Tuesday, June 18, 2013

Apresiasi Dari Blogger Younique, NurDani

Assalamualaikum semua

Dunia blog betul-betul buat aku terharu. Dari blog aku jumpa terlalu ramai manusia yang memang baik hati dan punya jiwa yang murni. Menerima kita ini seadanya dan tak pernah pun mengasingkan kita dari segi apa sekali pun. Malahan mereka tak pernah putus menyokong kita. 

Memberi kata-kata semangat, bertukar pendapat dan idea, merangsang satu sama lain untuk benda yang baik dan tak pernah rasa ingin menjatuhkan siapa yang ada di atas. Sekali lagi aku tekankan, dunia blog lebih melihat siapa di sebalik blog itu. Bagaimana karakternya, bagaimana keyakinan dirinya, bagaimana dia menjadi seseorang dalam apa yang ditulisnya. 

Syukur, keyakinan aku yang turun naik kadang-kadang ni tak pernah pulak melemahkan aku. Biar pun kadang-kadang terasa segan jugak bila kita ke majlis-majlis yang sekelilingnya punya orang yang cantik dan menawan, siapalah kita kalau nak dibandingkan tapi... persetankan semua itu. Aku percaya bahawa setiap dari kita dikurniakan dengan kelebihan yang berbeza-beza. 

Dan tak sangka, keyakinan itu menginspirasi orang lain juga. Alhamdulillah :)


Heheheh. Comel je si Dani ni lukis muka kita. Mula-mula bukak instagram seriusly terlopong. Elehai, sanggup dia bagi hadiah ni. Dah lama aku memang mengidam nak karikatur art dari Dani. Tapi Dani selalu fully booked. Jadi terpaksa tunggu que. Dua hari lepas, Dani hadiahkan art ni kat aku. Terharu woi!!! Ye lah, aku tak pernah jumpa Dani. Selalu usha dia kat blog dan instagram dia je. 



Terima kasih banyak-banyak Dani atas lukisan yang cantik ni. Kita terharu sangat sebab lukisan ni adalah lukisan dari seseorang yang sangat kita minati hasil kerjanya. Buat Dani, ini pesan kita sikit : 

Keyakinan diri itu hakikatnya lebih cantik dan lebih bersinar bila diseiringi dengan perwatakan yang baik. Binalah keyakinan diri mengikut acuan kita sendiri. Sebab dengan keyakinan diri lah baru kita percaya langkah seterusnya. 

Tak tahu aku macam mana nak balas budi baik si Dani ni. Memang dari awal dia melangkah ke bidang blog ni aku yakin Dani ni jenis manusia yang suka menggembirakan hati orang. Ternyata tepat. Perwatakan dia mudah untuk dibawak berbincang. Minimalis dan mudah mesra dengan orang. Jadi aku nak mintak jasa baik pembaca Blog Coklateyes ni untuk berkenalan dengan Dani di blognya. Mesti korang kagum betapa smartnya dia menghasilkan art. LINK INI



p/s: Jom ramai-ramai ke BLOG YOUNIQUE, Dani!!!




13 comments:

  1. yup, kita wajar utk ada keyakinan.... ayuh maju ke depan.

    ReplyDelete
  2. kak dani punya art memang cantik bila nak tgk,pastu cantiknya macam nak keluar air mataaaaaa... lawaaa :D


    nanie,kita sokong apa yg nanie kata,alaaaaa nanie jangan rendah diri tauuuuuu, be confident keh... :)

    ReplyDelete
  3. saya ambil pujian itu sebagai peringatan untuk saya tak lupa diri. terima kasih Innanie. paling penting, tak sangka suka dengan lukisan tak saya yang taklah sebijik dengan asal.hehe.

    terima kasih :D

    ReplyDelete
  4. alahai comel dan cantiknya karakter nanie ni,,:)

    ReplyDelete
  5. cantiknye....jeles ai tau..

    setiap manusia ada kecantikan tersendiri....

    ReplyDelete
  6. memang cantikkkk...mesti orang ni kreatiff....Hdiup harus Yakin.

    ReplyDelete
  7. waa..memang hidup lukisan dia. lawaaa la!!

    ReplyDelete
  8. nk mintak pujukkn dani buat untuk muja sama ye :D

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum innanie....cantik2 nyer..;)

    ReplyDelete
  10. hahaha gambar ni comel tapi i nak ketawa tengok. tapi cantik sgt dan comel! ;)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork