Wednesday, June 26, 2013

Instagram Sebagai Platform Promosi & Pengiklanan

Assalamualaikum semua

Fenomena Instagram sekarang ni memang dasyat jugak aku perhatikan. Aku sendiri suka sangat dengan Instagram. Sebab memang dari dulu aku camwhore. Hahaha. Walaupun tangan katanya tak berapa nak skill lah kan dalam bidang fotografi ni. Tapi kalau compare adik beradik lain, tangan aku lagi boleh pakai rasanya. Kehkehkeh.



Dan yang terkini aku perasan, Instagram telah ramai yang gunakan sebagai plataform promosi dan pengiklanan. Yep. Banyak para peniaga muda hari ni menggunakan media sosial Instagram ini sebagai wadah mereka menjual produk. Macam-macam. Dan paling banyak of course lah tudung dan baju perempuan kan. Aku pun kadang-kadang suka usha kat Instagram jualan-jualan macam ni. 

Pada aku kelebihan jualan di Instagram adalah dari segi photography nya. Kalau kau pandai amik gambar dan muatkan dalam square Instagram tu, memang dah cun sangat dah. Tambah pulak, Instagram tu kan world wide. Dan proses pengiklanannya menjadi mudah. Ambil gambar, frame dan instag. Senang kan. Berbanding blog mahupun website.



Tapi, kekurangan pengiklanan Instagram adalah ruangan detailsnya yang terhad. Malahan kalau nak berbalas-balas comment dan pertanyaan jugak agak sukar. Selain tu, bila barang dah dibooked atau dah sold out, agak susah untuk update status produk kan. 

Walau apa pun, penggunaan Instagram sebagai cara promosi dan pengiklanan masih lagi relevan berbanding facebook yang aku rasakan agak annoying terutama bila orang tag-tag kita bagai kan. 

Jadi, para peniaga sekalian. Buat pilihan bijak ok! :) Meh instagram korang, aku nak follow. Boleh?
Jangan lupa follow aku di Instagram : @innanieariff 


p/s: Even aku pun sekarang lepas update blog, mesti ambil gambar entry dan promote kat Instagram. #blogcoklateyes 



15 comments:

  1. Baru je sign up semalam benda ini. :)

    ReplyDelete
  2. dah lama silent reader like me follow your instagram ^_~
    jika sudi, jemput singgah & follow my insta: inspirebunny

    ReplyDelete
  3. hihi tu la. mek cah pun tgk ramai yg iklnkn produk melalui instagrm. rasa nk buat jugak lah.hihi

    ReplyDelete
  4. instag akak mimie84...dh follow ke blm erk...rse mcm dh je...huhuhu

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum cik innanie,
    sy pulak dah tak aktif insta sejak tipon buat hal.. :(

    ReplyDelete
  6. instagram ni mmg byk faedahnya jika kita gunakan ikut cara yg betul

    ReplyDelete
  7. saya tak da instagram. Sekian T.T

    ReplyDelete
  8. tu la awak..saya pun rasa senang sangat bila ada instagram ni. nak test market untuk lukisan pun sangat best.hehe

    ReplyDelete
  9. suka stalk gambar2 org kat instagram. kadang2 boleh terleka. haha!

    ReplyDelete
  10. Follow @uberstylecollection tq! :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork