Tuesday, June 4, 2013

Cara Atasi Cemburu Bila BFF Sudah Punya Pasangan

Assalamualaikum


Salam Innanie,Saya sangat teruja dapat stalk blog anda.Sangat infomative! tahniah! menarik, relax, dan paling saya suka natural dan tidak hipokrit.. anda mnulis apa yang anda hadapi..Ia sangat2 memberi manfaat buat sy..Saya nak minta tolong innanie beri tips tentang BFF kita sudah dilamar orang dan kita rasa kita akan kehilangan dia..Sedangkan sepatutnya kita bahagia bagi pihak dia.. Cmne kita nak positifkan diri kita agar tak rasa kita akan kehilangan dia setelah dia berkahwin?Mohon bantuan innanie untuk tips ni ye?

Terima kasih nanie, - Siti S 

Secara jujurnya, aku sendiri pernah mengalami perkara sebegini. On that time, bila mana kawan baik lelaki aku punya girlfriend.  Hati aku rasa semacam. Rasa kecik hati dan cuba menyendiri. Entah. Susah nak deskripsi macam mana tapi, apa yang aku tahu dia seakan-akan kau jeles dengan apa yang berlaku. Bukan bermakna kau nak miliki dia, tapi kau tak nak berkongsi sebenarnya. Sebab kau dah selesa dan terbiasa hidup bersama dia. Jadi, bila dia ada orang lain selain dari kau dalam hidup dia, kau akan rasa seolah-olah dia lebihkan masa pada yang baru dan melupakan kau. Tapi betulkah dia lupakan kau? 


Well, sebenarnya kalau kau nak tau, itu semua adalah perasaan dan bisikan syaitan semata-mata. Dia cuba untuk menghasut kau menjadi dan melakukan perkara tak elok. Pertama sekali yang kita kena realize dan set minda kita bahawa KITA DAN DIA ADALAH SAHABAT SEMATA-MATA. Bila kita bersahabat, kita kena sedar bahawa bukan kita saja komitmen yang dia ada. Kawan kita juga ada komitmen sama macam kita. Komitmen sebagai suami / isteri, sebagai anak, sebagai pekerja/majikan dan banyak lagi. Kita kena sedar setakat mana prioriti kita sebagai kawan. Jadi bila mana dia melebihkan isteri/suami/tunang nya, janganlah kita berkecil hati. Kerana itu tanggungjawab dan prioritinya terhadap mereka melebihi kita. 

Yang Kedua ialah, CUBA RAPATKAN DIRI KITA DENGAN PASANGAN KAWAN KITA. Kata orang tak kenal maka tak cinta kan. Bila kita kenal dengan pasangan kawan kita tu, secara tak langsung syak wasangka dan perasaan jeles kita akan berkurang. Sebabnya apa? Sebab kita yakin bahawa kawan baik kita bersama-sama dengan orang yang baik dan boleh membahagiakan dia. Perasaan jeles atau cemburu sebenarnya timbul bilamana kita rasa insecure. Insecure dengan keputusan kawan baik kita tu. Adakah pilihan kawan baik kita tu yang terbaik buat dirinya atau tidak? Sebab tu, kita kalau boleh tak nak orang lain ambil dia dari kita sebab kita telah beri 'kebahagiaan' yang terbaik buat dia. Jadi, adakah pasangan pilihannya tu boleh buat sebegitu? Buat sama macam mana kita buat pada kawan baik kita. Sebab tu, aku sarankan, ada baiknya kita berkenalan dengan pasangan pilihan kawan baik kita. Secara tak langsung, kita boleh get along dengan mereka dan tak rasa seperti dipinggirkan. 

Ketiga, sekalipun kita tak berkenan atau tak suka dengan pilihan kawan baik kita tu, JANGAN SESEKALI MENGHINA @ MEMBURUKKANNYA DEPAN KAWAN BAIK KITA. Perkara sebegini secara tak langsung memperlihatkan siapa diri kita sebenarnya. Malahan, makin kelihatan sifat cemburu dan hasad dengki kita yang mungkin akhirnya membuatkan kawan baik kita tak suka pada kita. Kalau ye pun, pilihan kawan baik kita tu bukan yang terbaik, tapi cubalah beri mereka peluang. Nasihat dengan cara yang berhemah dan jangan sekali-kali menyatakan keburukan pilihannya. Ini akan mengguris hati kawan baik kita. 

Keempat. Ada baiknya juga bila kawan baik kita sudah mempunyai pasangan, untuk KITA TUMPUKAN MASA PADA DIRI KITA PULA. Biasalah, bila kata BFF ni mesti kehulu kehilir 24 jam bersama-sama. Jadi, ini masanya untuk kita 'bebas' dari cengkaman tersebut. Kita juga perlu mencari 'pengganti' BFF kita tu. Bukan bermaksud melupakan BFF kita tapi allocate masa untuk diri kita sendiri. Kalau kita masih single, ini masanya untuk mencari pasangan. Kalau kita dah berpunya, tumpukan perhatian pada Si Dia. Jadi, kita pun tak akan sunyi lagi. Insya-Allah. 

Dan yang kelima, BETULKAN NIAT & DOAKAN KEBAHAGIAAN MEREKA. Kawan yang baik bukanlah kawan yang hanya ada ketika senang saja. Malahan ketika susah pun sama. Jadi, di waktu kawan kita bahagia, kita perlu turut bahagia. Padamkan perasaan cemburu itu sebab semua tu akan membawa binasa. Yakinlah bahawa akan tiba juga hari bahagia untuk kita. Hari dimana kita bertemu dengan pasangan kita. Insya-Allah, perubahan minda dan niat akan membawa persahabatan yang kita bina selama ni kekal selamanya. 

Jadi, buat semua para sahabat yang BFF nya 'telah diambil orang', usah rasa cemburu dan rasa terpinggir. Insya-Allah dengan mendoakan kebahagiaan orang lain, kebahagiaan kita turut sama didoakan orang juga. Persahabatan itu satu benda yang sangat manis dalam hidup. Pada Siti S, jangan sedih-sedih. Moga satu hari nanti, awak beroleh kebahagiaan yang sama macam BFF awak kecapi sekarang. Harapnya, nasihat dan saranan saya dapat awak gunakan dengan baik. :)


p/s: Untuk apa-apa idea atau pertanyaan, korang boleh emailkan pada aku di innanie.ariffin@yahoo.com. 









6 comments:

  1. Tips yg bagus

    P/s dik nti up entry psl nk renew domain dot my mcm ne.de blogger yg tercari cari cara nk renew domain dot my.

    ReplyDelete
  2. sokong n setuju sgt dgn tips ni...hehee..:D

    boleh share dgn kwn sndri yg suka ckp2 yg bukan2 psl psgn kita..eh..emo plak..hehehe

    ReplyDelete
  3. amboi tukar background lg hahahah

    ReplyDelete
  4. Info yang sangat menarik dapat mengeratkan silaturrahim lagi :)

    ReplyDelete
  5. Happy for them dan doakan yang terbaik untuk BFF..dia happy kita happy..kalau asyik dok fikir je,lg hebatlah syaitan menghasut dengan sifat dengki dan jeles itu.

    ReplyDelete
  6. Saya telah mencuba tips ini dan hasilnya superb gilerr!! Kini:

    -husband sahabat2 saya telah menjadi macam my own brother. Dapat abang/adik lelaki free. Haha!
    -anak2 sahabat2 saya adalah buah hati kesayangan saya sekarang. Mereka menceriakan dan mewarnai hidupku. Few weeks tak jumpa/bertandang ke rumah, rindu gilerrr dgn keletah dan kecomelan mereka!
    -doa sahabat2 saya dah dimakbulkan Allah swt.....saya juga tak lama lagi bakal mengikut jejak langkah mereka! My future husband is gonna join the man's group INSYAALLAH ^_^

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork