Wednesday, May 8, 2013

Tsunami Cina @ Tsunami Melayu Yang Memecah Perpaduan Sebenarnya?

As Salam semua

Ada orang mesej aku tanya aku sibuk berkempen ke sampai tak update blog? 

Kehkehkeh. Tak delah aku berkempen apa nya. Malas lah nak kempen bagai. Pandai-pandailah masing-masing nak memenangi hati rakyat. Jangan time ni je muncul muka, esok lusa sampai 4tahun akan datang tak nampak langsung batang hidung. Sendiri mahu ingat ha!!!

Ok. Bukan politik yang aku nak cerita. Tapi ni pasal racist segala macam ni. 

Dari satu segi, aku bangga bila tengok iklim politik Malaysia. Nampak macam dah matang dan melangkah setapak kedepan. Sebabnya, sebagai anak muda dan first time voter, aku bangga bila semua orang tak kira umur, bangsa dan lapisan masyarakat mula ambil peduli pasal politik. Tak kira dari kedai kopi membawa ke meja pejabat semua orang ambil peduli. Much better dan few years back yang mana hanya golonga tua atau golongan yang betul-betul terlibat politik saje yang ambil tahu kisah luar dalam politik ni. Lagi aku bangga bila anak muda sendiri sudah mula pandai mengkritik, memberi pendapat dan bersuara dalam arena politik. 

Tapi aku tak sangka, ke-advance-an semua pihak dalam diam menghidupkan api perkauman. Part ni aku sedih. Pada aku politik bukan pasal kaum. Politik sepatutnya menjadi wadah penyatuan setiap masyarakat yang mana kita semua memilih pemimpin based pada kepimpinan dan prestasinya. Kalau kau seorang pemimpin sejati yang ikhlas, bijak, matang dan profesional... kau tak perlu salahkan orang lain. Kau jangan senang-senang menunding jari pada orang lain. Tunding pada diri sendiri dulu. 

Aku sangat tak sokong bila kaum Cina dipersalahkan. Bukan bererti aku menegakkan benang yang basah, tapi cuba kau teliti satu per satu mesej yang cuba disampaikan. Mereka boleh bersatu dalam memilih pemimpin. Mereka tak berpecah kepada puak itu dan ini. Kalau mereka yakin, mereka terus ke situ. Tak perlu ragu-ragu. Jadilah seperti mereka. Yakin dengan pilihan yang ada. JANGAN BERPECAH BELAH!!! Suara satu yang kuat. Ini tidak, itu nak jadi PM, ini nak jadi PM, semua nak jadi PM. Sangat tak matang! Itu di peringkat nasional. Tak payah jauh, dalam satu surau mesti ada puak-puak, dalam satu kampung atau taman mesti ada dua tiga kumpulan. Ada je yang tak sekepala. Tak salah untuk berbeza pendapat, tapi biarlah bersatu hati. Jangan pasal pendapat kita tak diterima, maknanya kita tak diterima dalam kumpulan tu. Semua nak buat kumpulan yang mana ahli kumpulannya menerima bulat-bulat apa yang disuarakan. No beb! Itulah punca kumpulan yang lemah. Keluarlah orang-orang yang kuat mengampu. 

Satu hal lagi kenapa wujudnya so-called "tsunami cina". Aku perasan, mereka mula sedar akan kepentingan mengundi. Aku tak sure sama ada wujud tak statistik pengundi mengikut kaum, tapi yang aku yakim mostly warga Cina balik mengundi kali ni. Mereka mula sedar betapa pentingnya satu undian tu untuk menyokong suara mereka. Anak Melayu??? Mana anak Melayu? Bukan aku nak cakap apa, kawan-kawan aku berapa ramai yang sepatutnya dah layak mengundi tapi tak daftar sebagai pengundi. Alasan, tak tahulah nak daftar macam mana... Berapa ramai warga KL tak balik masa mengundi, alasan tiket bas habis semua, malaslah nak balik, cuti sehari je dan seribu satu lagi alasan. Jadi sekarang ni sebenarnya tsunami cina atau tsunami Melayu yang membadai?



Jadi, aku rasa perlukah kita menyalahkan orang lain jika silap itu datang dari kita? Perlukah sentimen perkauman dinaikkan di saat kita sepatutnya bersatu hati? Perlukah kita bersikap tak matang dan tak terima kekalahan? Ingatlah, ini dunia politik. Kalau kau main kotor, tak hari ni esok... rakyat mesti hidu jugak. Tak di dunia, di akhirat sana kau menjawab! 

Sudah mula rasanya orang Melayu bersatu hati. Tapi bersatu bukan untuk menolak kaum cina. Bersatu untuk kebaikan kita semua. Toleransi itu penting. Ego dalam diri perlu kita buang jauh-jauh. Ini agenda besar dan besar jugak pengorbanan yang kita perlu buat. Agenda untuk anak cucu kita yang akan datang. Biar dia rasa macam mana seronoknya hidup dengan berlainan bangsa, budaya dan agama. Itu semua kekuatan kita sebearnnya. 



p/s: aku bangga jadi anak Malaysia. 



9 comments:

  1. dari segi positif ni.. cina bersatu..tapi melayu sanggup berbalah demi mempertahankn parti.. harap 5tahun akan datang generasi muda akan sedar dimana kedudukan kite sebenarnya

    ReplyDelete
  2. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh....

    ReplyDelete
  3. Congrats..dari kaca mata seorang anak muda...mereka kata kaum cina nak buat itu ini bila dh menang..tp mereka lupa, apa yg mereka buat pd bangsa sendiri..Tmpt kami YB cina, tp dia sntiasa ada jika dijmput even majlis org Melayu..tp YB melayu yg dijemput, lgsung x tnjuk muka...cemana??

    ReplyDelete
  4. pada aku statement tsunami cina tu pun patut tak payah keluarkan

    ReplyDelete
  5. semoga Malaysia aman sejahtera harapnya..

    btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

    insanbiasabiasa@blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Peratus mengundi kali ini paling tinggi di Malaysia. Alhamdulillah. Ada kesedaran di kalangan orang Melayu.

    Ada la suku-sakat yang suka bising tu tak daftar tapi beria nak bising. Setuju sangat dengan kenyataan kak tu.

    Bak orang kata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam berpada-pada.

    ReplyDelete
  7. saya setuju sangat2 dengan entri ni. politik ni bukan tentang kaum. tapi pilihan. pilihan rakyat. samada nak pilih yang benar ataupun yang salah. pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dahulukan rakyat dalam segala hal, dan menghindari rasuah. bukan pemimpin yang hanya jaga kepentingan sendiri dan poket sendiri.

    ReplyDelete
  8. berharap umat islam akan bersatu dan kaum lain tidak akan ketawa sinis lagi ble tgk perpecahan kaum melayu yang beragama islam.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork