Friday, June 21, 2013

Avène Thermal Spring Water & Vanity Trove Beauty Workshop @ Cafe Barbera, Bangsar

Assalamualaikum semua

Bercakap pasal kecantikan, last week aku dijemput oleh Wiida untuk menyertai satu beauty workshop anjuran Vanity Trove dan Avene, satu syarikat produk skincare terbaik dari France. 

Buat yang tak tahu, produk Avene ni agak mahal jugak harganya di pasaran. Aku pernah beli sekali je masa second year dulu. Itu pun sebab masa tu ada promotion. Kalau takde, mati hidup balik aku tak mampu nak beli. Sebotol harganya cecah ratus-ratus jugak. That's why masa Wiida tanya aku untuk join event ni dan kebetulan lokasinya dekat dengan UM, aku terus riang gumbira setuju! 

Event ni berlangsung di Cafe Barbera, Bangsar. Cantik sangat tempatnya. Padahal aku selalu lalu situ tapi boleh tak perasan pulak ada cafe yang ala-ala British kat situ. 


As usual aku sebelum pergi satu tempat tu aku akan google dan kaji sikit apa yang sedap dan menarik kat situ. So, selaras dengan namanya... of course lah coffee di Cafe Barbera mendapat pujian yang terhebat. Malahan keluarga diraja pun ada singgah sini minum kopi. Wah! Jadi, sementara tunggu majlis bermula bolehlah chatting dulu dengan para blogger yang ada sambil minum kopi yang lazat ni. Aku mintak Latte. Ehem. Kopi Cafe Barbera ada class tersendiri!


Oh lupa... masa semua blogger sampai dah disediakan dan diberitahu bahawa akan ada satu sesi workshop yang mana kita semua kena tanggal make up siap-siap untuk merasai sendiri freshnya Avene Thermal Spring Water (TSW) tu. Jadi bila dah tau gitu. Aku just guna lite make up aje. 

Saje nak letak pic ni nak tayang lesung pipit yang kadang muncul kadang hilang tu. hiks. perasan. sorry. 
Keperluan yang disediakan. Oh, excluding soap tu ye Itu aku cerita sapa bagi. Jauh datang tu!
Dan kami semua pun diperkenalkan dengan Avene Thermal Spring Water. Memang Avene TSW ni ajaib dan memang sangat tepat dengan tag line nya "More Than Water!". Bukan saje berfungsi sebagai satu skincare yang bagus tapi ia juga multi tasking. Macam-macam kegunaan yang Avene TSW ni boleh lakukan. Mana tidaknya, sumber Avene TSW ini adalah daripada sumber spring water semulajadi di Perancis. 



Avène Thermal Spring Water originates as rain. However, the 40-year journey through the Cevennes Mountain aquifer produce thermal spring water ideally suited for the care and management of sensitive skin.
It gradually becomes infused with trace elements and silicates, achieving a perfectly balanced mineral composition ideal for sensitive skin. Avène soothes, softens, and restores skin’s natural balance. Over 300 stringent biological, pharmacological and clinical studies have clearly demonstrated the skin-healing and soothing benefits of Avène Thermal Spring Water. Even beyond sensitive skin treatment, this therapy has been used for centuries at the Hydrotherapy Center to address a variety of more severe dermatological conditions such as atopic dermatitis, psoriasis, itchytosis and burns.
The Avène skincare brand was created to capture the same healing benefits to soothe sensitive skins worldwide. Formulated with Avène Thermal Spring Water and bottled directly from the source of the spring, the Avène skincare brand addresses the needs of all types of sensitive skin.   

Dalam banyak-banyak aku sangat impress dengan kegunaannya yang pelbagai. Banyak fungsi Avene TSW ni. Lagipun, ia siap boleh diminum tau.


Kata orang cakap banyak pun tak guna kalau kita tak merasai sendiri. Jadi kami semua diberikan peluang untuk merasai betapa freshnya Avene TSW ni. Ada beberapa skincare diberikan kepada kami. Kami semua kena guna ikut kesesuaian dan jenis kulit masing-masing. Macam aku, kulit aku jenis combination. Which is sometime kering, but mostly kulit aku jenis oily di bahagian T zone

Langkah yang betul nak cuci dan rawat muka kita. 

Dah namanya beauty workshop kan, haruslah kami semua diajar skill kecantikan dan pembersihan muka dengan betul. Seronok sangat sebab banyak input diberikan. Dari A-Z kami semua diajar. Dan paling best haruslah ketika gunakan Avene TSW. Sejuk woi. Dah lah dalam air-cond kan. Rasa fresh je lepas buang make up dan apply produk Avene kat muka. Rasa meresap ke dalam liang roma

Buang kotoran make up. See. Lite make up je aku guna on that day. 





Salah seorang beautician sedang tunjuk langkah-langkah gunakan mask + Avene TSW

Sembur kat muka lepas cuci dan biarkan dia mengering sendiri. Meresap. 

Malu-malu konon Wiida dengan Farah ni! 

Aku rabun kan. Jadi kena jugaklah bubuh spec mata. 


Taraaaa!!! Lepas tanggalkan mask yang dispray Avene TSW itu. Kulit rasa mulus je. 




See. Kau nampak tak betapa glowingnya masing-masing lepas guna Avene produk ni. Confident je amik gambar without any make up selepas workshop tu. Semua muka segar bugar je. 




Lepas habis workshop tu, kami semua dijemput untuk menikmati lunch yang dah disediakan. Ha ini antara yang best bila pergi event. Makanan yang disediakan memang super sedap. Untuk makluman, Cafe Barbera ni jugak memang terkenal dengan makanan Itali. Jadi tema lunch aku hari tu, Italian Foods lah. 


Sebelum makan tu, Wiida kenalkan aku dengan salah sorang beauty blogger yang memang famous di You Tube. Aku pernah jugak sekali dua tengok video beauty product review yang dia buat. Dengan nama Coralista18, Ayeen Kadir tak asing lagi bagi peminat blog kecantikan! Dan paling aku tak sangka... lah dia budak UM jugak rupanya. Fakulti Alam Bina. Which is depan kolej kediaman aku je ni ha. What a small world kan! Ayeen Kadir sangat cantik ye. Comel je. Macam artis. Even masa aku tengok video dia aku tak sangka pun dia local student. Aku bajet dia overseas student. Hikhikhik. 


Ini antara gadis manis yang menceriakan event tu bersama aku. Hehehe. Walaupun pertama kali jumpa, tapi kepochinya tak ingat dunia. Sebab masing-masing memang jenis pok-pek-pok-pek kan. Ada kat Sabby (tudun pink), adik manis Farah (tudung turquoise), Wiida yang comel macam Nora Danish (buat peace tu) dan yang tengah hot stuff tu tak lain tak bukan, Ayeen Kadir yang peramah dan malu-malu. Hiks! 

Lepas makan pulak, Yahooooo!!!! Ada surprise untuk semua yang attend workshop ni. Bestnya bestnya. Setiap seorang dapat one set Avene Skincare Product yang diberikan based on our skin types. Before event tu, kiteorang semua kena fulfill beauty profile masing-masing. Jadi, senang pihak management nak beri kita skincare yang macam mana. 


Seriously event dan workshop ni sangat best. Happening dan banyak tips serta info berguna yang aku dapat. Kalau dulu aku just fikir cuci muka je dah elok lah muka tu nanti kan, rupanya tidak. Skincare jugak memainkan peranan penting kalau nak dapat kulit muka yang flawless. Walaupun aku tahu harga produk Avene di pasaran agak mahal, tapi aku rasa tak salah kalau kita nak spend dekat satu produk yang telah klinikalnya berkesan untuk kebaikan dan keremajaan kulit kita kan? Orang kata alah membeli menang memakai gitu. 

Dan kami pulang dengan muka kebahagiaan :)
Kalau nak tahu lebih details mengenai produk Avene ni, Insya-Allah aku akan review dalam next entry berkaitan kegunaan dan kesan setiap produk yang diberikan pada aku tu. Tak larat pulak nak taip panjang dalam satu entry. Takut korang malas baca, jemu! Hikhikhik. 

So, stay tuned ok! 




p/s: Cantik? Tak boleh diukur dengan satu ciri saje. Yakin juga satu seni kecantikan. 



10 comments:

  1. goodies tu yang awesomeeeeeeeeeeeee! makanan pun awesomeeeee,haaa bestnya :D

    ReplyDelete
  2. bestnya la boleh join event merata riti,, jelez tau :D

    ReplyDelete
  3. wow bestnya..mcm dpt facial free..:)

    ReplyDelete
  4. mata terpana pada tempat dia cantik dan makanan menggiurkan. hehehe.. :p comel nanie ni.. nanti tunjuk la skin dah glowing mowing kat blog ;)

    ReplyDelete
  5. untungnya pegi kelas make up..kita suka!

    ReplyDelete
  6. waaaa....larik!!zombieeeee.....

    ekekekek

    ReplyDelete
  7. Malu nya Kak Nanie puji puji kitaaa, Hehe. Btw, best sangat dapat jumpa korang semua hari tu. Hope lepas ni boleh jumpa lagi! :D

    ReplyDelete
  8. seronoknya.. dah la dpt byk info, dpt makan lagi.. lepas tu ada surprise lg.. wah.. hehe

    ReplyDelete
  9. best sharing :-) dah lama nak try spray avene ni tp ragu2 takut ade efek kat kulit ehhehehe skrg dah yakin lps tgk review ni..wajib try ni

    blogwalking:joywanabe.blogspot.com

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork