As Salam semua
Sabtu dua minggu lepas ada UM Cares Outing Day gitu. Sebenarnya kebetulan salah sorang housemate kakak aku melangsungkan perkahwinan kat JB. So dah alang-alang tu, the whole team nak turun JB sama. Sebagai rakyat Johor yang bangga dengan kepesatan negeri Harimau Selatan tu, aku mestilah kena ikut sama kan. Hehehe. Lagipun, tak meriah lah kalau aku takde. Aku kan penghibur mereka. Ecewah!
Bertolak dari KL around pukul 7.30pagi. First tempat yang dorang nak singgah is JPO. Hmmm, haruslah orang KL nak singgah JPO. Tak shopping takpe, but at least pernah sampai. Kiteorang sampai kat JPO lebih kurang pukul 12 tengahari. So, sebagai so-called tourist guide. Aku bagi 2 jam je untuk mereka bershopping. Kehkehkeh. Aku takde beli apa pun, sebab minggu sebelumnya baru pi JPO jugak kan. So, takde pulak mengidam nak apa-apa.
Lepas dah habis kat JPO, terus gerak ke JB. Masing-masing pun perut dah lapar. Bila perut berlagu pilu haruslah kewarasan otak tak menentu kan. Heheh. Jadi Kak Wani (yang pakai tudung pink tu) memang asal orang JB terus bawak kami ke Kg. Melayu Majidee. Yes. Kat situ memang heaven lah kalau nak makan!
kita mulakan dengan ketua rombongan mak kiah. sedap and so terbaik yeee ABC Special dia |
Akak aku memang kaki Yong Tau Foo. Sapa belum merasa YTF Johor, you must! |
Gembira bila perut kenyang diisi |
Kerja kuat, study kuat, makan pun kena kuat. Kan? |
Insya-Allah next maybe. Tunggu je lah kan. |
Ehem. masih panas. |
Akmal, pak lawak pak karut dan segala pak lagi. Apa-apa je lah Akmal! |
Hamek kau, penuh dua meja kiteorang punya makanan. Masing-masing suka dengan Yong Tau Foo Johor yang berkuah sup tu. Kalau kat KL kan makan dengan sambal, so bila makan YTF Johor bersup ni semua suka lah. Sedap lain macam dorang kata. Sate pun sama. Memang menggiurkan. Rasa perapan dia yummmy! Lazat tak terkata lah senang cerita. Dan satu lagi tarikan is Otak-Otak Kempas. Orang Johor memang patut bangga dengan otak-otak ni. Kak Zazrene makan sampai 3 bakul. Sedap punya pasal. Maklumlah Perak takde otak-otak kan! Heheheh
Tak cukup dengan tu, lepas solat... Kak Wani bawak kami ke kedai Murtabak Famoud depan masjid Kg. Melayu Majidee. Ok. Walaupun perut agak kenyang melayan YTF, sate dan otak-otak. Jangan risau, ada space lagi untuk murtabak tu. Sumpah sedap lah. Kedai ni memang dah lama dah aku tau. Ayah aku masa dia kerja di JB memang bulan puasa full kiteorang makan murtabak ni. Beratur panjang selalu time puasa!!!
Dasyat kan reaksi masing-masing. Heheheh. Dah sudah semua makan, dorang nak pergi The Zon pulak. Nak beli coklat masing-masing. Sambil tu boleh tengok Selat Tebrau. Actually takde lah murah sangat coklat kat The Zon ni walaupun duty free. Langkawi lagi murah lah. Tapi murah tak murah, aku ter-shopping jugak T___T
Sebelah malam pulak, Kak Wani buat makan-makan untuk sambut birthday mak dan kakak ipar dia. Kiteorang bersyukur sangat sebab Kak Wani sudi bagi tumpang kami semua bermalam di rumah dia. Alhamdulillah. Selesa dan sangat-sangat seronok sebab the whole family memang friendly dan of course lah, jamu kiteorang dengan makanan lagi.
ini keluarga kak Wani. Terima kasih sebab sudi terima kami dan bagi tumpang bermalam di rumah! :) |
Ya Allah macam nak meletup perut ni. Banyak makanan. Murah rezeki Kak Wani dan keluarga. Alhamdulillah. Than around pukul 11 macam tu kiteorang dibawak berjalan ke Danga Bay. Ada funfair, tapi tak best pun. Semua just jalan-jalan je. Masing-masing dah penat kan. And esoknya adalah Majlis Sanding Kak Raihan!
Lepas habis majlis, around 2pm kiteorang semua gerak balik ke KL. Alhamdulillah 6.30pm sampai dah. Jammed jangan cakap lah. Lagi-lagi kat area Seremban tu kan. Jammed kemain. Sepanjang perjalanan balik tu, ada banyak jugak eksiden yang kiteorang jumpa. Nauzubillah....
So, pada Kak Raihan, semoga jadi isteri solehah dan cepat-cepat dapat baby tau. We gonna miss you and please jangan lupa kiteorag k!!! :)
11 Inspirasi Dari Pembaca
yong tau foo. sedaapnye dah lama tak mkn. :). bestnyee trip.
ReplyDeleteSedappppppnya makanan ^_^
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru buat yang berkenaan ;D
wah!!! bestnya boleh jenjalan!!! jelez giler kot,, muja mmg elak sngt gi majlis kawin,, ti rasa nak kawin gak tgk pengntin pmpuan cantik,, hehe
ReplyDeletesuka ABC tu... sngt menggiurkan!!!
ReplyDeletewow, meriahnya makan..semua tu kesukaan Asyik..ytf, abc,sate,otak2..lazattt...
ReplyDeletetudiaaaaaaaa abc~!
ReplyDeleteSabar kak. Nanti ada jodoh ketemu la lelaki idaman.
ReplyDeletep/s: Menggatal dengan menggoda lain tau. Uhuks.
Perghhhh! Satu hari suntuk di banjiri dengan makanan. What a heaven kan.. Hahahaha :)
ReplyDeletebestnyee g trip..tah bila kak shida nk merasa g trip ke holiday ke dah lemau duk lam office ^_^
ReplyDeleteI love Johhor the most :) wah..meriahnya trip ke johor beramai ramai.sure enjoy!
ReplyDeleteXpenah jejak kaki ke johor. Nk pergi sana one day. Tp xthu la ble.
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!