Tuesday, June 18, 2013

Bagaimana Blog Memberi Pulangan Lumayan?

Assalamualaikum semua

Masa mula-mula aku buat blog, as tipikal macam blogger lain... langsung tak pernah terfikir yang blog boleh menjadi satu sumber rezeki yang agak lumayan. Yes, sebagai pelajar aku akui cukup untuk aku kata lumayan. Beb, aku lupa pulak nak cakap, ini aku tulis entry ni bukan semata-mata aku nak kerek ke, show off ke hape, sebab kalau dibandingkan dengan blogger lain, aku mungkin tak seberapa je pendapatannya. Tapi aku tulis entry ni sebab aku rasa sangat-sangat bersyukur dengan pencapaian dan hasil yang blog ini berikan. 




Beb, siries beb baru ni aku sangat-sangat perlukan duit. Ye lah korang pun tau kan laptop Sony aku yang skrinnya pecah tu gunakan duit sampai dekat RM 650. Mana aku nak dapat duit banyak tu beb? Mana??? Dan secara jujur mustahil untuk aku mintak dengan mak ayah aku. Ayah aku kan sakit. Tak kan aku nak bebankan dia pulak. Eventhough, selama aku belajar ni pun tahun pertama je aku gunakan PTPTN, lepas tu aku stop dan kumpul duit sendiri untuk bayar pembiayaan belajar. Kadang-kadang je mak ayah bagi duit poket. Bukan tiap bulan atau tiap minggu. Dan tak pernah banyak mana pun. Seratus je. Heheheh. Makan minum, semua keperluan aku kat UM ni aku biaya sendiri. Alhamdulillah, memang rezeki tak putus. :) Syukur.
 
 Aku buat apa? Aku kerja apa? Sapa sponsor aku? Ada datuk ke tan sri mana yang taja? 

Ehem. Hello. Sory beb, apa kau ingat aku perempuan jenis tu? Ada yang menanggung? No beb. No! Macam-macam benda aku buat. Dan yang utamanya ialah blog dan bidang pengacaraan. 

Aku bersyukur sebab aku dianugerahkan kelebihan dalam dua bidang tu. Boleh bercakap dan boleh menulis dengan baik. Aku tak sia-siakan kelebihan tu. Dan Alhamdulillah, kelebihan tu lah yang 'menaja' aku sepanjang aku hidup kat KL ni. Pernah jugak mak ayah aku tanya, risau kan aku kerja apa kat KL ni sebab setiap kali dorang tanya aku ada duit poket tak, aku tak pernah menggeleng kepala. Orang tua kan, Maka aku anak perempuan.. mestilah mereka risau. Tapi jangan risau... lama-lama mereka tahu yang blog aku ni mendatangkan hasil. 

Yes, bukan sampai ribu riban sekali dapat, tapi kalau dikumpul... Alhamdulillah. Aku cukup puas hati. Lepas lah untuk diri sendiri dan pernah jugak aku belikan hadiah untuk mak ayah dengan duit blog. Duit pengacaraan pun tak kurang hebatnya. Alhamdulillah. Syukur. Syukur sangat. Lagi-lagi kalau musim orang kahwin kan. Dan yang latest, Insya-Allah akhir bulan 6 ni aku jadi pengacara untuk 2 hari di Putrajaya bagi satu seminar. Terima kasih Allah atas rezeki-Mu. 


Sebab tu bila ada newbie tanya, macam mana nak dapat duit banyak-banyak melalui blog aku sarankan "Menulislah dengan baik." Sebab sebelum dapat trafik yang baik, ciri dan cara penulisan blog yang baik itu kriteria utamanya. Jangan pakai taram je nak menulis apa yang kita suka tanpa ada intipatinya. But again, skill menulis itu perlu diasah. Bukan sekali tulis terus jadi bagus. Kena banyak kali. Baru jadi. Yang penting usaha dan jangan mengalah. Jadi diri sendiri dalam penulisan blog sebab mereka yang aku lihat FAKE dalam blog ni biasanya tak kemana. Sebab apa? Sebab readers kat luar sana boleh rasa siapa kita. 


P/s: Sehingga kini banyak lagi perkara yang aku perlu belajar dalam dunia blog. 


13 comments:

  1. Betul tuh dik...akak sokong...Alhamdulillah dengan blog boleh menjana pendapatan kan...walaupun tak beriban tapi cukup untuk tampung kperluan diri kan...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..bersyukur dgn rezeki yg Allah berikan...

    ReplyDelete
  3. Asyik suka baca blog Nanie..:)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... rezeki :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... rezeki :)

    ReplyDelete
  6. survival!!...
    inspired me beb..
    tertanya2 mcm mana leh biaya kos penajian UM tanpa ptptn..
    rupanya jadi pengacara..
    perghhh.. terbaik ah naniee.. all the best!!

    ReplyDelete
  7. murah rezeki blog awk ni..
    =)

    ReplyDelete
  8. good sharing n tips.. :)
    ter'inspirasi masuk blog innanie' :)

    ReplyDelete
  9. Kak kite tulis entri pasal life kite je. Mana kita pergi. tempat-tempat yg kite lawat... So far, ada la jugak income dr blog w/pun x byk mcm yg kak dapat.. :')

    Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork