Friday, June 28, 2013

DIMA Restaurant Ara Damansara : Promosi Pembukaan & Buffet Ramadhan

Assalamualaikum semua

Beberapa hari lepas, aku diberi peluang oleh MySelera.com untuk jadi penulis jemputan mereka bagi sesi food review di salah sebuah restoran makanan Arab di Ara Damansara. Walaupun sebelah ayah aku ada darah Arab, tapi to be honest aku baru 2-3 kali je merasa masakan Arab. Jadi bila mana dapat peluang macam ni, memang tak akan lah aku lepaskan peluang kan. Dengan gigih google maps nak cari lokasi. 

Nama restoran yang aku pergi tu adalah DIMA Restaurant. Terletak di Oasis Square, Ara Damansara dan tidak susah pun untuk dicari.


Sampai kat sana pukul 11 pagi. Alhamdulillah belum ramai orang lagi. Jadi mudahlah untuk aku shoot gambar semua kan. Lokasi restaurant memang sangat strategik. Di sekelilingnya adalah kawasan office dan berhampiran jugak dengan residence area. Dan paling penting pemandangan dekat situ awesome gila! Aku tengok pun aku impress beb. Sebab banyak kolam dan air pancut. 



Bila aku masuk tu, aku jumpa dengan En.Azahar yang merupakan salah seorang pemilik restaurant tu dan aku pun apa lagi, macam-macam lah aku tanya. Pasal makanannya semua lah. DIMA Restaurant baru dibuka awal Jun yang lepas. Dan di Ara Damansara ni merupakan cawangan mereka yang keempat. Tiga lagi ada di Cyberjaya, MITC & Bukit Beruang, Melaka. Jadi dari situ dah nampak dah yang DIMA Restaurant agak established kan. 

Susun atur dan gaya penataan restauran ni sangat family-friendly. Tak terlalu tipikal pada restoran Arab biasa, DIMA menyediakan ruangan makan dua tingkat dengan bahagian atasnya berkonsepkan open-air. Memang selesa dan cozy. Ruangan yang besar, nyaman dan selesa buat kita tenang menikmati hidangan. 


DIMA merupakan perkataan Arab yang bermaksud gudang makanan. Memang kena betul nama dan pilihan yang diberikan. Kalau dibandingkan dengan restoran Arab yang aku pernah pergi sebelum-sebelum ni, pilihan makanan agak terhad. Tapi di DIMA ni macam-macam ada. Ada grilled, ada minuman yang lazat, ada dessert yang sedap dan paling penting mestilah hidangan Nasi Arab nya kan! 

Jadi dengan bangganya... persembahkan hidangan yang aku dan Akim pilih hari tu. 



Mulakan dengan hidangan nasi. Kalau restoran Arab biasa, hanya disajikan dua hingga tiga jenis nasi je, tapi kat sini ada 5 hidangan nasi. Nyum-nyum-nyum! Ada Mandi Rice, D'zurbiyan Rice, Hanith Rice, Madghot Rice dan Khabshah Rice. Semuanya sedap gila beb. Kau boleh makan nasi dia gitu aje! Lazat!


Untuk aspek harga pulak, pada aku potion dan harga yang ditawarkan amat bersesuaian. Memang banyak wei. Aku nak habiskan pun terkulat-kulat. Almaklumlah orang Arab kan memang suka makan potion besar.

Madhghot Rice - RM 12
D'zurbiyan Lamb - RM 22
Lamb Aqda & Roti Arab

Beralih pulak pada hidangan minuman. Wahwahwah. Memang menjanjikan keunikan. Ada banyak pilihan fresh juice yang lazat dan segar. Signature minuman mereka adalah Avocado Honey + Milk yang aku bagi thumbs up la!

Avocado Honey + Milk & Barbican Pelbagai Rasa

Meh sini aku bawak korang kepada menu book dia. Boleh usha harga dan pilihan makanan sekali kan. Macam-macam ada beb!







PROMOSI!!!!

Ok, sempena pembukaan awal dan sehingga akhir Jun ni semua pelanggan akan menikmati 20% less dari total bill. Wah-wah-wah!!! Gembira dengarnya kan.


Manakala untuk Ramadhan yang bakal menyusul ni... ada promosi jugak diberikan. Lebih menarik, selain daripada promosi Buffet Ramadhan, DIMA Restaurant jugak menyediakan kemudahan surau dibahagian rooftop nya dengan mampu menampung sehingga 25-30 jemaah lelaki dan perempuan pada satu-satu masa. Alhamdulillah, mudah untuk anda kan. Tak perlu lagi terkejar-kejar buka puasa dan bersolat. Tapi, untuk kemudahan disarankan booking tempat awal-awal!


So, apa lagi? Jomlah kita ke DIMA Restaurant, Ara Damansara. Kita makan nasi Arab. Baru boleh feeling habibi naik unta lah! Hehehe :)



Ini dibawah ada beberapa info & alamat DIMA Restaurant.

Alamat : 
R-13 Central Piazza, Oasis Ara Damansara, 
Jalan PJU 1A/7A, 47301 Petaling Jaya, Selangor. 

No. Telefon :
+603 7859 0222

Operating Hours :
11am-11pm

Facebook :

Laman Web :
www.dima.com.my

GPS Coordinates :
N 03’ 06. 791’ | E101’34.479’



p/s: Hasil tulisan aku pasal DIMA juga ada di MySelera.com. Jemput baca SINI


11 comments:

  1. First time akak mkn nasi arab kat kajang

    ReplyDelete
  2. wa melambak makanan... sedapnya harga pun ohkeyyy..

    ReplyDelete
  3. tak berapa sgt dgn makanan arab ni. huhu

    ReplyDelete
  4. pagi-pagi dihidangkan dengan gambar makanan yang menyelerakan. berdondang sayang lah perut kita ni :'(

    - nak terjah !

    ReplyDelete
  5. gulp...sdpnyeeee!!...siap ada coordinate gps lagi tuh..aahahah

    ReplyDelete
  6. walweh..sedpnyer..meneyelerakan

    ReplyDelete
  7. Hi Illiani Ariffin,

    I am Benson from TABLEAPP, a free online restaurant reservation with instant confirmation.
    Kindly be informed that we refer part of this article on our website and credit back to your blog to browse the whole article.

    Hereby attached the link, http://www.tableapp.com/restaurant/dima-restaurant-ara-damansara

    Please do not hesitate to contact me at benson@tableapp.com if you have any inquiry or interest to join our affiliate program.

    Thank you very much! :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork