Friday, May 10, 2013

Sehari Sebelum 5 Mei

As Salam semua

Busy punya pasal, langsung aku tak sedar yang aku tak update satu entry pun pasal 4 Mei yang lepas. Sampailah ada satu loyal reader aku ni tanya dan ingatkan aku. *thank you hani!* Oh, yes! 4 Mei lepas sehari sebelum PRU 13, ulang tahun kelahiran aku yang ke 24. Syukur Alhamdulillah atas segala rezeki dan nikmat yang diberikan-Nya! Banyak wei, sungguh banyak. Tak terhitung senang ceritanya. 

Kalau sebelum-sebelum ni, birthday aku disambut di KL bersama kawan-kawan tapi tahun ni lain sikit. Since aku balik mengundi, jadi sempat lah sambut birthday dengan keluarga. Walaupun tak buat apa sangat pun, just simple menu from Mak... tapi masakan Mak kot... sapa mampu lawan kan? Menu on-the-day is Nasi Ayam Madu dan Chcolate Jelly Cocktail. *sorry takde gambar* 

Malam tu, orang pertama yang wish aku adalah Kirin. Yes, he always be the first. Thank you so much. Memang aku since first year dengan dia. Sampaikan masa third year dia pindah TTDI dan aku masih kat kolej, aku menangis kot dia tinggalkan aku. Sebab tak tahu macam mana nak survive sorang-sorang takde kawan. 


Next pulak adalah adik aku. Pergh, ini lagi sweet dia punya karangan. Padahal bilik dia dengan aku bukan jauh mana. Boleh aje kalau nak selit kad ucapan bawah pintu ke apa. Tapi teknologi memalaskan manusia. Dia guna IG saje. 



Lepas dah celebrate with family, tiba-tiba Akim call suruh siap-siap. Ajak keluar. Heleh. Saje nak kasik aku terkejut lah tu kan. Mula-mula dia kata on the said day dia pergi Singapore, tup-tup pagi-pagi dah call suruh siap. Haish! Disebabkan esoknya PRU, maka tak jauh kami melangkah. Takut jam jalan. Mampus nak mengharung. So last-last kiteorang ke JB je. 

Tapi sebelum tu, singgah JPO. Ehem. Kutip hadiah katanya kan! :)


Thank you so much Akim. Dia belikan aku beg. Memang tahu kan aku gila beg. Cuma sedih sebab pilihan pertama aku dah habis stock. Jadi terpaksa pilih pilihan kedua. Tapi takpe lah. Still ok jugak. Ok sebab orang lain bayarkan kan! Heheheh. 

Sepanjang hari tak putus-putus wish diberikan pada aku. Ada yang nyanyi kat wechat, ada yang mesej, wassap, dan paling pasti facebook jugak. Thank you so much atas semua doa anda. Moga Allah berikan yang baik jugak sebagai ganti kebaikan anda tu. Tak lupa jugak buat semua yang mendoakan kesihatan ayah aku. Thank you guys!



Walaupun tak meriah mana, tapi tetap syukur sebab punya kawan-kawan yang baik hati yang boleh menggembirakan aku. Susah senang sentiasa ada. Bagi sokongan dan dorongan. Yang bermasalah ditolong, yang menangis dihiburkan. Syukur. Sebab hari ni bukan senang nak dapat kawan-kawan yang baik macam mereka. 

Than bila aku balik KL lepas PRU, ada one session lagi. Yahoooo!!! But this time with geng UM Cares. Kak Pija belanja mousse coklat yang super lazat. Super duper sedap! Sambil tu melepak kat Ipoh Kopitiam, Seksyen 14, PJ. Thanks Kak Pija. 






Terima kasih banyak-banyak pada semua. Tak terbalas satu-satu kalau nak diikutkan. Budi baik, jasa, doa dan kata-kata yang manis dari korang buat aku sebak sekejap. Sungguh, masih ramai umat manusia yang berjiwa murni kat luar sana. 

Dalam usia 24 ni, aku harap hidup aku terus diberkati. Diberikan kasih sayang, rezeki dan umur yang panjang. Terus diberikan insan-insan penyayang disekeliling dan terus kuat menghadapi cubaan dan dugaan sepanjang hidup. 



Ikhlas, 

Innanie Ariffin 


p/s: May Allah ease our business!

11 comments:

  1. 4 mei tarikh lahir akk? Selamat hari lahir.. sma tarikh dgn tarikh lahir mama saya....♥

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir .... <3 #May Allah Bless You... :D

    ReplyDelete
  3. hepy belated bezday! kte pulak mngu 13 mei utk genap 23! hehe

    ReplyDelete
  4. bulan 5 kan..samalah kita..hehe

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday !

    mine 8 mei :)

    ReplyDelete
  6. aku baru nak wish happy birthday , aku ingat tapi keadaan tak mengizinkan sangat..
    semoga success & bahagia selalu ;)

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday kak Innanie! ^^ Semoga sentiasa happy selalu ;D

    ReplyDelete
  8. sorry lambat wish :'( happy birthday kak. may you life will be better and better each year,, hope for the best for you :)

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday nanie..sorry sangat lambat wish due to busy kondisi..adeshh =__='.stay happy as always ya dear :) luv u!

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday dear! semoga sentiasa sihat dan bahagia disamping orang tersayangggg :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork