Saturday, June 15, 2013

Review 5 MovieTerkini & Terbaik 2013

Assalamualaikum semua

Kau tahulah sekarang ni kan summer holiday kat luar negara. That's why lah berderet-deret cerita best released out. Yang aku ni pulak, dah berabad memang dah lama tak tengok wayang. Paling-paling pun aku beli DVD tengok kat rumah dengan family. Bukan apa sebab kalau tengok dengan family lain macam seronok dia! Hehehe :) So, 3-4 hari lepas, aku dengan Akim buat kerja gila wei. Tengok movie hampir tiap-tiap hari! Wahwahwah!!!! Seronok!

So ini pandangan aku pada beberapa movie yang aku tengok :



1. After Earth  --- Rating : 2.5/5

Expectation aku pada movie ni sangat tinggi. Sebab dia dilakonkan oleh Will Smith dan anaknya, Jaden Smith. Of course lah antara hero kegemaran aku. Aku siap pujuk Akim lagi sebab awal-awal dia memang tak nak tengok cerita ni. Heheheh. Tapi sayangnya, expectation aku jauh kelaut. Jalan cerita dia best, sains fiksyen as well, tapi malangnya expectation aku mengharapkan binatang-binatang yang mengancam Kitai (Jaden Smith) adalah lebih buas dan ganas dan banyak sebab dikhabarkan dalam cerita tu, bumi bukan lagi tempat yang selamat untuk manusia tinggal. Another thing kelemahan cerita ni adalah, dia sangat-sangat-sangat-sangat slow! So, kau macam boleh tidur lah. Cuma aku impress dengan hi-tech gadget yang dia tunjukkan. Akim yang dalam bidang medical terus berangan, "Oh, senang lah nanti nak scan patient guna benda cam tu!", "Oh senang lah nak operate patient macam ni!". Dia impress tang tu. Untuk aku, kurang suka sebab tak nampak ke-hero-an Will Smith sebagai Jeneral dalam cerita tu dan terlalu banyak flash back!



2. PEE MAK --- Rating : 4/5

Ini Akim punya pilihan. Aku ni pun bias sikit. Aku nampak je Pee Mak, cepat-cepat aku cakap "Alaaa ni macam cerita Neng Nak dulu tu ni!" Woooooowoooo!!! Silap beb. Silap!!! Ini punya cerita aku bagi RECOMMENDED movie kalau niat kau tengok movie untuk release tension. Kau hanya senyap around 10 minit je, the rest hour kau gelak je dalam panggung tu wei. Aku sampai cramp perut gelak. Jalan cerita dia, tipikal. Nak tentukan sapa sebenarnya hantu... but the way dorang nak detect sapa hantu tu, macam-macam cara dorang buat. And semua cara tu kelakar. Hilarious tahu!! Aku memang puas hati sangat tengok movie ni. Sebagai penonton, aku puas. Bukanlah bermaksud dia perfect, but at least better than cerita hantu Malaysia! 



3. FAST & FURIOUS 6 --- Rating 4.5/5

Yes. Yes. Yes! Aku tahu memag dah lambat. Dah basi kata orang kan. Tapi aku tak kira aku tetap nak review jugak. Ok. Ini antara kegemaran aku jugak. Since aku dah tengok FF5, so aku memang bagi thumbs up lah kat FF6 ni jugak. As usual, FF tak sah kalau takde adegan dramatik yang buat semua orang terlopong kan. Sama jugak untuk adengan twist. Itu kelebihan FF. Dia akan buat orang terkejut dengan cara tu. Kalau compare pada jalan cerita, aku lebih suka FF5. Sebab jalan cerita lebih clear. Untuk adengan drift pun sama, FF5 lebih mantap adengannya. Seperti selalu, hero kegemaran aku The Rock tetap membanggakan aku. OMG, badan dia tu ek.... geram kita sekejap. Kehkehkeh. Sorry Paul Walker. You can walk out now. Hehehe. Tapi sayang... Giselle (yang couple dengan lelaki cina tu) mati... aku suka pasangan tu. Sebab nampak romantik and so comel. Alaaahhhhh!!! :( 





4. MAMA ---Rating 4.5/5

Movie ni dah takde kat panggung. Tapi aku tetap nak review. Masa cuti study week hari tu aku beli DVD cerita ni kat Kluang. Beb, seriously kau pergi lah cari DVD dia. Cerita ni sangat-sangat sedap!  Jalan cerita dia tak tipikal macam cerita hantu Hollywood biasa. Menyentuh perasaan sangat!!! Aku, adik aku dengan mak aku tengok cerita ni menangis ok. Sebab dia terlalu sedih. Kisah macam mana roh seorang ibu yang gila merindui anaknya yang terpaksa dipisahkan. Paling best budak-budak yang berlakon dalam cerita tu memang hebat. Dialog tak banyak and usia pun kecik lagi, tapi penjiwaan dia.... fuhyoh!!! Hebat beb. Dia kurang elemen terkejut sebab kau boleh agak bila hantu nak keluar so sempat lah tutup mata ke, telinga ke, tapi... jalan cerita dia tu. Aku puji memang best!!!!



5. MAN OF STEEL --- Rating : NIL

Ha, jangan kecoh pulak. NIL bukan bermaksud cerita ni tak best, tapi aku belum tengok lagi. Semalam masa pi Alamanda bajet nak tengok cerita ni tapi selling fast pulak. Actually aku memang tak berapa nak gemar sangat pun dengan cerita Superman ni. And seumur hidup aku, memang tak pernah pun aku tengok cerita Superman ni. Kehkehkeh. Tapi kan, khabarnya cerita ni hanya mengharapkan wajah kacak heronya saje. Ada twitter yang aku baca bagi rating cerita ni 3/10!!! Haaa cemano tu??? Tapi kan tapi kan... semalam, walau pun tak tengok movie ni, aku beli TUMBLR dia. Sebab comel and limited edition. Beli dua terus. Aku satu, Akim satu. Cuma tambah 3 ringgit je dari kombo yang kami beli. So suka lah :) 



So, kalau korang ada masa pi tengok ok mana cerita yang best tu!!! Oh, aku tengok preview World War Z lakonan Brad Pitt nampak menarik. Lagi satu cerita Monster Inc 2 nak keluar kan. Yaaahooo! I am a cartoon lover!!!


9 comments:

  1. semua cerita yg direview ni tak tgk lagikk!!tskk huhu takpe lah beli cd..mihmih:P

    ReplyDelete
  2. after earth tu kan, buat ayo mato onie turun part ending tu,bhahahahahha

    ReplyDelete
  3. byk lg movie yg belum tgk ni..ish2 bilalah boleh tgk semua tu..;)

    ReplyDelete
  4. Lama giles tak tengok wayang. Rasa jakun sikit kot nak pergi tiket wayang nih.Hihihi Ramai kata PEE MAK tu best. Ni macam nak pergi tengok nih.Huurmmmm..

    ReplyDelete
  5. kita sokong movie pee mak dengan mama best sebab kita peminat cite hantu dan cite kelakor. yang fast 6 memang power dan man of steel dengan after earth tak minat nak tgk kalau takde org nak belanja huahuahua sbb kita kureng sikit cite aksi-aksi ni huahua

    ReplyDelete
  6. HEHEHH XD smua movie di atas x tgk lagi..hee

    ReplyDelete
  7. jeles ngan nanie. teringin gak nak tengok pee mak. ada lagi tak eh kat panggung?? fast furios pn tak sempat tgk lagi tau yunk? sadis kan?

    ReplyDelete
  8. saya x sabar nak tengok cita monsters university nie...^_^
    * peminat cita kartun jugak...

    ReplyDelete
  9. Lima Lima filem akak tak tengok lagi...hehehehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork