Assalamualaikum.
Aku ni berdrama sungguh. Bila mula tengah malam, mata masih lagi terpisat-pisat cuba untuk lelap, mulalah otak aku melayang-layang. Entah mana-mana dia pergi. Sekejap pikir itu, sekejap pikir ini. Ada je yang melintas lalu. Kadang nun jauh ke depan. Tak tentu hala. Perasaan? Berkecamuk wei. Entah apa je kadang. Mula rasa takut. Mula rasa was-was.
Semalam (6/6) hari jadi mak aku. 59 tahun. Yes. Tua. Aku tau. Tapi bagusnya mak aku tak nampak tua. Forever young. Uban kat kepala pun masih boleh hitung berapa aje helainya. Usia yang ditambah satu masuk 60 tahun itu membawa mak aku dengan penuh onak duri. Suka derita dan bahagia. Pernah lah aku tanya dia, menyesal tak dapat semua anak perempuan? Sebab ada orang kata anak perempuan ni bila kawin ikut laki. Senyum aje mak aku. Tak jawab apa. Tapi aku yakin. Jawapannya tidak. Mana mungkin seorang ibu menyesal dikurnia zuriat kan. Itu bahagia perempuan kali pertama.
Umur aku 24. Dulu masa mak umur 24, mak aku dah kerja. Mencari rezeki menyara keluarga. Mak cerita tak banyak sikit, bila raya mak pernah belikan set sofa buat rumah mak ayahnya. Seusia akulah dia menyara adik-adiknya sampai jejak ke universiti. Mak tak masuk universiti takpe. Asal adiknya punya kerjaya esok lusa. Pengorbanan. Itu jawabnya. Seusia aku lah dia tak fikir pun pasal diri, sebab dia tahu tanggungjawabnya adalah menyara keluarga semampu boleh. Jodoh pun lambat mak pikir. 29 baru membina rumahtangga. Itu bahagia perempuan kali kedua.
Bila alam perkahwinan. Mak sabar. Mana tidaknya, nak dapat Along aku 4 tahun mak menunggu. Baru-baru kahwin, 2 tahun berjauhan dari ayah. Hujung minggu baru jumpa. Setianya emak, setiap petang Jumaat menunggu ayah di bas stand, pulang ke rumah sama-sama. Sikit pun tak merungut. Takde pun kereta. Motorsikal pun takde. Takpe. Asalkan dapat jumpa suami tercinta. Pengarang jantung seluruh hidupnya. Tumpah kasih dan sayang yang tak terhingga sebab itu bahagia perempuan kali ketiga.

Menginjak dewasa, mak tetap sama. Walaupun orang kata bela sekandang lembu lebih senang dari bela anak perempuan. Ah! Itu gila. Anak perempuan disamakan lembu? Meroyan apa? Dan ketika semua di menara gading, ayah jatuh sakit. Ketika itu keajaiban berlaku. Tak setitik pun air mata mak tumpah. Kuat. Cekalnya. Demi Allah, setitik pun tidak. Pasrah dan redha dengan segala apa rencana. Padahal dalamnya luluh. Binasa. Mak yakin, ini ada hikmahnya. Kan dah janji dulu susah senang bersama? Keluarga itulah saat kelima seorang perempuan bahagia.
Kekuatan mak takde banding beza. 3 tahun menjaga ayah. Tak pernah sekali pun mengeluh penat. Kerenah ayah terkadang persis kanak-kanak. Sabarnya mak! Kagum aku. Mana sumber kekuatannya? Cinta dan Kasih Sayang. Yes itu dia! Kali keenam perempuan bahagia. Kuatnya dia, kuatlah keluarga.
Doa mak hanya satu. Keluarga yang dibinanya bahagia. Lengkap apa adanya. Dari segi puteri mahupun suaminya. Doa mak takde hijab. Terus ke Maha Pencipta. Redha mak bertali arus dengan redha-Nya. Ketika itulah mak terus yakin bahawa dia sedang bahagia untuk kesekian kalinya. Kali ketujuh bahagia!
Bila aku menjadi seorang perempuan yang sempurna, aku ingin jadi seperti emak. Lembutnya tegas, marahnya sayang, cubitnya manja, jentiknya bermakna, sayangnya sampai syurga! Ingin juga aku kecap 7 kali seorang perempuan bahagia!
Selamat Hari Lahir mak. Izinkan kita membahagiakan mak seadanya. Insya-Allah sampai syurga.
p/s: Masih punya orang tua? Jangan dipersia.
11 Inspirasi Dari Pembaca
Kasih sayang ibu tiada sempadannya. Pengorbanan ibu tiada hentinya.
ReplyDeletePengampunan ibu sama darjat dgn penciptaNya.
Jika ibu redha maka Allah redha. Terima kasih atas perkongsian ini (^_^)
makkkkkkkkkkkkkkkk,selamat hari lahir,semoga mak nanie dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu
ReplyDeletehebatnya,,, kagum dengan wanita dulu-dulu,, semangat dia lain macam sangat,, :)
ReplyDeleteSebak tetiba baca. Sayang mak.
ReplyDeleteperkongsian yang baik..... singgah dan beramal.... moga terus sukses k.
ReplyDeleteIbu lah orang paling kuat dan hero di mata seorang anak..kan..selamat ulang tahun kelahiran untuk Ibu Nani..:)
ReplyDeleteSebenarnya jadi perempuan nie, senang je dia terasa bahagia. Benda kecik pun dah rasa bahagia, kalau dibuat dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir utk ibunya Nanie..:)
ReplyDeleteBukan ke byk lg Kebahagian yg Pompuan selalu dpt..?... He3
ReplyDeletebtw... Slamat Hari Lahir buat Ibu Innanie yg masih Hot... (^_^)
selamat hari lahir utk mak kakak..:D
ReplyDeletebahagia milik setiap org dan berusahalah kita mengekalkan kebahagiaan..D:
perempuan akan bahagia jika dapat membahagiakan orang yang disayanginya :) mak,forever love :)
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!