dua kali! Kau rasa tak dia macam jilake gila babi kan teraniya gitu sekali. Kejam dowh. Kejam!!! 



p/s: aku sumpah kedai tu lingkup tak lama lagi! geram T__________T

13 comments:

  1. Hmmm. Mungkin kak baru singgah kedai di situ agaknya. Sebab setahu saya kedai makan KL ini memang begitu, bukan?

    ReplyDelete
  2. Nape ngn sony. Buat hal ke. Nina pun cm tu. Kalau geram sgt mesti nak nangis

    ReplyDelete
  3. Sabar ye..bawak istighfar banyak2..tak elok taip perkataan tak elok..tak bagus untuk diri sendiri dan orang yang membaca..sabar ye..semua ni dugaan..ada sebabnye.. bukan Allah saja2 uji kita..sabar ye sis :)

    ReplyDelete
  4. nak kaya cepatlah tu..tp rezeki tak halal..huhu

    ReplyDelete
  5. urmm....bende camni mmg dah selalu sgt terjadi..yf pun dah byk kali kene, bile dah terkene mmg boikot blacklist kan terus kedai/restaurant camtu...huhu

    ReplyDelete
  6. salam,
    banyakkan bersabar..same situation macam aku, pernah terkena, nasi mmg tak berbaloi ngan harga di berikan....

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum innanie...memang peniaga skg ni nak byk untung tu sebab buat mcm tu...;)

    ReplyDelete
  8. giler kedekut.,.banyak la kedai yang kedekut gitu..cemana pelanggan nak kekal kalau kedekut..adoh..

    ReplyDelete
  9. Ish2.. Mahalnya kalau setakat dapat ngan 5,6 suap jer.. Hampeh tul..

    ReplyDelete
  10. kesiannya dear.. sabar.. sekarang awak down nati akan happy.. positif.. pasal laptop aduh kalau sy pun begang la.. repor je

    ReplyDelete
  11. Nasi dah habis kot. Tunggu nasi masak lama sangat, dia boh je apa yang ada. Kalau aku memang terus sound depan2. GERAM

    ReplyDelete
  12. sabar syg , dugaan. sebenarnya kalau awak tak stress dengan sony, maybe awk tak hangin psl makanan ni . *peluk kekuat*

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork