Thursday, June 13, 2013

Belum Ada Baju Raya?! Beli Di KZ Nabihah Aje!

Assalamualaikum semua

Walaupun bulan Ramadhan belum lagi memunculkan diri, tapi kehangatan Syawal dah semakin kelihatan. Tak salah kalau nak buat persediaan, tapi itu semua sekadar sampingan. Yang wajib perlu didulukan. Itu yang dituntut dan akan ditanya disana kelak.

Perempuan. Sebut raya, memang tak sah lah kalau tak bercerita pasal baju raya. Actually, kalau tak raya pun perempuan tetap beli baju. Pantang ada event sikit, ada je baju yang nak diushanya. Padahal satu gerobok dah penuh dengan baju dia saje. Hehehe. Tapi, tipikal perempuan ye dak? 

So, perempuan-perempuan cantik di luar sana, apa tema baju raya tahun ni? Aku syak mesti masih trending peplum kan? Tapi kan, aku sarankan sapa-sapa yang plan nak tempah baju, pi lah buat awal-awal. Takut tailor taknak lagi.  Maklumlah, sorang bukan buat sehelai baju je, kadang sampai dua tiga baju sekali kau!

But no worries! For those yang tak sempat hantar tailor ke hape, another option is korang beli je baru raya kat butik. Kalau nak diikutkan, kadang-kadang kos nya lebih kurang aje dengan kau tempah. Silap hari bulan, lagi murah!

Jadi, ini masanya untuk korang semua terjah









Hamboi.... meriahnya kaler masing-masing kan. Heiii, geram aku tengok. 

Buat mereka yang tak tahu, KZ Nabihah merupakan salah satu butik pilihan aku. Sebab apa? Sebab tawaran fashion plus size nya lah! Bukan senang wei, nak cari butik yang menawarkan size besar. Dan aku bersyukur sebab di KZ Nabihah, size dari XS sehingga 6XL di tawarkan!!! Dengan warna yang pelbagai, fesyen yang menarik dan potongan yang sopan, Insya-Allah meletop korang di pagi Syawal! Ecececeh!



Oh buat yang mugkin terlupa, KZ Nabihah juga merupakan sponsor aku semasa Event Photoshoot Blogger (KLIK SINI) tempoh hari. Sampai sekarang aku suka designnya. Baju half-peplum yang buatkan aku nampak kurus sikit katanya. *kurus tang ibu jari aje!*. Heheheh. Pemenang Best Shopping Blog MSMW selama 2 tahun berturut ni memang menjadi pilihan ramai wanita di luar sana. Dah ramai yang memiliki koleksi mereka. Dah ramai yang nampak awesome ala-ala diva bila pakai koleksi KZ Nabihah. Tak caya, korang kena lah cuba! 


So, jangan risau, jangan dok sedih ok! Masih ada masa lagi untuk korang dapatkan Koleksi Raya KZ Nabihah! Dengar khabarnya, setiap koleksi adalah limited beb. So first come first serve basis ye. Cepat-cepat mengintai sikit kat website KZ Nabihah. Layout baru jugak tu. Fresh dan sweet je nampaknya! Oh, jangan tak tau, KZ Nabihah dah melebarkan sayapnya... ada butik di Bangi juga. Ini alamatnya. :


ALAMAT BUTIK :


NO 20-02,SERI BANGI, JALAN 8/35, SEKSYEN 8,
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR



LANDMARK : SEDERET TUTTI FRUTI BANGI, SARAYA ZAHRET & 
 MASIH PAKAI PAPAN TANDA BUTIK YG LAMA IAITU (BUTIK MINAZ)



NO PHONE BUTIK : 03-89200013


Untuk lagi mudah, korang KLIK aje doodle comel kat side bar aku tu. Terus menuju ke website KZ Nabihah! :)



p/s: Raya-raya jugak. Dah ganti puasa?




5 comments:

  1. baju kat KZnabihah memang cantik, dah lama usha, tggu nak grab je ni =D

    ReplyDelete
  2. okey. kaler dia memang gilerr. ehee..belanja satu!

    ReplyDelete
  3. tak penah lg shopping di KZ Nabihah.. tp tau itu salah satu blogshop ngetop kan ;)

    p.s: sy pun ada butik online sebenonye... ;)

    http://pinkmuslimah.com.my jemput2lah visit yea... ;)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork