Sunday, June 9, 2013

BARU! Berus Gigi Systema Sensitive 0.02mm. Nampak Sangat Kecil Tapi Hebat!

[ADVERTORIAL]

Assalamualaikum semua :)

Situasi 1 :
Lepas makan, situasi yang sangat menyakitkan hati adalah bila makanan tu terselit celah gigi. Halahai... bukan senang kan keluarkan. Selagi tak keluar, selagi tu lah rasa tak selesa. Nak bercakap dengan orang pun rasa tak confident je. Malu je kalau kita cakap depan orang, kat gigi ada warna hijau. Sayur bayam tengahari makan terselit kat gigi. Aucccch!! Lari sorok muka bawah bantal. 

Situasi 2 :
Sarah, seorang ibu yang sedang hamil 6 bulan selalu mengalami masalah gigi sensitif. Tiap-tiap pagi bila bangun pagi, lepas gosok gigi dia mesti mengadu pada suaminya kata gusinya berdarah semasa gosok gigi. Kesiannyaaaaa dia kan! Setiap pagi menanggung sakit. Si suami pun buntu macam mana nak mengatasi masalah si isteri. 

Situasi 3 : 
Masalah gigi kuning bukan satu benda yang menyenangkan. Macam-macam produk dah digunakan tapi tak dapat nak kembalikan warna asal gigi kita yang putih susu tu. Alaaaa segan kan, kalau gigi kuning nak bercakap dengan orang. Rasa tak confiden je! Haishhhh macam mana ni? Mana nak dapatkan bantuan???

Haaaa!!!! Meh sini sikit. Aku ada penyelesaian untuk kesemua masalah dalam situasi atas tu. Korang jangan terkejut, kalau aku cakap jawapannya adalah.........

SEBATANG BERUS GIGI! 

Eh , pasal apa pulak ada yang tak percaya??? Sebab korang rasa semua berus gigi sama je kan. Tak de beza apa pun. Asalkan boleh memberus sudahlah kan. No way man!!! Jangan ingat berus gigi perkara remeh temeh aje. Semalam, bila aku pergi Systema's  Bloggers Brushing Day macam-macam perihal mengenai pemilihan berus gigi yang baik aku dapat tahu!


Oh, sebelum tu meh aku kenalkan kat korang HERO yang aku maksudkan untuk bantu tiga masalah tadi.


BERUS GIGI SYSTEMA SENSITIVE 0.02mm

Baiklah, kita back pada event tu ye. Masa mula-mula kiteorang sampai kat Bangunan BAKTI Siti Hasmah , TTDI tu... acara pertama kiteorang adalah MAKAN! Ya Allah, kau rasa ada ke orang Malaysia yang menolak bila disuruh makan? Takde. Takde. Dengan juadah yang super menggiurkan, warna warni dan presentation yang cantik... mana mungkin blogger kuat makan macam aku menolak peluang dan rezeki ini. Mari kita ngap-ngap-ngap!!!








Memang terbaik makanan yang disediakan. Sedap dan puas hati. Rasa macam nak tapaw je time tu. Tapi, jangan tak tahu.... sesi makan-makan ni hanya satu umpan je!!! Umpan untuk apa??? Umpan untuk next agenda yang lagi seronok! Hehehehe :) Dah habis semua makan, setiap blogger diberikan satu pek ubat gigi dan dua batang berus gigi dari jenis SLIM dan CURVY. Kiteorang kena GOSOK GIGI wei!!! Hahaha. Tiba-tiba feeling macam masa zaman sekolah dulu kan. Lepas rehat je, bersusun cangkung tepi longkang kena gosok gigi. Alah comel!



Tapi kiteorang punya takde lah tepi longkang! :)


Kiteorang semua kena try dua-dua jenis berus gigi tu. Mula-mula rasa yang Curvy dulu. Lepas tu, dalam 2-3 minit, kiteorang kena try yang SLIM pulak. Hahahaha. Memang kecoh dalam toilet tu. Masing-masing mula macam malu, last-last.... peduli apa kan! Gosok jangan tak gosok!!!







Lepas dah gosok gigi semua, kiteorang kena jawab satu survey form. Survey ni bertujuan untuk kenal pasti berus gigi mana yang lebih kita selesa dan apa yang kita rasa lepas makan dan berus gigi. Of course lah kan, memang terasa segar. Rasa nyaman je mulut ni tau! Diorang siap pelawa untuk makan second round pun, aku dengan yakinnya geleng kepala. Sebab kesegaran mulut tu terasa sangat best! Puas jugak aku rasa pakai lidah kot kot ada sisa makanan yang masih terselit, tapi seriusly memang takde! Puas hati bersih! Hehehe.



Kalau biasa kita dapat tahu, yang Curvy tu mesti lebih berkesan kan. Sebab dia curve jadi boleh capai semua tempat yang sempit dan keluarkan sisa makanan! Macam tu jugaklah yang aku dan kawan-kawan blogger lain fikirkan. Tapi kiteorang salah!!! So, kami diberi penerangan apa ciri terbaik untuk sebatang berus gigi. Dan semua ciri terbaik itu ada pada Berus Gigi Systema Sensitive 0.02mm. Menakjubkan!






Mari berkenalan dengan ciri unik Si Hero : 

1. 0.02 mm Hujung Berus Tirus
- Menembusi dengan lebih dalam di bawah garisan gusi dan celah-celah gigi serta bahagian yang paling sukar untuk dicapai oleh berus gigi. 

2. 9X Lebih Bersih 
- Disebabkan mampu mencapai semua ruang yang sempit pada gigi, kesegaran dan kebersihan adalah 9X lebih hebat berbanding berus gigi lain. Masalah nafas berbau juga akan hilang!

3. Merendahkan Tahap Tekanan
- Permukaan yang tirus merendahkan tekanan yang dikenakan pada gigi dan gusi yang mana ia amat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah gigi sensitif. Malahan, tekanan yang rendah ini akan menjamin ketebalan enamel gigi yang membantu untuk mengekalkan warna putih gigi. 

4. Berus Konvex Yang Lebih Lembut
- Membantu mengawal dan mengurangkan tekanan pada gigi dan gusi sensitif; untuk pemberusan yang lebih selesa. 

5. Kepala Berus Gigi Kecil
- Pemilihan kepala berus gigi yang kecil adalah bertujuan untuk memudahkan berus gigi mencapai ruangan kecil dan sempit. Berbanding kepala berus gigi yang besar, ia sukar untuk menjangkau kawasan tersebut.

6. Pemegang Bersalut Getah
- Ini adalah untuk memberi genggaman yang lebih baik dan mengawal tekanan semasa memberus.


Jadi dengan ciri-ciri hebat yang ada kat atas ni, semua masalah dalam tiga situasi yang aku bagitau kat awal-awal entry tu dapat diatasi. Baru masing-masing tahu tentang kelebihan Systema Sensitive 0.02mm Tooth Brush ni. Memang nampak biasa, tapi rupanya champion kan!!! Bagus betul. Disebabkan teruja, Systema dengan bermurah hati berikan kami semua goodies bag yang penuh dengan berus gigi hebat ni!!! Yahoooooooo!!!



Dan aku jugak ada berita baik!!! Bukan aku sorang je yang boleh dapat berus gigi Systema Sensitive 0.02mm ni, korang pun boleh dapatkannya secara PERCUMA!!!! Apa lagi??? Cepat LIKE page Systema dan JAWAB BEBERAPA SOALAN MUDAH kemudian rasai sendiri nikmat kesegaran dan kehebatan Systema Sensitive 0.02mm :)

FACEBOOK : KEEP SMILING 




Last but not least, jom kita tengok sapa lagi join event ni sama-sama dengan aku semalam. Masing-masing tersenyum happy dan sangat yakin!!! Maklumlah, semua dah berus gigi dengan Berus Gigi Systema Sensitive 0.02mm kan!


Dari kanan :

1. Abang Sop @ http://www.sop.name.my/
2. Asyik Maiburogu   @ http://asyikmaiburogu.blogspot.com/
3. Mek Onie @ http://letopkeypad.blogspot.com/
4. Sabrina Tajudin @ http://bysabrinart.blogspot.com/
5. Cik Lily Putih @ http://www.ciklilyputih.com/
6. Giorgio Izas @ http://giorgio-izas.blogspot.com/

Actually mostly blogger atas tu adalah antara blogger yang memang nak sangat aku jumpa. Macam Mek Onie dengan Cik Lily Putih aku dah pernah jumpa sebelum ni iaitu untuk event Photoshoot Blogger & event Kenny Rogers Roasters. Macam Sabrina pulak, memang dah lama aku aim budak comel ni. Suka blog dia sebab banyak review beauty product. Lembut je budaknya. Manis. Sopan. Aku syak, tak rugi kalau dibuat menantu. Hahaha. Dan Asyik Maiburogu pulak.... jyeah!!! Ini dia. Dah lama asyik komen kat blog dan tweet, akhirnyaaaaa.... Systema menemukan kami. Oh, patut lah instict kuat nak jumpa Asyik ni... sebab dia pun friendly! So memang cepat lah kiteorang mesra. Kalau jumpa Asyik ni memang untung sebab dia berpakej. Pakej sebab boleh jumpa Giorgio Izas sekali. Kehkehkeh. :) Faham-faham sudahlah! Manakala Abg Sop pulak... haaa... ini abang motor besar. Wait. Bapak orang ok. Jangan kacau. Tapi jangan risau, friendly as usual!! So... memang happy lah event kiteorang semalam!!!

Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak pada Systema sebab menjemput aku untuk event dan cubaan produk terbaik mereka jugak  menemukan aku dengan blogger hebat ni semua. Again, thank you Systema. Ehem... korang ingat tak lagu tema Systema??? Ala-ala macam T-O-P , TOOOOOOOOP!!!!


Semamngnya, BERUS GIGI SYSTEMA SENSITIVE 0.02mm  MANTOPPPPPP!!!!





p/s: Kalau ada event lagi, jangan lupa jemput saya ye Systema!!!






12 comments:

  1. Nanie..haha..berpakej yea?..bestkan..
    seronok dpt luangkan masa aritu..gosok gigi bersama2..mcm zaman sekolah dulu..seronok juga jumpa nanie..lps ni boleh jumpa lg..:)

    ReplyDelete
  2. He3... still berus gigi gune cara primitive ke?.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. wah!!! sukenya boleh gi events sekarang ye,, alamak,, muja jelez ni,,,, sob3,, nak gi jugak,, sob3

    ReplyDelete
  4. eh..bestnya..:D lucu plak...hahahhaa...:D

    comel jer berus gigi mcm tu..

    ReplyDelete
  5. alolo comel! haha! seronok jumpa awk! sgt hapening! hope dpt jumpa lagi!

    ReplyDelete
  6. yeay nanti,,for the second time we meet!!! :D

    ReplyDelete
  7. macam best je. sebelum ni sy main bantai je beli berus gigi... hehe. :P

    ReplyDelete
  8. best jugak event blogger camni.cam best je kan.nak try jugak lah berus gigi comel tu.

    ReplyDelete
  9. okey. systema memang peberettt ai. doc gigi kat klinik ni pun cakap systema is he best. heeee

    ReplyDelete
  10. saya baru jek guna berus gg systema sbb akk ipar bagi. perbezaan yg sangat ketara dan pelik bagi saya adalah tiada darah lagi semasa gosok gg. sebelum nih guna oral B, dan saya mengalami masalah itu.
    systema is THE BEST \\(^-^)//

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork