Monday, May 27, 2013

Review : Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah. Memang Terbaik!

Assalamualaikum semua

Semalam lepas pergi kenduri kahwin teman adik habiskan baucer buku dia. Buat yang masih berbaki lagi baucer buku, jangan lupa... valid date sampai 31 Mei ni je tau. Baik habiskan. Kalau tak rugi je. So, adik aku ada balance RM 50 lagi. Lepas pusing-pusing satu Popular, finally we decide to buy this book. 



Ok, ladies. Buku ni memang sangat-sangat bagus. Sangat lengkap untuk seorang perempuan muslimah. Banyak persoalan, perbincangan dan dilema wanita dijelaskan dengan baik dalam buku ni. Meliputi semua aspek. Dari bab ibadat, munakahat, faraid semua ada. Sebagai contoh, diterangkan dengan jelas hukum menyambung rambut, hukum memakai rambut palsu, adab mandi wajib, adab bersama suami, jenis-jenis makanan yang najis, talak dan iddah, larangan dalam majlis perkahwinan dan macam-macam lagi. Semua complete dengan hadis dan bukti sahih. Malahan, yang lagi best semua situasi yang diberikan adalah berdasarkan tempoh waktu terkini. 

Harganya pulak RM 55. Tapi masa adik aku beli, ada rebat sebab guna baucer buku, jadi tinggal RM 49.50. Buku ni memang berbaloi sangat beli. Lagipun aku kan adik-beradik semua perempuan. So secara tak langsung, buku ni boleh jadi panduan dan rujukan kiteorang semua. 

Dalam buku ni, pandangan para ulama dan perbincangan sesuatu hukum diperjelas dengan baik. Sebagai contoh, hukum penggunaan contact lens. Kalau dalam entry ni (Hukum Bagi Wanita Yan Memakai Contact Lens Bewarna) mungkin pendekatannya berbeza, tapi dalam buku ni ada penjelasan hukum yang lebih terperinci dan jelas. *Insya-Allah nanti aku kongsi sama-sama.'

Cuma satu je, buku ni agak pening sikit kalau kita nak cari sub topiknya. Sebab dia tak bold kan font yang menjadi sub topik. Jadi kena pandai-pandai cari. Tapi takde masalah pun, tulisannya masih besar dan mudah dibaca. Jangan risau. 

Jadi, secara keseluruhan aku memang sarankan kalau boleh semua wanita muslimah untuk dapatkan buku ni. Memang banyak input dan info berguna. Penjelasan yang terperinci beserta dengan hadis dan ayat Al-Quran sebagai dalilnya. Insya-Allah menyempurnakan hidup kita. 




p/s: Ustazah Sharifah Norhayati pun rujuk buku ni jugak semasa program beliau...



10 comments:

  1. tq kongsi..leh la p cari juga...

    ReplyDelete
  2. kak fateen,, macm mana ni,, muja mmang malas nak mmbaca,, pdahl i m gonna be an english teacher,, :'(

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing nani...nti akak nk cri jugakla

    ReplyDelete
  4. insyallah akakn dptkan :) tq sharing dear :)

    ReplyDelete
  5. TQ for shsring, salu sangat tercari2 buku macam nie. InshaAllah nak pi cari lar.

    ReplyDelete
  6. boleh suruh suami belikan nanti..paksa dia bagi buku ni untuk hadiah kat akak..hahah

    ReplyDelete
  7. Ni yg rasa nk terjah mph/popular nk beli nih.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork