Assalamualaikum semua
Sebenarnya bukan aku sorang je suka makan. Akim pun sama. Macam-macam yang dia teringinnya. Kadang karipap Ikea lah, lontong lah, ada je yang tekak dia nak. Dah orang ajak, aku apa lagi... laju je lah kan. Macam dua tiga hari lepas. Gigih mengajak aku keluar *eh bukan keluar tiap-tiap hari ke?* , semata-mata tekak dia teringin makan Laksa Sarawak. Katanya dah dekat 4-5 bulan mengidam LS tu. Dulu masa dia serumah dengan budak Sarawak, budak tu selalu masak LS, tu yang dia suka tu. Ah! Payah. Mana nak cari kat KL ni?
Ok, seumur hidup aku memang tak pernah langsung makan LS ni. Tapi aku pernah lah tengok kat JJCM bentuk rupa LS ni. Yang aku pulak, teringin dari dulu nak makan Mee Kolok. Memang dua-dua ni aku tak penah makan dan tak penah tengok bentuknya.
So, Akim dapat tau dari kawan dia, orang Sarawak kata kat area Bulatan Pahang ada satu kedai yang memang served makanan Sarawak. Namanya Dapur Sarawak. Which is owner dia adalah pelakon tv, Mahmud Ali Basyah tu.
Untuk aku yang first time makan, aku order Mee Kolok dan Soda Sirap Bandung. Akim pulak, amek Laksa Sarawak dengan Teh Gula Kabung. Sementara tunggu makanan, aku usha sekeliling kedai. Simple. Dan ada lah jual kain pua semua. Jugak beberapa alat-alat kebesaran orang Sarawak. Nice jugak! Than, makanan pun sampai.
Lepas first time hirup kuah LS ni, Ya Allah... sedap wei. Sedap. Lemak-masam-manis dia semua complete. Totally different dari Laksa Johor yang jugak favourite aku. Kalau Laksa Johor makan dengan sambal belacan, LS ni dia ada sambal dia jugak. Macam sambal ikan bakar gitu. Perah pulak dengan air limau, sumpah. Sedap! Heheheh.
Tadi kan aku order Mee Kolok kan, bila aku makan ooooo rasa dia macam mee soto. Tapi dia pakai maggi mee. Baru tau! Bila macam tu, terus aku mintak tukar dengan Akim. Akim makan Mee Kolok, aku nak LS. Last-last. Akim tak puas makan LS, dia order lagi satu LS. Hahahah!!! :)
Dari segi harga pulak, pada aku masih reasonable. Sesuai dengan portion yang ditawarkan. Takde lah macam kes aku dengan satu kedai ni (KLIK SINI) . So, masih boleh diterima harganya iaitu satu mangkuk Laksa Sarawak RM 7.00 dan satu mangkuk Mee Kolok Ayam RM 6.50. Mee Kolok tu ada banyak jugak pilihan, nak MK udang ada, daging ada. Lagi apa ntah! :) Dorang pun ada served Nasi Aruk jugak. Kalau tak tahu, Nasi Aruk tu nasi goreng lah!
Pada aku, sapa yang teringin makan makanan Sarawak, boleh cuba di Dapur Sarawak. Lokasinya adalah seperti kat bawah ni :
No 19, Jalan Sarikei off Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
*Landmark kat area situ adalah Hospital KPJ dan Restoran Haslam.
Selamat mencuba!
p/s: Restoran makanan Johor mana???
13 Inspirasi Dari Pembaca
wow, dh berkeroncong perut ku ini..sedapnya..tak pernah lg mkn dua2 makanan ni..:)
ReplyDeletex prnah lak mkn..
ReplyDeleteteringin sangat nak makan laksa sarawak, tak taw nak dpt mna kt cini
ReplyDeletesambil baca sambil telan ayaq lioq..hahah
ReplyDeletenak jugak,, haissyyy
ReplyDeleteekceli mee kolok tu bukabn gune mee maggi,ade sejenis mee die sendiri. halus jugak mcm mee maggi.member dr smnanjung salu suruh beli mee nie sbb susah nak carik kt smnnjung.sgt sedap.
ReplyDeletenasib baik terbaca ni.. kalau dah meroyan mengidam nak makan laksa sarawak segala macam boleh lah dtg sini. takyah susah2 dah. tq! =)
ReplyDeleteJom JJCM
ReplyDeleteservice slow
ReplyDelete45 minit tggu mee kolok
tak smpi2
alasan org ramai
service slow
ReplyDeleteorder mee kolok
45m x smpi2
alasan org ramai
Rindu nak makan makanan sarawak la:'(
ReplyDeleteItu belum kena Terubuk Masin tu...fuhhh
ReplyDeleteTerubuk Masin pun terangkat jugak.
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!